BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI
LEARN ITS FUN RIGHT?
Okay sekarang aku nak tunjukkan sekolah aku dari dulu sampailah sekarang


SK TAMAN BUNGA RAYA 1
           Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merupakan sekolah yang dibina oleh Kementerian Pelajaran kepada para penduduk di sekitar Taman Bunga Raya. Sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Taman Bunga Raya, adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1. Pembinaan sekolah ini telah dipercepatkan lantaran sekolah tumpang, iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung sudah tidak lagi mampu untuk menampung jumlah murid yang telah menjangkau 4000 orang pada masa itu. Kepadatan kelas yang melebihi 50 orang menyebabkan murid-murid tidak begitu selesa belajar di sekolah tersebut. Bangunan sekolah ini mempunyai 4 tingkat dengan reka bentuk baru dan menarik dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan bilik-bilik khas. Sekolah ini juga mempunyai bangunan khas yang sesuai digunakan untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ). Pembinaan sekolah ini menelan belanja hampir RM 8 juta, telah siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003.

VISI SK TAMAN BUNGA RAYA 1
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SK Taman Bunga Raya 1
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


SMK KUALA KUBU BHARU
                  Warga SM3KB berikrar akan menyalurkan Ilmu sebagai Penerang Hati kepada para pelajar sekolah ini agar dapat hidup sejahtera di dunia dan akhirat dengan membudayakan amalan Membaca bagi menambah ilmu pengetahuan hingga ke peringkat tertinggi dengan Niat yang ikhlas memberi dan menuntut ilmu selaras dengan Komitmen untuk mencapai kecemerlangan oleh ibubapa, guru dan pelajar tanpa melupakan Kesetiaan dan tanggungjawab serta Semangat yang menyala-nyala yang akhirnya akan menjadi insan inovatif, kreatif dan bernilai tinggi.

VISI SMK KUALA KUBU BHARU
SEKOLAH HARIAN UNGGUL MENJELANG 2020

MISI SMK KUALA KUBU BHARU
Membangunkan modal insan kelas pertama yang seimbang DAN harmonis dengan mengupayakan sumber SERTA mengamalkan budaya kerja berkualiti berlandaskan aspirasi negara.

MOTO SMK KUALA KUBU BHARU
"ILMU KUNCI KEBAHAGIAAN"



                           KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
                Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ialah salah sebuah kolej matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej matrikulasi ini dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka. Pada 14 Februari 2000 kolej ini telah mendaftarkan pelajar seramai 2,135 orang. Jumlah pelajar terus meningkat menjadi lebih kurang 2418 orang termasuk bukan Bumiputera pada 5 April 2003. Pada 16 Mei 2007 pula, seramai 2412 orang pelajar mendaftar di KMNS.

Objektif:
-Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
-Menyediakan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
-Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
-Mensasarkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pelajar mendapat PNGK 4.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun dan 60% daripada jumlah pelajar mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.