Nur Adilla Amir Som

Biodata Sejarah Ringkas Pameran Artifak

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD SAW

USIA PERISTIWA
5 Tahun
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
6 Tahun
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa� (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya �Abdul Muttalib.
8 Tahun
  • Datuknya, �Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
9 Tahun
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
20 Tahun
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab �Sirah� , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan � perjanjian Al-Fudhul�; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah
25 Tahun
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
35 Tahun
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka�abah
  • Pembinaan semula Ka�abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan �Hajarul-Aswad� ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berkaitan perletakan batu tersebut.
40 Tahun
  • Menerima wahyu di gua Hira� sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
53 Tahun
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
63 Tahun
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.