Pendirian & Gelagat

( 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8  | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 )

 
   

Takutkan riya`

Berkata Ali bin Fudhail: Bapaku dan Ibnu Mubarak bersepakat untuk bertemu di rumah bani shaibah, lalu berkata ibnu Mubarak kepada bapaku:" Wahai Abu `Ali, marilah kita masuk ke masjid berbincang sesuatu".
Berkata pula bapaku:"apabila kita masuk ke masjid,bukankah engkau nak menceritakan sesuatu yg aneh di sisimu dan aku pulak nak menceritakan sesuatu yg aneh di sisiku?"
Balas ibnu Mubarak:"Ya begitulah". Selepas itu kedua duanya itu pun beredar tanpa masuk ke dalam masjid itu pun.

p/s:bimbang dimasuki ria` membuatkan mereka membathalkan maksud awal mereka..

Kembali ke atas
====================================================================

Aku tiada harta untuk berwasiat

Diceritakan bahawa `Umar abdul aziz di ketika wafatnya meninggalkan sebelas orang anak, setiap orang anaknya hanya mendapat satu dinar lebih daripada harta warisannya.
Beliau berkata ketika hampir wafatnya:"Wahai anakku, aku tiada harta untuk berwasiat".

Manakala khalifah Hisyam B Abdul malik pula juga mempunyai 11 orang anak dan setiap orang anaknya mendapat sejuta dinar setiap orang!

Selepas itu anak2 Umar dilihat ke semuanya kaya, hinggakan salah seorang daripada mereka menginfaqkan 200 ribu kuda pada jalan Allah.

Manakala anak2 Hisyam pula ke semua mereka dilihat jatuh miskin pula!!

p/s:Biar sikit asalkan berkat, bersabar dengan yg sedikit dan bersyukur dengan yang banyak... :) infaq fi sabilillah jgn lupa pulak

Kembali ke atas
====================================================================

kalian hendak lari ke mana?

sekumpulan mujahidin mundur ke belakang dalam peperangan Yarmuk, hingga sampai ke barisan perempuan di belakang barisan lelaki, diantara mereka itu ialah isteri Abu Sufyan.
Melihatkan itu tahulah barisan perempuan itu bahawa kumpulan pejuang tadi hendak lari dari medan peperangan, Wanita2itu pun melaung dengan kuat:"Wahai lelaki2, ke manakah kalian hendak lari?, ke pihak manakah kamu hendak pergi daripada tentera Allah?, sesungguhnya Allah melihat hal kalian ini, betaqwalah kamu sekelian"!

Kemudian Hindun isteri abu sufian mengambil pancang kayu khemahnya lalu memukul kepala kuda abu sufyan sambil berkata:"Wahai anak batu,kembalilah berperang dengan musuh, jadikanlah dirimu itu sebgai tebusan untuk mendapatkan redha Allah agar diampunkan dosa2 kamu sebelum ini, ingatlah hari2 ketika kamu menggesa manusia menentang rasulullah, juga membantu kuffar dan musyrik memerangi baginda,"!!
Ketika itu juga Abu Sufyan pun kembali ke medan perang....

P/s:Ingat tak cerita Abu sufyan, dan isterinya yg telah mebunuh hamzah, lihat pendirian mereka sebelum dan selepas Islam.. Sebaik2 isteri ialah isteri yang menolong suaminya melakukan ketaatan, diantara mereka adalah Hindun... nak kena caru bini macam ni.. ;)

Kembali ke atas
====================================================================

Jika engkau memaafkan maka engkau tiada bandingannya

Berkata khalifah ma'mun kepada Ibrahim B al-Mahdi:"Ku telah dinasihatkan agar membunuh engkau, akan tetapi aku dapati ketinggian engkau melebihi kesalahan engkau hinggakan aku tak suka membunuhnya disebabkan menghormatimu".

Jawab Ibrahim Mahdi:"Kamu dinasihatkan seperti mana kebiasaan yang berlaku di dalam politik, akan tetapi engkau enggan disebabkan engkau membiasakan diri dalam memaafi, jika engkau terus dengan nasihat itu maka engkau mempunyai bandingan, dab jika engkau memaafkan maka engkau tiada bandingannya"!

p/s:zaman Arab dulu adalah zaman fasih, arab sukakan perkataa2 yg hikmah dan mempunyai maksud yg mendalam, terkadang dengan hanya pandai bercakap dan memuji berkias, seseorang itu akan terlepas dari hukuman yg hampir pasti, dan ramai juga yg jafi pengampu,
kita? kita pulak banyak yg berkata loyar buruk,, heh..

Kembali ke atas
====================================================================

Jariah Mahmud al Warraq

Diceritakan oleh Al-jahiz: Khalifah Multazim berhajat membeli jariah Mahmud al warraq dengan harga 7000 dinar, akan tetapi Mahmud enggan menjualnya.
Selepas kematian Mahmud jariah itu pun dibeli oleh mu'tasim dengan hanya 700 dinar daripada warisan Mahmud.
Ketika jariah itu masuk menemui ma;mun, berkatalah ma'mun kepadanya:"Apa pendapat engkau?Aku membiarkan engkau sehinggalah aku membeli engkau dengan 700 dinar sahaja".
Jawab Jariah itu:"ya, kalau khalifah menunggu untuk syahwatnya diketika penjualan warisan, maka 70 dinar pun dikira mahal bagi hargaku lebih2 lagilah 700 dinar"!!!
Malulah Ma'mun mendengarkan jawapan Jariah itu..

Paklang:Sekarang dah tiada jariah, sistem perhambaan diperangi Islam dengan secara halus melalui perlaksanaan hukum hakamnya, contohnya jariah yg mendapat anak sudah tidak boleh dijual beli dan akan menjadi bebas selepas kematian tuannya, dan banyak hukum hakam lain yang menuntut supaya hamba dibebaskan sebagai membayar kifarat dan sebagainya....

Kembali ke atas
====================================================================

Simpanlah ia sehingga datang tuannya

Berkata Imam Abu Hanifah:" seorang perempuan yg menunjukkan satu uncang yg tercicir di tengah jalan telah memperdayakanku, aku ingatkan uncang itu miliknya, aku pun membawakan uncang itu kepadanya, bila sampai kepadanya dia pun berkata :" simpanlah ia sehingga datang tuannya".

Paklang:Menyimpan amanah adalah suatu perkara besar, sebab itulah perempuan tadi enggan btanggungjawab dan membiarkan orang lain yang menyimpannya... :)

Kembali ke atas
====================================================================

Perempuan bermulut tajam

Syuaib B Harb hendak menikahi seorang perempuan, lalu dia pun berkata kepada perempuan itu:"AKu ini seorang yg buruk akhlaknya"
Jawab perempuan itu :" Orang yg lebih buruk akhlaknya daripada engkau ialah orang yg membuatkan engkau terpaksa berakhlak buruk".

p/s:tajam mulut ka lagu tu? hehe,, pikirlah..

Kembali ke atas
====================================================================

Tikus tinggal di rumah engkau kerana cintakan negaranya (rumah engkau tu negara dia la)

Seorang perempuan Berkelahi dengan suaminya disebabkan si suami yg selalu menyulitkannya.
Perempuan itu berkata:"Demi Allah, tikus tidak tinggal di rumah engkau ini melainkan kerana cintakan negara, kalau tidak tentulah ia telah mendapatkan rezeki daripada rumah jiran?"

P/s paklang: apa kaitan tikus pula dengan pertengkaran kedua suami isteri tu ya, sebenarnya situ ada beberapa makna yang mendalam , siapa tahu mesejla saya habaq mai,, nanti kalau betul saya akan bagi hadiah! sekurang2nya 2 makna dalam perkataan si isteri tuu...

Kembali ke atas
====================================================================

Apakah ada kebaikan pada engkau?

suatu hari Khalifah Mu'tasim melihat seekor singa, lalu dia pun berkata kepada seorang pengawal yg dia suka melihatkan kesasaan dan persenjataannya:"Apakah ada kebaikan pada engkau?"
Lelaki itu pun tahu maksud khalifah hendak mempersembahkan dia kepada singa itu, lalu menjawab:" Tiada wahai Amirul mukminin!"
Khalifah ketawa mendengarkan jawapan itu...

p/s: macam gladiator la jugak, maklumlah zaman tu bersaing dengan rom, dapat pengaruh rom jugak suka tengok manusia berlwan dengan binatang dan sesama manusia...

Kembali ke atas
====================================================================

Aku bimbang ia akan gementar kerana bertasbih

Seorang lelaki menyewa sebuah rumah.Dia mendapati bumbung rumah itu mereput hampir patah, dia pun berkata kepada tuan rumah:"Perbaikilah bumbung rumah ini,kayunya dah mreput"
Tuan rumah menjawab:"tak apa,ia sekadar bertasbih tu"
Balas lelaki itu:"Aku bimbang ia akan gementar lalu bersujud pula!!"

P/s:perkataan macam tu patut juga dijawab macam tu kan,, ehh faham tak maksud perbualan mereka tu?

Kembali ke atas
====================================================================

Hikayat cerai berai

Suatu hari Seorang lelaki berkata kepada Harun Arrasyid: Aku dikhabarkan bahawa seroang lelaki arab telah menceraikan 5 wanita dalam satu hari.
Bertanya khalifah pula:"Seorang lelaki hanya boleh beristeri 4, bagaimana dia boleh menceraikan 5 orang pula?"

Lelaki itu mula bercerita:"Ada seorang lelaki ini mempunyai 4 isteri, suatu hari dia masuk ke rumahnya dan mendapati isteri2nya sedang berterngkar, berkelahi, lelaki ini pula buruk akhlaknya"
Lelaki ini pun berkata:"Bilalah perbalahan kalian ni nak selesai?, aku rasa pertengkaran ini berpunca daripada engkau sambil berkata kepada salah seorang daripada mereka, pergilah engkau telah ku cerai!"

lalu isterinya yg seorang lagi berkata:"Engaku ni cepat sangat jatuhkan talak ke atasnya, sepatutnya engkau mengadabkannya dahulu barulah betul"

mendengarkan itu lelaki itu menjawab:"sekarab engkau pun aku ceraikan juga!"

Lalu isteri ketiga pula berkata:"semoga Allah memburukkan engkau, demi Allah, dahulu kedua2 isteri engkau berbuat baik kepada engkau dan mereka itu antara yang engkau lebihkan"

Lelaki itu membalas:"engkau pun wahai si pembilang jari, juga aku ceraikan!"

Isteri yang ke empat pula berkata:"Engkau ini agaknya sudah rimas untuk mengadabkan isteri2 engkau melainkan dengan menceraikan mereka"

Lelaki itu berkata :" Engkau pun juga aku ceraikan!"

Peristiwa itu didengari oleh seorang perempuan jiran mereka.
Perempuan itu pun berkata:"Demi Allah, arab tidak saksikan engkau dan kaum engkau dalam kelemahan melainkan apa yg mereka dapati apa yg telah berlaku kepada keluarga kalian, engkau ni hanya mahukan penceraian dalam satu detik!"

Mendegarkan itu si lelaki tadi berkata:"Engkau wahai jiran yang suka menjaga tepi kain orang, juga aku cerai jika dipersetujui oleh suami engkau!"

Suami wanita itu yg berada di dalam rumah pun menjawab:"heh, aku persetujui, aku persetujui.....

paklang:Bagi si perempuan jgnla celupar sangat, bagi yang lelaki pulak janganlah berlagak sangat, kalau tiada toleransi memang tak boleh hidup sekali...

Kembali ke atas
====================================================================

Engkau adalah dikalangan musuh2 Allah di bumi

Huthaith Azzayyat dibawa kepada Alhajjaj.
Berkata Hajjaj bila huthait sampai kepadanya:"Engkau HUthait".
HUthait jawab:"ya, tanyalah apa yang engkau mahu,aku berjanji dengan Allah dengan 3 perkara, 1-Bila aku ditanya aku akan bercakap benar, 2-Bila aku dibala` aku akan bersabar, 3-Bila aku dimaafkan aku akan berterima kasih".

Hajjaj pun bertanya:"Apa pendapat engkau mengenaiku?"
Huthait menjawab:"aku katakan engkau adalah di kalangan musuh2 Allah di bumi, mencemar larangan, dan membunuh dengan sangkaan!"

Hajjaj bertanya lagi:"Apa pendapat engkau tentang Khalifah Abdul Malik B Marwan?"
Huthait menjawab:"Dia itu lebih besar dosanya daripada engkau, engkau hanyalah satu kesalahan daripada segala kesalahan2nya!"

Hajjaj berkata:"Berikannya azab!"
Mereka pun menyeksanya dengan meletakan batang tebu di dalam dagingnya lalu mengikat dengan tali dan menarik batang tebu yg telah dibenam dan diikat itu satu persatu sehingga terkeluar dagingnya, akan tetapi tidak sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya ketika dia disiksa!.

Perawi cerita ini berkata:Hajajj diberitahu bahawa huthait sedang di saat akhirnya,
Kata Hajjaj:"Keluarkan dia dan buang dia ke pasar".

Berkata Ja'far:"lalu aku pun menemuinya(huthait),aku kawannya, kami bertanya Huthait:"Apakah engkau mahu apa2 hajat?"
Huthait menjawab:"seteguk air"

mereka pun membawakan air kepadanya lalu dia pun mati, pada ketika itu umurnya baru 18 tahun.

P/s:Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit, tak pinta bala datang dan minta sangat2 dijauhi, akan tetapi kalau datang juga maka kurniakanlah kesabaran wahai tuhan.... cerita pendirian seorang yang berani...

Kembali ke atas
====================================================================

Aku tak pernah ketemau orang yg seperti syeikh ini

Khalifah Al-Mansur dikhabarkan bahawa seorang lelaki menyimpan amanah harta bani Umayyah.
Lelaki itu pun dihadapkan kepada al-Mansur
Al Mansur berkata kepadanya:"Kami diberitahu bahawa engkau menyimpan harta Bni umayyah, maka keluarkanlah ia kepada kami"
Lelaki itu menjawab:"Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau warith kepada Bani Umayyah?"
Mansur menjawab:"Tidak"
Lelaki itu berkata pula:"Apakah Bani Umayyah mewasiatkan kepada engkau akan harta mereka?"
Mansur menjawab:"Tidak"
Lelaki itu berkata lagi:"Jadi apa hal pula engkau meminta apa yang ada bersamaku itu?"

Al Mansur pun menunduk sebentar, kemudian dia mengangkat kepala dan berkata:"Dulu Bani Umayah menzalimi Orang2 Islam, aku adalah wakil orang2 Islam untuk mengambalikan hak2 mereka, aku mahu mengambil apa yang mereka zalimi dan meletakkanya ke dalam baitulmal".

Lelaki itu berkata pula:"Kalau begitu engkau perlu pembuktian yang adil bahawa apa yang ada padaku sekarang adalah harta Bani Umayyah yng telah mereka zalimi org2 Islam selain daripada harta mereka yang lain, sebab mereka juga mempunyai harta yang lain"

Al-Mansur menjawab:"engakau betul, engkau tak perlu berbuat apa2 pun"

Kemudian Mansur berakta lagi:"Apakah engkau mempunyai apa2 hajat?"

Lelaki itu memabalas:"Bolehkah engkau pertemukan aku dengan orang yang memberitahu maklumat harta bani Umayyah itu, demi Allah aku tidak menyimpan harta Bani Umayyah pun, akan tetapi ketika mana aku dihadapkan kepada engkau aku tahu bahawa aku tak akan lepas melainkan dengan perkataan2 tadi!"

Apabila lelaki tadi dipertemukan dengan orang yang bagi maklumat mengenai harta bani Umayah yg didakwa ada padanya itu dia pun berkata:"Dia ini adalah ghulamku, dia telah mencuri 3 ribu Dinar harta ku dan melarikan diri, oleh kerana dia takut aku mencarinya lalu dia pun membuat helah tadi kepada khalifah!"

Mendengarkan itu Al-Mansur pun memaksa dan menakut2kan budak itu hinggalah budak itu mengaku apa yg disebutkan oleh lelaki tadi.
Kemudian Al-Mansur berkata lagi kepada lelaki itu:"Kami pinta agar engkau memaafkan dia".

Jawab lelaki itu:"aku telah maafkannya dan telah mebebaskannya serta memberikan 3 ribu dinar yang telah dicurinya itu!" kemudian lelaki itu pun beredar..

Al-Mansur terpegun dengan apa yang berlaku dan berkata:"Aku tak pernah ketemu orang seperti syeikh ini!"

Kembali ke atas
====================================================================

Pendirian Abdullah B Jahsy

daripada Saed B Abi Waqas: Abdullah B jahsy berkata kepadaku pada hari peperangan Uhud:"Apa kata kita berdoa kepada Allah?"
Kami pun bersendirian di satu sudut dan Abdullah pun berdoa:"Wahai tuhan, apabila aku memerangi musuh esok, maka pertemukanlah aku dengan seorang musuh yang sasa dan kuat, lalu aku pun melwannya kerana engkau dan dia juga menentangku, kemudian dia mengatasiku dan memotong hidungku serta telingaku!"
Abdullah berdoa lagi:"Apabila aku bertemu ENGKAU esok, Engkau betanya:"Wahai Abdullah, kerana apa telinga dan hidungmu di potong? aku pun menjawab kerana Engkau dan Rasul Engkau!" Engkau pun berkata:"Engkau benar wahai Abdullah"

Saad meneruskan ceritanya:"Aku menjumpainya di akhir hari peperangan itu, telinga dan hidungnya digantung dengan benang!!"

P/s:sampai begitu sekali mereka menyintai syahadah!

Kembali ke atas
====================================================================

Ke arah manakah patut aku hadap?

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya Imam Abu Hanifah
:"Wahai Abu Hanifah, apabila aku tanggalkan pakaianku lalu aku masuk ke sungai dan mandi,apakah aku kena hadapkan wajahku ke arah qiblat atau pun aku membelakanginya?"
Abu Hanifah menjawab:"Sebaiknya,Hadaplah ke arah pakaianmu agar tidak dicuri!"

P/s: Terkadang adab tu perlu didahuli dengan kemaslahatan lain, satu soalan cepu emas, kemanakah kita perlu hadap apabila kita mandi? arah qiblat atau bagaimana? ahha..

Kembali ke atas
====================================================================

Aku diseru oleh yang lebih baik daripada engkau!

Berkata Saed B Abi `Arubah:"Pernah satu ketika itu Hajjaj berhaji ke makkah, Dia berhenti di antara Makkah dan Madinah untuk makan tghari.
Berkata Hajjaj kepada pengawalnya:"Bawakan aku seseorang menemaniku makan", pengawal itu pun pergilah mencarikan seseorang dan dia menemui seorang badawi sedang tidur lalu menendangnya dan berkata:"Jawablah jemputan amir (hajjaj)".
Badawi itu pun bangun untuk menemui hajjaj, ketika mana dia masuk Hajjaj pun berkata padanya:"Basuhlah tangan engkau dan makan bersamaku".
Jawab badawi itu:"Aku telah diseru oleh yang lebih baik daripada engkau!"
Hajjaj bertanya:"Siapakah dia?"
Jawab Badawi:"Allah telah menyerukan agar berpuasa, lalu aku menjawab seruanNya itu".
Berkata pula Hajjaj:"Di hari yang amat panas ini?"
Blas badawi:"Ya, dan aku telah berpuasa pada hari yang lebih panas lagi".
Hajjaj berkata lagi:"Berbukalah hari ini dan puasalah esok".
Jawab badawi pula:"Boleh jika engkau dapat menjamin aku masih hidup esok!".
Balas hajja:"itu aku tak boleh"
Jawab badawi:"Kalau begitu , bagaimana engkau boleh meminta pendahuluan daripadaku sedangkan engkau tak dapat menjamin perkara yang mendatang?"
Balas hajjaj lagi:"Makanan kami bagus/sedap"
Jawab Badawi :"Makanan itu tidak disedapkan oleh engkau ataupun tukang masak, akan tetapi hanya disedapkan oleh kesihatan engkau!"

Paklang: bila masa kita sakit barulah org nak buat itu dan ni untuk kita padahal kita dah hilang selera masa tu kan,betoi jugak kata badawi tuu...jadi kalau sapa2 nak bagi hadiah apa2ka, bagila la masa saya dok sihat2 ni.. hihihi.. ;)

Kembali ke atas
====================================================================

Rahsia perempuan

Diceritakan oleh kesusasteraan arab bahawa seorang lelaki telah menjumpai satu kendi emas ketika dia sedang membajak ladangnya, betapa gembiranya dia.
Dia pun pulang ke rumah untuk memberitahu isterinya perkhabaran itu,tapi sebelum itu dia teringat bahawa perempuan ini tidak boleh menyimpan rahsianya biarpun betapa besar pun rahsia itu, kemungkinan kalau dia beritahu isterinya lalu sampai hal ini kepada raja, raja pasti akan merampas emas itu.

Oleh itu dia pun berfikir untuk menguji isterinya.Sebelum tidur pada malam itu dia telah meletakan sebiji telur berdekatan katilnya.Tiba waktu pagi dia mengejutkan isterinya dan berkata:"Aku berazam memberitahumu satu rahsia besar, syaratnya tidak boleh beritahu orang lain, apakah engkau mampun menyimpan rahsia ini?"
Isterinya menjawab:"Bagaimana aku tak mampu pulak?"

Mendengarkan jawapan isterinya dia pun berkata:" Berlaku peristiwa aneh kepadaku, setiap malam aku bertelur sebiji, inilah dia!, aku sengaja menyembunyikan hal ini daripadamu kerana risau engkau memberitahu orang, dan oleh kerana sekarang aku tahu bahawa engkau boleh diharap barulah aku beritahu engkau, maka jgn sesekali beritahu orang lain!"

Isterinya menjawab:"Jangan risau"

Si suami tadi pun keluarlah dariapda rumah, dan tak sampai beberapa langkah pun , si isteri tadi pun merasa tidak tahan dengan khabar tadi, lalu dia naik ke beranda, di situ dia nampak jirannya ,dia pun mengisyaratkan kepada jirannya supaya datang kepadanya.

Setelah datang jirannya tadi dia pun berakta:"Wahai jiranku, sanggupkah engkau berjanji untuk menyimpan rahsia?"
Jirannya itu pun berjanji seperti dia berjanji kepada suaminya itu.

Si isteri tadi bcerita kepada jirannya:"Suami aku bertelur 2 biji setiap malam, ku melihatnya dengan mata aku sendiri, aku pun tersangat hairan, suami aku telah meminta aku menyimpan rahsia ini , aku harap engkau pun tak akan memberitahu sesiapa".
Jirannya berkata:"Jangan risau'aku akan menyimpan rahsia seprti mana engkau juga".

Selepas itu si jiran tadi berjumpa kawannya dan berkata begitu juga, dan begitulah seterusnya cerita itu tersebar akan tetapi dengan pertambahan bilangan telur!

Cerita itu akhirnya sampai kepada pemerintah.Dia pun memerintahkan pengawal memanggil lelaki tadi untuk menceritakan hal itu:"Kata kepadaku wahai lelaki, bagaimanakah engkau boleh bertelur?"

Lelaki itu menjawab:"Wahai tuanku, apakah engkau percaya bahawa anak adam boleh bertelur seperti ayam?, yang sebenarnya masaalahnya ada rahsia besar, kalau engkau beri jaminan keselamatan barulah aku akan menceritakannya"

Pemerintah itu berkata:"Ya. aku jamin keselamatan engkau, cakaplah"

Lelaki tadi itu pun menceritakan bagaimana dia boleh menemui satu kendi emas, dan kisah dia menguji isterinya dengan cerita telur setiap malam, dan bagaimana kisah itu telah tersebar dengan sekelip mata hinggakan jumpah telur yang diceritakan itu telah mencapai 100 bji, disebabkan tokok tambah orang yang becerita!"

Pemerintah itu pun ketawa mendengarkan cerita si lelaki tadi dan membiarkan kendi emas itu besama lelaki itu serta menasihatkan agar jangan memberitahu rahsianya kepada perrmpuan seumur hidupnya.

Paklang:cerita ini nampak macam prejudis dengan prempuan kan, tapi sekadar cerita untuk pengajaran dan senyum simpul, sebanrnya pasal amanah dan simpan rahsia ni , saya rasa lelaki dan perempuan sama saja, pengalaman saya lah tu... :)

Kembali ke atas
====================================================================

Engkau lebih baik dan lebih terpilih

Seorang lelaki islam telah menerima tetamu seorang Ansar.Sebelum dihidangkan makanan tengahari dia pergi menemui Rasulullah dan meninggalkan tetamunya bersama keluarganya, malam hari barulah dia pulang ke rumah.
Bila pulangnya dia pun berkata kepada keluarganya:"Apakah kalian telah memberi tetamu kita makan?", dikatakan kepadanya:"Kami semua menunggu engkau pulang dahulu",
Mndengarkan itu dia pun berkata:"Demi Allah aku tak akan memakannya"
Isterinya pun berkata:"Demi Allah, kalau engkau tak makan maka aku pun tak akan makan"
Si Tetamu tadi pula berkata:"Demi Allah,Kalau kamu semua tak makan maka aku pun tak akan makan juga!"
Mendengarkan kata2 mereka,lelaki itu (tuan rumah) pun terus duduk dan makan, melihatkan itu maka isteri dan anak2nya serta tetamu tadi pun ikut makan.
Selepas itu dia pun pergi menceritakan hal itu kepada rasulullah , bagaimana dia telah melanggar sumpah.
Rasulullah bersabda:"Mereka telah tunaikan sumpah mereka, engkau telah melanggar sumpah, akan tetapi engkau lebih baik dan lebih terpilih!"

P/s:Itulah adab melayan tetamu, mafhum sepotong hadith"barang sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasulnya maka hendaklah dia memuliakan tetamunya".

Kembali ke atas
====================================================================

Aku tak tahu kaum yag lebih baik daripada kalian

Sekumpulan orang dari Bani Taimillah bertemu seorang gila dari Bani Asad, mereka pun mempermainkannya,
Berkatalah si gila itu kepada mereka:"Aku tidak tahu kaum yang lebih baik daripada kalian"
Mereka bertanya:"Bagaimana pulak tu?"
Si gila menjawab:"Tiada orang gila selain daripada ku di dalam Bani Asad, mereka mengikat aku , sedangkan kalian ini gila akan tetapi tiada seorang pun yang diikat oleh kaum kalian!"

Paklang:"si gila tu ikhlas berkata begitu tauu... hee.. ;)

Kembali ke atas
====================================================================

"Diangkat qalam daripada orang gila sehinggalah ia sedar"

Seorang lelaki mendatangi Ibnu Uqail, lalu berkata kepadanya meminta fatawa:"Aku selam dalam air 2-3 kali, akan tetapi aku tak yakin bahawa air telah menyeluruhi badanku, dan aku juga tak yakin aku telah bersuci"
Jawab Ibnu Uqail:"Jangan solat!".
Dia pun ditanya kenapa dia menjawab begitu?

Ibnu Uqail menjawab:"Kerana Rasulullah pernah bersabda (Diangkat qalam daripada orang gila sehinggalah ia sedar), barang sesiapa yang telah menyelam 2-3 kali di dalam sungai dan menyangka dia masih belum mandi/bersuci, maka sesungguhnya dia adalah orang gila!!!"

Paklang:Jawapan penuh hikmah atau perlian? hee.. saya satu masa dulu pernah ditanyakan hal ini oleh seseorang, pasal syak dalam bersuci ni, jenuh nak jawab dan bagi petua, akhir sekali saya ceritakan kepadanya satu cerita yg hampir sama sebegini, mendengarkan cerita saya dia jawab, bahawa orang yang tak mengalami penyakit itu tak akan memahaminya,betapa seksanya hidup mereka, saya rasa bersalah pula mendengar jawapannya itu, padahal sebenarnya saya datangkan kisah itu pun supaya dia berfikir sikit, susah susah... tapi alhamdulillah.. selepas beberapa kali pertemuan,, dia sendiri yang cakap, cara nak hadapi penyakit sebegini ialah hilangkan kejahilan dalam hukum hakam agama, Alhamdulillah,,, dia terus melazimi saya hinggalah hilang penyakitnya itu... sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama...

Kembali ke atas
====================================================================

Apa hal kamu boleh tewas?

Tentera yang kekalahan telah datang mengadap Hirqal, pada masa itu dia di kota Anthakiah.Dia pun memanggik pembesar2 mereka dan berkata:"Katakanlah padaku, apakah yang kalian perangi itu? bukankah mereka pun manusia seperti kalian?"
Mereka menjawab:"ya" (arab)

Hirqal berkata lagi:"Kalian yang lebih banyak atau mreka?"
Mereka menjawab?:"Bahkan kamilah yang lebih ramai daripada mereka dalam setiap tempat"

Hirqal membalas:"Celaka kalian, apahal kamu boleh tewas setiap kali bertemu mereka?".. mereka diam.

Tiba2 ada seorang Syeikh dari kalangan mereka berkata:"Aku akan meberitahu engkau wahai tuanku",
Blas Hirqal:"Cakaplah"

Berkata si syeikh itu:"Apabila kami menyerang mereka, mereka bersabar, apabila mreka menyerang kami, mereka bersungguh2, sedangkan kami sambil lewa sahaja , dan apabila mereka menyerang kami lagi , kami tidak bersabar".

Berkata Hrqal lagi:"Celaka kalian, bagaimana kalian tahu mereka bersifat begitu seprti mana tanggapan kalian?"

Jawab syeikh:"Aku rasa engkau telah tahu dari mana punca hal itu"
Tanya hirqal:"Dari mana?"

Jawab Syeikh:"Ini semua adalah kerana kaum itu berpuasa di siang hari dan berqiam di waktu malam, mereka menunaikan janji, menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran, mereka tidak menzalimi seseorang, mereka saling berkongsi antara mereka, sedangkan kita meminum arak, berzina, melakukan kemungkaran, melanggar perjanjian, memzalimi, kita memnyuruh apa yg dimurkai tuhan, dan melarang daripada apa yg diredhai tuhan, dan kita juga membuat kerosakan di muka bumi,"

Hirqal mebalas:"Engkau betul", demi tuhan , aku akan keluar daripada perkampuangan ini, tiada kebaikan bersama kalian selama mana kalian berkeadaan begini!" ........................................

P/s:Islam akan kembali dominasi kalau ummatnya seperti yang digambarkan oleh syeikh rom tadi... dari diri kitalah bermulanya semua itu bukan? (untuk diri sendiri la tuu)

Kembali ke atas
====================================================================
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>

 
 

Copyright ©1999-2003™ 
by PakLang`s. 
All rights reserved.®

 
Hosted by www.Geocities.ws

1