BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI

                                                                                                     
                                                                                السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

             Nama saya Amirul Aiman bin Kamalrolhisam,saya dipanggil dengan sebutan Amirul tetapi ada juga yang memanggil saya Aiman. Saya lahir di Hospital Besar Ipoh, Perak pada tanggal 21 Mei 1999, Ibu saya bernama Zaharah binti Mohd Idris dan Ayah saya bernama Kamalrolhisam bin Khalid. Saya anak pertama dari empat orang beradik. Saya merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga saya. Perbandingan umur saya sekitar empat tahun dengan adik kedua saya.
           
             Pertama saya tinggal di Bukit Beruntung,Rawang,Selangor, saya bersekolah di SK Taman Bunga Raya 1 yang jaraknya tidak terlalu jauh dari rumah. Setelah itu saya sempat bersekolah asrama di SMK Kuala Kubu Bharu Bestari Perdana selama 5 tahun. Dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, saya berada di Kelas Aliran Agama(KAA). Saya menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga PT3 dengan berbekalkan 9 subjek termasuklah bahasa Arab. Alhamulillah dengan izin Allah saya telah memperoleh keputusan 3A 4B 2C. Selepas itu saya mengubah haluan pembejaran saya pada tingkatan empat dengan mengambil subjek sains teras. Pada peringkat SPM, saya mengambil 10 subjek termasuk subjek tambahan Tassawur islam, sekali lagi saya dikurniakan rezeki oleh Allah untuk memperoleh keputusan 5A 1B 4C. Dan sekarang saya sedang menyambung intitusi pengajian tinggi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan jurusan Sains PST