Biodata Sejarah Ringkas Pameran Artifak

NABI MUHAMMAD SAW

Muhammad

“Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda: “Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan”.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji'.


BIODATA

NAMA: Muhammad Bin Abdullah

BAPA: Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abd. Manaf

IBU: Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhrah

NENEK (SEBELAH BAPA): Fatimah Binti Umar Al-Makhzumiyah

NENEK (SEBELAH IBU): BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY

TARIKH LAHIR: Isnin waktu subuh 12 Rabiuawal tahun ke 53 sebelum Hijrah 570 Masihi

TEMPAT LAHIR: Di Rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukaramah berhampiran Bukit Sofa

ALAMAT: Makkah AL-Mukaramah, kemudian Berhijrah ke Madinah Al-Munawarrah(Masjid Nabi)

JANTINA: Lelaki

AGAMA: Islam

PEKERJAAN:
1. Pengembala Kambing
2. Berniaga (sehingga berumur 40 Tahun)
3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi/Rasul (menyampaikan risalah ALLAH)

SIFAT: Wajah putih bersih berseri/bercahaya, Mata hitam, Rambut hitam, Ketinggian sederhana, Dada Bidang

SIFAT-SIFAT TERPUJI:
1.Siddiq-Berkata benar
2.Amanah-Boleh dipercayai
3.Tabligh-Penyampai ajaran Islam
4. Fatanah-Bijaksana

KEISTIMEWAAN: Pembawa rahmat sekalian alam

TANDA KEISTIMEWA:
1. Cop Kenabian Di Antara 2 Bahu
2. Sentiasa Di Naungi oleh Bayangan Awan Ke Mana Sahaja Baginda Pergi

WARNA KEGEMARAN: Hijau, Hitam, Merah, Putih

MAKANAN KEGEMARAN: Kurma, Barli, Buah Tin & Anggur

SUKAN KEGEMARAN: Menunggang Kuda, Memanah, & Berenang

BINATANG KESAYANGAN NABI: