 |
|
AWAS...!! 5 JENIS TEMAN |
| |
|
| |
| 5.
ORANG-ORANG YANG TAK MENYENANGKAN
Kamu perlu menghadapi orang seperti ini dengan penuh kesabaran.
Mungkin dia bersikap sedemikian kerana dipengaruhi oleh latar belakang
kehidupan serta persekitaran yang agak negatif. Cubalah berbicara
secara terbuka, dengan individu ini. Tapi hati-hati saat kamu
menuturkan kata-kata agar tidak menyinggung perasaannya pula. Walau
bagaimanapun, individu yang memiliki sikap yang tidak menyenangkan ini
memang patut kamu jauhi agar dia tidak menimbulkan kesusahan pada
dirimu dikemudian hari. Apa-apa pun, latar belakang kehidupannyalah
yang telah membentuk dirinya menjadi seperti itu. Mungkin agak sukar
untuk dirinya melakukan perubahan dalam hubungan sosial ini! |
|
|
|
Kelima-lima panduan/tips tersebut perlu kamu
sematkan dalam kamus kehidupan sosialmu. Kuncinya ada pada diri kamu
sendiri. Jika kamu menjadikan ia sebagai sebahagian dari panduan untuk
kamu mencari sahabat, bererti kamu telah menyelamatkan diri dari
potensi sakit hati dan lain-lain perkara negatif yang mungkin timbul
dimasa-masa akan datang. Dunia sosial mu penuh dengan manusia berbagai
karakter yang kadang-kala agak sukar ditafsirkan. Walau apapun yang
terjadi, jangan alihkan konsentrasi mu terhadap kerja serta tugasan
harian mu. Tetapkanlah fokus, nikmati hari-harimu dengan penuh
keceriaan, hindari perbualan yang sia-sia dan bijak memilih sahabat
agar kehidupan akan menjadi lebih bermakna. |
| |
|

|
|