........   ~Kita adalah perantau sementara yang dalam perjalanan menuju destinasi utama, jadi elakkan ketiduran di jalanan~  AbgNie as always

 

Coretan PakLang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera kepada semua rakan taulan sahabat handai, Terima kasih kerana sudi membaca coret2 tokey (saya la tu) bagi ruangan (salam muhibbah) ini...

Terima kasih saya jugak kepada sahabat2 yg telah sudi mencoret apa yg mereka ingin coret bagi ruangan yang saya memang sediakan untuk mereka, jadi kalau sesiapa yang ingin menyertai ruang ini maka amatlah saya alu-alukan, coretan adalah bebas selagi mana tidak melanggar nilai dan adat.
Silakan hantar coretan anda ke dalam emel saya ataupun melalui ruang feedback, anda juga boleh memberikan mesej anda itu dalam bentuk html jika mahu paparan anda sendiri yg akan dipaparkan diruangan ini.Selain itu anda juga boleh menyertakan link2 yang anda suka agar saya boleh muatkan sekali dalam ruangan khas anda ini.

Opss, coretan ini bertukar kepada iklan pulak,:) , kembali kita kepada coretan ataupun lebih bagus juga dinamakan karutan.
Akhir tahun 1999 merupakan detik perkenalan saya dengan internet, satu dunia maya yg luas dan membingungkan pada mulanya.
Mengenali apa yg dipanggil `chit chat` melebarkan lagi interaksi maya yang kalau digunakan akan memberikan pengalaman dan manfaat yg amat berguna.
Akan tetapi dunia maya juga macam dunia nyata, ada baik dan buruknya, biarpun di mana kita berada yang penting jangan lupa diri kita itu siapa, ya kita adalah seorang muslim yang sentiasa diperhatikan oleh Pencipta kita, kita ada pegangan dan identiti kita sebagai seorang muslim.

Sebagai manusia biasa yang baru mendapat kejutan budaya di dunia maya ini tentulah ada beberapa peristiwa dan kenangan yang tak dapat saya lupakan, semoga ianya menjadi pengajaran: Sabda Rasulullah dalam satu haditnya:"Seorang muslim itu tidak patut disengat dalam lubang yg sama". Ya, tidak sepatutnya kita melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Kekadang, bila memandangkan fenomena2 kemungkaran alam internet ini mebuatkan saya mengimpikan ketidakwujudan dunia yg aneh ini. Sebenarnya itu adalah satu sikap pengecut kerana tidak mahu menghadapi realiti globalisasi yang tidak boleh ditolak, diluar kemampuan kita untk menolaknya.
Sepatutnya kita menyaingi dunia maya ini dengan nilai2 islam yang kita telah dipertanggungjawabkan untuknya, bukan melarikan diri daripada berdepan dengannya.Untuk apa dijadikan dunia kalau bukan sebagai ujian dan cabaran?
Begitu murah sangatkah syurga Allah itu untuk kita masuki tanpa sebarang harga? sudah tentu tidak bukan?

Persoalanannya bagaimanakah caranya? itu terpulang kepada kemampuan individu masing2, ada yang melalui penulisannya, ada yang melalui interaksi chatnya,(saya pernah membaca satu majalah islamic arab yg menceritakan seorang pendakwah cyber yang telah berjaya mengislamkan 20 org) ,dan paling kurang pun sekurang2nya kita brinteraksi dengan dunia maya ini dengan nilai2 kita dan jaga diri kita sebagai seorang hambaNYA.
Tidak juga saya katakan saya sudah melakukan kesemua itu dengan sebaiknya, dan mungkin saya adalah di antara org2 yg telah hanyut dengan arus globalisasi, tapi apa yg saya tahu sesungguhnya saya menghendaki kebaikan dan saya akan cuba berjuang untuk memperbaiki diri saya dari masa ke semasa amin ya robb, mungkin saya belum mendapat apa yg saya cita2kan, dan jika saudara/saudari sedang membaca ayat ini sekarang maka ada sesuatu yg saya pinta sekarang iaitu DOAKAN saya dengan kebaikan dan ketabahan, sesungguhnya doa dikejauhan itu mustajab seperti mana satu mafhum hadith nabi kita.
ketahuilah bahawa saya mengaminkan doa kalian itu.

bersambung lagi kalau diizinkan....

sambungan..

Berkenaan laman ini, melihatkan orang lain ada laman mereka sendiri saya pun teringin juga :).. boleh juga kita sampaikan mesej2 kita dan berkongsi maklumat.. hmm.. Mula tu tak reti, terima kasih banyaklah kepada Abgdie (dah kawen anak sorang) yang telah memperkenalkan composer, sapa nak tengok web pertama saya, maka tengoklah web lama #sejagat, itu dibuat menggunakan composer.. mana la saya tau bahasa2 html ni tambahla pulak java. Memang masa tu tak tau apa2 langsung pasal hal ini.
Selepas itu baru la nak buat laman sendiri memandangkan AbgDie pun dah mula buat laman dia (masa tu dia belum kawen lagi) dan diperkenalkan dengan frontpage oleh ustaz Badrulsyam,(ahli bait saya dulu). Saya rasa frontpage ini banyak kelebihan lagi, dan semakin memudahkan bagi org yg tak pandai macam saya nih.,,lalu terbina la laman yg tak pernah siap 100% ni...heh..
Ada sorang tu cakap laman saya ni macam hampeh (hampeh tu = hampas ka). saya tak kisah, bahkan saya suka kritikan , boleh kita baiki lagi dan yang penting saya buat sendiri dan itu merupakan identiti saya, biaqla tak cantik asalkan ada seadanya.... bukan kita masuk pertandingan buat web ataupun web cantik itu satu syarat untuk diterima untuk dilayarkan,, betul tak? sapa nak melayarinya maka ahlan wasahlan, sapa tak nak pun tak mengapa, banyak lagi laman informasi yg lain..
itulah kisahnya sedikit sebanyak dari paklang hangpa ni... :) inilah yg dinamakan karutan.. saja rasa nak menaip,, saya pun menaip apa yg datang di kepala ketika ini, tak sangka anda yg sorang ni sanggup baca sampai ketika ini ye... hihihi,,, syukran

Saya rasa ruangan ini akan saya update selalu kalau rajinla heh.. sebab ruangan ni ruangan coret atau untuk mengarut mengikut mood pada bila2 masa sahaja, jangan marah kalau nampak lebih kepada sembang2 kosong  sebab ini bukanlah ruangan seperti artikel2 ataupun sebagainya. Ruangan ini lebih kepada nak "memakmurkan" laman yang biasanya menjadi lapuk kalau tiada sesuatu yang baru dikemaskini, jadi kalau ada coret2 begini pun taklah nampak macam gobok buruk yang berkurun lama ditinggalkan bukan?.. ;)
Saya rasa selepas ni ruangan ini saya akan link kan ke weblog saya insyaAllah..

err takdak idea dah.. nanti sambung lagi la no..

love:The special feeling that makes u feel all warm and wonderful...
~PakLang as always~

 
 

[Grand Page]

 
Hosted by www.Geocities.ws

1