Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor dan bersempadan dengan negeri Melaka, daerah Segamat dan juga daerah Batu Pahat. Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.
ASAL USUL NAMA MUAR
1.
Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini
disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara
Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya
yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora.
Contohnya apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,Raja
danPara Pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
2. Muar juga dikatakan berasal dari perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) yang bermaksud tiga sungai.
3.
Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Ia mendapat nama
sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh
kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja,
permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas
nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar
itu, Maharani Fatimah.
TEMPAT MENARIK DI MUAR
Taman Tanjung Emas
Ia adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Selain itu terdapat juga perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. Bagipeminat golf, Taman Tanjung Emas ini juga menempatkan padang golf 9 lubang. Taman ini menjadi lokasi beriadah bagi penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu.
Bangunan-bangunan Lama
Bangunan Sultan Abu Bakar
Bangunan Kastam
Terdapat banyak bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia ke-2 masih lagi mewarnai senibina bandar Muar ini. Antaranya ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1q921. Ia menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran daerah Muar. Begitu juga dengan bangunan Kastam yang dibina pada tahun 1909. Bangunan-bangunan ini adalah warisan yang amat berharga dan juga melambangkan kemakmuran Muar di zaman lampau.




