|
|
okeylah.. pertama kali aku menulis untuk memashurkan diriku. mungkin boleh
mashurkan laman web hampess nie jugak(mesti tuan web nie marah)..
aku , ramai netter mengenali dengan panggilan profdr @ xprofdr. keluarga
aku panggil aku abe long sebab aku yg sulong. adik aku ramai lah jugak
lebih lah lima orang tu.dan member aku ramailah jugak , diorang panggil
aku paih.. tapi bila aku letak nickname profdr pertama kalinye diorang
panggil aku profdrperasan. pelikkan??
perasan ke aku? aku tak tahu perasan atau pun tidak aku nie..tapi yang
pasti aku ambil nickname profdr tu adalah untuk menunjukkan cita2 aku.
jadi atau pun tidak "prof.dr." tu hal lain. yang perlu ..keazaman dan
usaha yg melangit.
sejarah pengajian aku mungkin sama dengan budak2 lain. cuma lebihnyer
aku.. banyak bertukar sekolah. masa aku dibangku sekolah rendah sahaja
adelah 4 atau 5 kali aku jadi tokoh maa'l hijrah. tak sangka dapat jugak
gelaran tukan.. antara sekolah aku masa budak2 dulu sek.ren. hishammuddin
alam shah (tepi bank negara) , sek.ren. hulu klang (dekat zoo), sek.ren.
salor (pasir mas kel).
upssss..lupa pulak nak kasi tahu kat korang asal aku...mak ayah aku org
kelantan asli bukan org asli. tapi aku entah macamana dilahirkan di
kuching serawak..pada tahun 1979. keluarga aku duk sarawak hampir dua
tahun sebab ayah dan mak aku keja kat sana masa tu. dan hasilnye aku dan
adik aku..zaiem. tak sangka jugakkan...rupanya hasil ayah aku nie membesar
jugak, panjang pulak tu...dah dekat suku abad umur aku.:)
sek. men. ugama darul ulum ... tempat pertama aku keseorangan tanpa
keluarga di sisi. bagi aku masa tu hanya member-member lah cahaya malam
ku. sedih jugaklah bila kenang kisah zaman budak2 dulu. tahun tu
jugak(1990) aku keluar dari sekolah tu dan balik ke kuala lumpur untuk
pulang ke kelantan untuk selamanya. di kelantan , aku kembali bersekolah
di sek.men.u.Maahad Muhammadi untuk lima tahun seterusnyer
(1990-1995).akhir 1995 aku berpindah lagi untuk kali ketiga..sek.men.ugama
saniah(pasir Puteh). disitu barulah terbina cita2 aku nak jadi pendakwah
dan pemikir islam. aku berusaha dan seterusnye melanjutkan pengajian ku di
Univ.alAzhar. Egypt..
cukuplah tu..bersambung untuk kisah perjuangan yg belum selesai.
|
|