21/6/2003-- tak siap lagi  
  Katakan pada si fulan itu:mandikanlah aku

Diriwayatkan apabila Imam syafie hampir menemui ajalnya, beliau berkata kepada kaumnya:"Apabila aku telah mati,pesanlah pada si fulan itu agar memandikan aku"
Apabila beliau mati dan berita itu sampai kepada si fulan tadi, dia pun berkata:"Datangkan padaku buku catatannnya", dia pun diberi buku itu, di dalam buku itu tercatat bahawa Imam syafie berhutang kepada si fulan dan si fulan sebanyak 70 ribu dirham, Dia pun memindahkan hutang Imam syafie itu ke atas tanggungjawabnya.
Dia berkata:"Inilah `mandi` yang dikehendaki oleh Syafie!"

p/s:Inilah yang dinamakan sahabat sejati, sehingga temannya mati pun dia masih membela maruah dan tanggungjawabnya...

====================================================================

Kalau dia mula denganku pasti aku berikan lebih banyak lagi

Suatu ketika sayyidina Husain, Hasan dan Abdullah B Jaafar keluar menunaikan Haji, akan tetapi mereka ketinggalan konvoi mereka berserta bekalan oleh itu mereka pun kelaparan dan dahaga.
Ketika dalam keadaan begitu mereka menemui seorang wanita tua di dalam geroboknya, Salah seorang dari mereka pun betanya:"Apakah ada minuman di sisimu?"
Wwanita itu menjawab ya.
Mereka pun berhenti di sisinya dan mendapati hanya ada seekor kambing kecil di sisinya.
Wanita itu berkata:"Perah dan minumlah susunya"
Mereka pun lakukanlah...

Mereka bertanya lagi:"Apakah ada makanan?"
wanita itu menjawab:"Tiada melainkan kambing tadi itulah, sembelihlah ia, nanti boleh aku masakkan"
Mereka pun lakukanlah seperti kehendak wanita itu dan apabila selesai makan dan minum mereka berkata:"Kami ini orang Quraisy yang hendak menunaikan haji, apabila kami pulang nanti datanglah ke madinah agar kami boleh membalas kebaikan engkau itu", lalu mereka pun pergi..

Apabila Suami wanita itu pulang wanita itu pun menceritakan hal orang2 tadi dan kambing mereka yang telah disembelih.
Mendengarkan itu suaminya pun marah dan berkata:"Apalah engkau ini!, memberikan kambing kepada orang yang tidak engkau kenali , kemudian mengarakan mereka itu dari kalangan quraisy pula!"

Tak lama selepas itu, kedua suami isteri tadi ditimpa kesempitan, mereka pun terpaksa ke Madinah untuk mengutip sisa2 keperluan mereka di jalanan dan secara kebetulan mereka melalui rumah Hasan yang ketika itu sedang berada di hadapan rumahnya.
Melihatkan itu Hasan pun terus mengenali wanita itu dan mengutuskan ghulamnya untuk menjemput wanita itu.
Hasan berkata:"wahai wanita,apakah engkau sudah tidak mengenaliku?"
wanita itu menjawab tidak.
Hasan berkata lagi:"Akulah tetamu engkau pada hari sekian sekian..."
Permpuan itu terkejut lalu berkata"Semoga bapaku dan ibuku menebus engkau"(kata2 doa dan basa basi arab)"
Hasan membelikan 1000 ekor kambing untuknya dan juga meberikannya 100 dirham, kemudian hasan mengutuskan perempuan itu dan ghulanya kepada Husain dan Abdullah b Jaafar, mereka pun lakukan sebagaimana yang Hasan telah lakukan.
Abdullah b Jaafar berkata:"Kalau dia (wanita itu) mula denganku pasti aku berikan lebih banyak lagi, akan tetapi aku tak mahu mengatasi kedua saudaraku itu!"

Perempuan itu pun pulang dengan 3000 ekor kambing dan 3000 dirham!!!

P/s:Modalnya hanyalah seekor kambing kecil!

====================================================================

Taqwa perhiasan orang soleh

Seorang zahir keluar berziarah pada hari raya,dengan penampilan biasa,tiada pakaian baru dan sebagainya.Ditanyakan kepadanya :"kenapa engkau keluar pada hari ini dalam keadaan begini, sedangkan semua orang dalam perhiasan masing2?"
Jawab si zahid:"Perhiasan kami untuk Allah hanyalah dengan ketaatan kepadaNya"

Paklang:"Secara umumnya kita memang disunatkan memakai pakaian2 terbaik kita pada hari raya, itu pun kalau mampu, si zahid tadi redha dengan apa yang diberi kepadanya.. itu yang terbaik baginya..

====================================================================

Saudaraku yang mana satu?

Diceritakan bahawa Muawayah diberitahu bahawa ada seorang lelaki datang untuk menemuinya, lelaki itu mendakwa bahawa dia adalah saudara muawiyah.
Berkatalah Muawiyah:"Bagaimana pula aku tak kenal saudaraku sendiri?"
Apabila lelaki itu masuk, Muawiyah pun bertanya:"Engkau ini saudaraku yang mana satu?"
Lelaki itu menjawab:"Saudaramu dari sebelah Adam!!"
Balas Muawiyah:"Itu silaturrahim yang telah terputus, demi Allah aku akan menjadi orang pertama yang menyambungnya, dia pun menunaikan hajat kedatangan lelaki itu.!!.

Paklang:"saya teringat, saya pernah mengatakan bahawa saya keturunan nabi kepada beberapa orang, akan tetapi mereka antara percaya dan tidak kerana prinsip saya yang tak boleh berbohong dan tiada pulak bukti yang mengatakan saya ni adalah brketurunan nabi!.. apabila saya tegaskan bahawa saya keturunan nabi Adam tersengihla mereka,, heh.. nabi pernah mengatakan bahawa dia juga bergurau akan tetapi dia tak berbohong, bergurau dalam keadaan benar, saya tak berbohong bukan dengan gurauan keturunan nabi itu?
Berbohong itu adalah satu sifat orang2 munafiq, jauhkanlah ia!

====================================================================

Berapa ekor lalat yang engkau telah bunuh?

Seorang suami menghambat lalat2 keluar daripada rumahnya.Kemudian dia membunuh pulak saki baki lalat yang masih ketinggalan di dalam rumahnya.
Selepas selesai daripada kerjanya itu, si isterinya bertanya dalam perli:"Berapa ekor lalat yang telah engkau bunuh?"
Jawab si suami:"8 ekor,4 jantan dan 4 betina!"
Si isteri bertanya:"ehh,tetapi bagaimana pula engkau boleh kenal yang jantan daripada betinanya!?"
Jawab si suami lagi:"Oo, 4 ekor lalat betina yang aku bunuh tu pada ketika itu sedang bertenggek di hadapan cermin, dan 4 ekor yang jantan sedang menghurung gula!!"

Paklang:"kelakar,, ada unsur2 perlian bagi kaum wanita.. akan tetapi apa salahnya kalau si pompuan menjaga kecantikan diri untuk si suami? bahkan itu yang dituntut,, tak jaga nanti dikatakan selekeh pulak.. kesian pompuan.. tapi apa2 hal pun kenalah sederhana.. fikirkanlah...

====================================================================

Alangkah bagusnya kalau Abu Bakar sperti engkau!

Diceritakan oleh Muaz B Jabal: suatu hari Abu Bakar memasuki sebuah kebun, di sana dia terpandang seekor burung di bawah bayangan pokok.
Abu Bakar menarik nafas panjang seraya berkata:"Betapa beruntungnya engkau,makan daripada pokok, berteduh di bawahnya, kemudian tiada hisab ke atas engkau, alangkah bagusnya kalau Abu Bakar sperti engkau!"

paklang:sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang2 yang paling bertaqwa...

====================================================================

Kepintaran Qadhi

Dikatakan kepada Qadhi Iyas:"Engkau ini tiada kekurangan melainkan engkau selalu tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman tanpa memperhatikan dahulu"
Mendengarkan perkataan itu Iyas mengangkat tangannya dan berkata:"Berapa bilangan jari tanganku ini?"
Mereka terus menjawab:"Lima!"
Iyas membalas:"Kalian telah tergesa-gesa menjawab, kenapa kalain tak katakan , satu atau dua, atau tiga atau empat,lima"?
Mereka menjawab pula:"Kami tak perlu mengira lagi apa yg telah kami tahu"
Iyas membalas pula:"Aku pun tak melambat-lambatkan lagi hukuman yang telah jelas padaku!!!"

p/s: jelas dan jitu sekali..

====================================================================

Kerana engkau pengikut

Seekor anjing berlari di belakang seekor kijang
berkata kijang itu kepadanya:"Wahai anjing, engkau tak akan dapat mengejarku"
Bertanya anjing itu:"Kenapa pula?"
Jawab kijang:"Kerana aku berlari untuk diriku, sedangkan engkau berlari untuk tuanmu!"

**ni salah satu yang saya jumpa dalam majalah al-azhar, bolehlah difikirkan moralnya..

====================================================================

Sebahagian wasiat Luqman al-Hakim

Luqman al-Hakim mewasiatkan anaknya dengan 4 perkara; Ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara.
Adapun dua perkara yang patut diingat ialah:Dosa dan kematian.
Manakala dua perkara yang patut dilupakan ialah:Kebaikannya kepada manusia dan kejahatan manusia kepadanya.

p/s:Kita biasa mendegar ayat begini atau pun memamg kita pun bersikap macam ni--> aku maafkan hang tapi hatiku tetap sakit takleh nak lupa... ketahuilah kalau kita masih begitu maka kita tak akan sampai ke tahap ketenangan hakiki... camana nak buang perasaan sakit hati tu ye.. hmm satu perjuangan tu..

====================================================================

Kita buat tadi kerana apa?

Seorang Qadhi menghukum seorang lelaki yang banyak hutangnya dengan meletakkannya di atas seekor keldai dan diarak sekeliling kota untuk memberi amaran kepada orang lain agar berhati2 dengannya.
Apabila selesai hukuman itu dia pun turunlah dari keldai,lalu tuan keldai itu pun meminta sewa keldainya yang telah digunakan untuk perarakan itu.
Jawab lelaki itu:"Jadi untuk apa perarakan sepanjang hari tadi wahai dungu?!!"

p/s:Baru lepas dihukum dah buat pulak,kesian tuan keldai..

====================================================================

Seorang badawi dan seorang soleh

Berkata badawi kepada seorang soleh:"Harga roti telah naik"
Jawab lelaki soleh:"Demi Allah wahai badawi, aku tak peduli walau aku membelanjakan satu dinar untuk sebutir gandum; kewajipan kita menyembah Allah seprti mana kita diperintahkan, dan tanggungjawab Allah untuk memberi rezki kepada kita sebagaimana yng DIA telah janjikan!!"

p/s:Tawakkal sebenar benarnya adalah ubat ketenangan hidup ini..

====================================================================

Dia mati aku tak tahu pun, dan dia akan mati insyaAllah

Seorang lelaki pergi menziarahi orang sakit, selepas keluar dari situ dia pun berkata kepada keluarganya:"Jangan kalian lakukan lagi padanya sperti mana kalian lakukan kepada yang dulu, dia mati tapi tapi kalian tak beritahu aku pun".

Pada ketika yang lain pula dia menziarahi seorang lagi orang sakit,selepas keluar dia pun berkata kepada keluarganya :"Semoga kalian diberi ganjaran oleh Allah."
Mereka menjawab:"Dia belum mati lagi."
Balas lelaki itu:"Dia akan mati insyaAllah!"

p/s: serba tak kena..

====================================================================

Jangan memusuhi nikmat Allah

Berkata Ibnu Abbas:"Janganlah kalian memusuhi nikmat Allah"
Mereka bertanya:"siapakah yang memusuhi nikmat Allah pula?"
Jawab Ibnu Abbas:"Mereka adalah orang2 yang dengkikan nikmat2 yang dianugerahkan kepada manusia lain!"


====================================================================

Kalam Rabiah al adawiyah

Satu hari Rabiah terlihat sekumpulan orang mencaci dunia dalam majlisnya, dia pun mengherdik mereka:"Diamlah kamu daripada mencaci dunia,Kalaulah dunia tidak punyai tempat dalam hati kamu nescaya kamu tak banyak menyebutnya, barang sesiapa yang mencintai sesuatu pasti ia banyak menyebutnya!!"

Atthaury pernah berkata kepada Rabiah:"Setiap Iman itu ada hakikat, apakah hakikat iman engkau?"
Jawab Rabiah:"Aku tak menyembah Allah disebabkan takut terhadapNya,lalu jadilah aku seperti jariah yang bekerja kerana takutkan tuannya, Dan tidak pula aku sembahNya kerana cintakan syurga, lalu jadilah aku seperti jariah yang apabila diberi ganjaran barulah ia akan bekerja, akan tetapi aku menyembahNya kerana cinta dan rindukanNya!!"

Paklang:"Tilka martabatu la ashiluha! - martabat yang aku hampir2 mustahil nak sampai!

====================================================================

Engkau mencaciku sedangkan pada ku 3 sifat ini.

Seorang lelaki mencerca ibnu Abbas, lalu berkatalah Ibnu Abbas:"Engkau mencaciku!, sedangkan aku mempunyai 3 sifat :- 1- aku tidak membaca satu ayat pun dalam quran melainkan aku bercita2 agar semua manusia tahu maksud ayat itu seperti mana aku tahu, 2-Aku tak mendengar perkhabaran tentang mana2 hakim islam yang adil melainkan aku merasa gembira, 3-aku mendengar khabar hujan turun di mana2 tempat di negara islam nescaya aku tumpang gembira walaupun aku tak mempunyai ternakan yang akan mengambil manfat dengan hujan itu"

p/s:Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia menyukai bagi saudara apa yg dia sukai bagi dirinya...

====================================================================

Siapa yang mengadabkan engkau?

Diriwayatkan bahawa sayyidina Isa ditanya:"Siapakah yang mengadabkan engkau?"
Jawabnya:"Aku tidak diadabkan oleh sesiapa pun akan tetapi aku melihat kejahilan si jahil itu merupakan satu keaiban maka aku pun mengelakkannya"

====================================================================

Kemuliaan seorang mu'min

Khalifah Hisyam B Abdul Malik pergi menunaikan ibadat haji ketika pemerintahannya, ketika di sana dia bertemu dengan Salim B Abdullah B Umar al khattab sedang berada di dalam Ka'bah, lalu dia pun berkata kepada Salim:"MIntalah kepadaku apa2 hajat engkau, aku akan menunaikannya"
Jawab Salim :"Aku malu nak meminta kepada orang lain sedangkan aku sekarang berada di dalam rumah ALLAH"
Selepas Salim keluar daripada Ka'bah, khalifah pun memanggilnya lagi dan berkata:"Ya Salim, sekarang mintalah hajat engkau".
Jawab Salim:"Sesungguhnya aku tidak minta dunia daripada Yang memilikinya, maka bagaimana pula aku nak meminta daripada orang yg tidak memilikinya?!!!"

p/s:saya minta dunia dan akhirat... :-)

ON CONSTRUCTION !!
====================================================================
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>
 
 
     
Hosted by www.Geocities.ws

1