| 3.
SI PENYIBUK
Jika kamu berhadapan dengan rakan yang selalu berperasaan ingin tahu
tentang apa jua aktiviti yang kamu lakukan pada setiap hari, tentu ia
amat membosankan! Jangan kamu layan 'si penyibuk' ini dan untuk tidak
memberinya kesempatan tahu lebih banyak tentang diri kamu, cubalah
membatasi penggunaan telefon peribadi. Dan sekiranya dia cuba mengajak
kamu untuk berbual, hadkan pertemuan itu dengan mengatakan bahawa kamu
ada temu janji penting yang perlu disegerakan. Jangan sesekali
membiarkan teman seperti ini mengganggu kehidupan peribadi mu. |
| 4.
SI PENCURI IDEA
Ada baiknay jika kamu berhati-hati bila berbicara soal strategi dan
meluahkan idea-idea kreatif kamu. Ada kalanya akan timbul satu situasi,
'dia' pula yang mengakui bahawa itu adalah 'buah fikirannya' sendiri.
Malangnya, kamu tidak mempunyai cukup keberanian untuk menuding jari
dan mengakui bahawa itu sebenarnya adalah idea kamu sendiri yang telah
dicuri oleh teman yang tak bertanggungjawab itu. Nak tahu bagaimana
untuk mengenali individu sebegini? Kebiasaannya mereka lebih gemar
mendengar dan banyak bertanya sekiranya kamu bercadang untuk
mengemukakan sesuatu idea atau pandangan baru kepada pihak-pihak
tertentu. Jadi, kamu perlu lebih berhati-hati bila berbicara bersama
teman! |