| 1.
GEMAR BERGOSIP
Cuba perhatikan teman-teman di sekeliling kamu. Siapa agaknya yang
gemar bergosip? Ha...! Untuk pengetahuan kamu, rakan yang suka
bergosip inilah patut kamu hindari. GOSIP adalah perkara yang tidak
boleh diterima oleh akal fikiran sama sekali. Namanya pun gosip!
Kebanyakan gosip datangnya dari sumber yang tidak betul dan sering
menimbulkan kesan yang sangat menyakitkan kepada si mangsa gosip itu.
Jika kamu mendengar sesuatu cerita yang masih tiada kesahihannya lagi,
sebaiknya kamu simpan sahaja rahsia itu untuk diri sendiri. Tidak
perlu menghebahkannya kerana kamu sendiri belum pasti akan
kesahihannya. itulah yang sebaiknya! Individu yang tidak gemar
bergosip adalah individu yang boleh kamu harapkan serta percaya. 'Si
pengosip' memang perlu kamu jauhi kerana ini adalah salah satu cara
terbaik untuk kamu menjaga diri sendiri agar tidak menjadi bahan
perbualannya kelak! |
| 2.
GEMAR MEMPROTES
Protes menandakan wujudnya rasa tidak puas hati dan tidak sependapat
antara satu sama lain. Ada kalanya perkara yang diprotes itu ternyata
tidak masuk akal! Sekiranya kamu berhadapan dengan teman yang gemar
memprotes, sebaiknya kamu dengarkan saja apa yang cuba ingin
diperkatakan olehnya. Dalam waktu yang sama, kamu perlu mewujudkan
jurang dengannya kerana sikap ini menunjukkan temanmu itu menyimpan
perasaan demdam, marah atau iri hati pada kamu. Jangan pula kamu
termakan dengan usulnya nanti, kerana kebiasaannya teman yang seperti
ini akan berusaha menjatuhkan maruah kamu dihadapan rakan-rakan yang
lain. Malah dia akan berasa puas sekiranya diri mu 'dicap' negatif
oleh rakan-rakan! |