ARAHAN

Terdapat dua arahan dalam bahasa himpunan iaitu:

  1. Arahan Penghimpun

  2. Arahan Mesin

ARAHAN PENGHIMPUN

Arahan penghimpun ialah arahan-arahan bahasa himpunan yang digunakan untuk melaksanakan penterjemahan. Arahan-arahan ini mengarah penghimpun untuk menterjemah arahan bahasa himpunan kepada arahan mesin. Arahan-arahan ini tidak diterjemahkan kepada kod mesin kecuali arahan DC (Define Constant) dan DS (Define Storage). Contoh-contoh arahan penghimpun ialah PRINT,START dan END.

Contoh arahan penghimpun adalah seperti :-

    1.Penakrifan pemalar – DC

a) Menyediakan ruang di dalam ingatan dan mengumpukan nilai.

Kod

Jenis Pemalar

Format Storan-Dalaman

C

Aksara

8 bit Untuk Setiap Aksara

F

Integer

Nombor Binari Bertanda (Fullword)

H

Integer

Nombor Binari Bertanda (Halfword)

             b) Format penakrifan pemalar :             

Simbol

DC

Operan

             c) Contoh : -   

2. Penakrifan Storan – DS

a) Hanya menyediakan ruang di dalam ingatan tetapi tidak mengumpukkan nilai.

            b) Format penakrifan storan  :           

Simbol

DS

Operan

             c) Contoh : -

                        NAME             DS        F’10’

                        NAME             DS        F

Keterangan : Kedua-dua arahan ini mempunyai kesan yang sama di mana satu ruang storan yang bersaiz fullword akan diperuntukkan di ingatan komputer.  

ARAHAN MESIN

Arahan mesin ialah arahan-arahan bahasa himpunan yang akan diterjemahkan oleh penghimpun kepada bahasa mesin untuk perlaksanaan aturcara. Setiap arahan mesin akan diterjemahkan kepada satu arahan bahasa mesin. Arahan-arahan ini terdiri daripada pemindahan data, arahan cabang, arahan shift, arahan logikal, arahan input/output dan sebagainya.

 

Operasi

Arahan Perkataan Penuh

Arahan Separuh Perkataan

Load

L

LH

Add

A

AH

Subtract

S

SH

Store

ST

STH

Multiply

M

MH

Divide

D

 

 

 

FORMAT ARAHAN MESIN

 

    1. Operan boleh ditulis sebagai

a)     Simbol :-

Terbahagi kepada 2 bahagian :-

i)  Simbol Mutlak

-  Simbol yang dinilainya tidak bergantung kepada lokasi

                                ii)  Simbol boleh ditempatkan semula

-  Nilainya adalah alamat arahan

                                                -  Bergantung kepada lokasi

                                                -  Dipanggil juga sebagai simbol relatif

 

    2.  Sebutan tertakrif sendiri atau harafiah                                

         i)  Ia adalah sebutan mutlak

                                ii)  Nilainya dibawa oleh sebutan itu sendiri

       iii)  Sering digunakan untuk data segera, alamat daftar, alamat dan

  jarak

                               iv)  Semasa penghimpunan, nilai ini akan dihimpun terus kedalam

  arahan bahasa mesin.

 

Contoh Format Arahan Bahasa Mesin

 

Kod Operasi

            Operan

 

 

a) Kod operasi menyatakan jenis operasi yang hendak dilaksanakan

– medan yang penting

– mesti wujud untuk setiap arahan

– menggunakan kod-kod mnemonic

 

b) Operan ialah bahagian yang mengandungi maklumat seperti alamat

     data berada atau nilai data

– bilangan operan bergantung kepada arahan, jika terdapat lebih

   daripada satu operan, maka perlu menggunakan koma untuk

   memisahkan operan-operan yang ada.

 

© Hakcipta 2002 - www.sibertutor.com

Paparan menarik 800 x 600 pisel

Hosted by www.Geocities.ws

1