BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI
KAU BOLEH!
          Jurutera kimia menumpukan pada rekabentuk, operasi, penambahbaikan serta pemuliharaan dalam proses yang melibatkan kimia di peringkat pengilangan makro seperti pengeluaran produk keju besar-besaran. Jurutera kimia juga membangunkan produk baru dari bahan kimia untuk ditukarkan menjadi sesuatu yang digunakan dengan efisyen, mesra alam dan efektif dari segi kos. Sesetengah jurutera kimia sebagai contoh bekerja untuk meningkatkan kualiti produk dari kilang dan menyelesaikan masalah seperti karat atau pencemaran. Jurutera kimia berbeza dengan tugas jurukimia, dimana jurukimia melakukan dengan skala yang kecil, manakala jurutera kimia melakukan ia dengan skala yang lebih besar untuk tujuan industri.

Gaji:         Permulaan: RM2,000 hingga RM4,000 (syarikat tempatan)
                Professional: RM15,000 hingga RM20,000 (5-10 tahun pengalaman)
                Elaun tambahan jika tinggal di lapangan
Permintaan Kerja: Apa sahaja yang melibatkan perkilangan – dari lampin bayi ke keropok kentang, plastik atau polisterin – memerlukan kepakaran dari jurutera kimia. Telefon bimbit, atau papan kekunci komputer, semuanya memerlukan jurutera kimia untuk merekabentuknya.
Di Malaysia: Jurutera kimia terkemuka Dr Engr Ramlee Karim berkata bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang “kepakaran tinggi” yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini.
Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini.





















Mata pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia:
        SPM
  • Bahasa Inggeris
  • Biologi
  • Kimia
  • fizik
  • Kalkulus
  • Sains komputer
        Universiti
  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains komputer