| TENTANG SAYA | SEJARAH MUAR | TEMPAT MENARIK (BHG 1) | TEMPAT MENARIK (BHG 2) | TEMPAT MAKAN MENARIK |
MAKANAN MENARIK DI MUAR
Ikan Bakar & Asam Pedas Wak Jos
Terletak berhampiran Medan Ikan Makan Sabak Awor yang berada berhampiran Jambatan ke-2 Muar. Walaupun terletak di kawasan terpencil di tebing Sungai Muar, restoran ini terkenal dengan keenakan ikan bakarnya disamping harga makanannya yang sangat murah.
Kopi 434

Kopi Sai Kee atau lebih dikenali sebagai nama kopi cap 434 selalu menjadi buah tangan bagi para pelancong yang datang ke Muar. Selain keenakan rasa kopinya, keistimewaan kopi ini kerana ia tidak perlu ditapis kerana habuk kopi ini akan tenggelam dengan sendirinya selepas 5 minit.
Mee Siput
Mee yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidangkan selepas digoreng. Ia enak apabila dicicah dengan sambal tumis. Antara tempat yang paling mudah untuk mencari mee siput ini adalah di Pasar Muar.
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Terletak berdekatan dengan Public BAnk, terkenal dengan keenakan mee bandung dan juga sate yang dijual pada waktu pagi. Selain itu, restoran ini juga menjual perencah mee bandung buatan mereka sendiri bagi memudahkan penggemar mee bandung menikmati keenakan mee bandung walaupun berada jauh dari Muar.