Pendirian & Gelagat

@ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8  | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | @

 
 

===================================================================

Bagaimana engkau bersolat wahai Hatim?

Suatu hari `isam B Yusuf masuk ke majlis Hatim ala'sham lalu berkata kepadanya:`Wahai Hatim apakah engkau pandai solat?
Jawab hatim :`ya`
kata `isam:`Bagaiman engkau bersolat?
Jawab Hatim:`Aku berdiri dengan hal itu, aku berjalan dengan ketakutan, aku masuk dengan niat , aku bertakbir dengan kebesaran, aku membaca dengan tartil dan tafakkur, aku ruku` dengan khusyuk, aku sujud dengan tawadhuk, aku duduk bertasyahhud dengan sempurna, aku memberi salam dengan niat, dan aku sudahinya dengan ikhlas kepada Allah Taala, selepas itu aku kembali kepada diriku dengan ketakutan, aku risau jika solatku tidak diterima Allah, dan aku menjaganya dengan sungguh2 hinggalah di saat kematianku.

Kata `Isam:` teruskanlah bercakap dalam majlismu, sesungguhnya engkau mahir bersolat`.....!!

p/s:Kalau bersolat pun tak pandai dan sempurna manakan layak mengajar org lain..

===================================================================

Kalau begitu kenapa bersedih hati?

Ibrahim adham terpandang seorang lelaki yg sedang bersedih,lalu Beliau berkata kepadanya:`aku nak bertanyakan engkau tentang 3 perkara, jawablah ye. lelaki itu mengiakan ibrahim.

Ibrahim meneruskan pertanyaannya:`Apakah berlaku di alam ini sesuatu yg tidak dikehendaki Allah? jawab lelaki itu :` sama sekali tidak`.

Ibrahim:`Apakah akan rezki engkau yg telah ditakdirkan oleh Allah akan berkurangan sedikit pun?
lelaki itu:` sama sekali tidak`

Ibrahim:`Apakah Umur engkau yg telah ditakdirkan oleh Allah akan berkurang walau satu detik dalam hidup ini?
Lelaki itu:`Tidak sama sekali`

Ibrahim:`kalau begitu kenapa bersedih hati?!

p/s:kekadang tu saya rasa sedih sangat dan lemah semangat, tapi bila mengingatkan apa sangatlah dunia ini, bukankah kita ada PEMELIHARA kita kan?maka saya kembali ceria, ini setakat pengalaman diri untuk dikongsi bersama, akan tetapi yg tak kenanya apabila ceria melampau sampai tak ingat diri pulak,alahai,, susah pulak macam tu,hmm

Kembali Ke Atas
===================================================================

Ya Allah, Ajarkanlah kami adab berziarah`

Diceritakan oleh Imam Junaid:aku mendengar Sirry bercerita :" Suatu hari aku ditimpa sakit lalu aku diziarahi beberapa org qurra` (sahabat ilmu) , mereka duduk di sampingku dan berlama2 pula sehingga aku merasa tidak selesa".

Kemudian mereka berkata kepadaku:" Apa kata kalau engkau berdoa kepada Allah'? lalu aku pun berdoa dengan berkata:` Ya Allah, Ajarkanlah kami adab berziarah`!!!!
 

p/s:Kekadang manusia ada yg jenis tak faham bahasa kiasan, kena ikut cara sirry ni ,hehehe cubalah...

Kembali Ke Atas
===================================================================

Aku telah berjumpa tulisan yg lebih huduh

Kata abu bakar Al khuttat:`Ada seorang Faqih yg tulisannnya begitu teruk, sahabat2 nya dari kalangan fuqaha' selalu memerlinya pasal hal itu hingga menyebabkannya terasa. Mereka berkata:`Tiada tulisan yg lebih buruk darpada tulisan engkau.

Suatu hari dia terjumpa dengan sebuah jilid kitab yg pada hematnya tulisan pengarang kitab itu lebih teruk dan huduh daripada tulisannya.Dia pun tawar menawarlah kitab itu dengan penjualnya hingga sanggup membelinya dengan harga yg agak mahal.. lebih kurang satu dinar lebih..
Lalu dibawanya kitab itu untuk ditunjukkan kepada sahabat2nya bahawa wujud lagi tulisan yg lebih teruk dan huduh daripada tulisannya.

Dia berkata kepada mereka:"Aku telah berjumpa satu karya yg tulisan pengarangnya lebih teruk daripada tulisanku,hingga aku telah sanggup menggandakan harga karyanya itu supaya aku lepas dari perlian2 kalian itu".

Lalu dia pun menunjukkan kitab itu dan membukanya di hadapan para sahabatnya, akan tetapi dia amat terkejut bila mendapati di akhir kitab itu ada tanda tangannya sendiri!

Rupanya kitab itu merupakan karyanya sendiri ketika waktu mudanya dahulu!!! bertambah malulah dia kepada teman2nya.... hehehehe

p/s:kesian dia no, sebenarnya cantik tak cantik tulisan tu kira nombor last sekali, yg penting ilmu dia dan kefahaman serta amalannya, akan tetapi sesetengah org sebaliknya, saya rasa saya senasib dengan si faqih tu,, tulisan huduh sangat.. apa nak buat, dah begitu jadinya.. hihihihi.. dan saya rasa antara sebab saya malas tulis surat adalah kerana tulisan saya yg tak cun tuh.. pstt rahsia ni noo..
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Berikannya 10 ribu dirham

Daripada Abdurrahman bn akhi al-asmaiey daripadanya pakciknya: Suatu hari Arrasyid telah memanggilku bertemunya, bila aku masuk aku dapati ada seorang budak perempuan bersamanya. dia bertanya aku siapakah budak perempuan itu aku menjawab tidak tahu.

dia menjawab pula:`inilah Muwasah anak perempuan amirulmukminin`. maka aku pun berdoa akan kesejahteraany kedua2nya.

Arrasyid berkata lagi:`Ya , kucuplah kepalanya`

Aku berkata dalam hati:`Jika aku mentaati perintahnya tentu dia akan merasa cemburu dan aku pasti akan dibunuh,dan jika aku mengingkari perintahnya pula tentu aku juga dibunuh kerana dikira menderhaka perintahnya`....
Lalu aku pun meletakkan lengan bajuku di atas kepala budak itu dan mengucup lengan bajuku yg diatas kepala budak itu.

Kata arrasyid:`Demi Allah wahai asma`iey, kalau engkau melakukan kesilapan tadi tentu aku telah membunuh engkau!
Berikannya 10 ribu dirham...!!

p/s:Saya tak pasti samaada cerita ini sahih atau pun tidak, kebanyakan cerita2 pelik sebegini tiada sanad yg kuat, saya kata pelik disebabkan kalau mengikut riwayat yg diterima mengatakan Harun Arrasyid adalah seorang khalifah yg bertaqwa dan faqih lagi, tak mungkin dia akan mudah2 membunuh org lain dengan sedikit kesilapan yg dia sendiri mencarinya?!! Cerita2 sebegini boleh la kita sekadar menambahkan pengetahuan dan mengampil pengajaran, tapi bukanlah kita boleh jadikan dia satu rujukan dan pegangan. Sebenarnya riwayat2 yang menceritaka sesetengah khalifah adalah begitu dan begini, adalah bersumberkan orientalist yg telah dicanai kembali, jadi banyak yang memburuk2kan imej khalifah itu sendiri, dan khalifah Harun Arrasyid adalah diantara yang menjadi mangsa.

Kembali Ke Atas
===================================================================

Di manakah hak untuk beromong kosong?

Alhajjaj bertemu seorang badawi di padang pasir,lalu beliau pun bertanya badawi itu tentang dirinya sendiri.
Badawi itu pun menjawab dengan setiap keritikan dan cemuhan kepada hajjaj tanpa menyedari bahawa dia sedang bercakap dengan hajjaj sendiri!!

Alhajjaj terus berkata kepadanya:`Akulah Alhajjaj, nescaya Allah bunuh aku jika aku tidak membunuh mu sekarang`!!!..

Jawab badawi itu pulak:`Dimanakah haq untuk beromong² kosong?

Balas Alhajjaj:`hah.. bagus bagimu, pandainya engkau berlepas diri ya,,!!
Lalu dia pun melepaskan badawi tersebut.
 

P/s:Adapun riwayat tentang kisah2 hajjaj maka telah makruf dan ahli sejarahwan islam telah sepakat bahawa dia memang pemerintah yg zalim, bukan sengaja kita buruk2kannya dan menambah2 akan tetapi memang dia telah terkenal begitu.

Kembali Ke Atas
===================================================================

Apakah yg menyebabkan engkau menangis

Daripada Ibnu kuddam:`Pernah sekali aku berjaln bersama Sufyan AtThauri, tiba2 datang seorang lelaki meminta sedekah kepadanya akan tetapi dia tidak mempunyai apa2 untuk diberikan, lalu beliau pun terus menangis.

Peminta sedekah itu pun bertanyakannya:`Apakah yg menyebabkan engkau menangis pula?
Jawab Sufyan:`Musibah apakah yg lebih besar lagi daripada seseorang yg berharap satu kebaikan daripadamu akan tetapi dia tidak mendapatinya daripadamu?!!

**Sedih kerana tiada dapat menunaikan hajat orang yang menaruh harapan kepadanya, kalau ada sekupang, bagilah walaupun sikit. Dia nak terima atau tidak maka itu halnya. Seorang Muslim tidak sepatutnya menolak orang yang meminta, ketahuilah bahwa orang yang meminta itu telah menjatuhkan airmuka dan  maruahnya apabila dia meminta, akan tetapi lebih malang lagi apabila permintaanya itu tiada hasil... buktikan hatimu mempunyai kasih dan sayang dengan bersedekah...

Kembali Ke Atas
===================================================================

Tolong jawabkan untuknya,ya dia punyai isteri...

daripada Zakariya bi abi zaidah, Berkata :`aku bersama sya`biy di masjid kufah, apabila datang seorang pekerja diatas bahunya ada bebanan lalu dia pun meletakkannya dan masuk ke masjid.

Org itu berkata:`wahai sya`biy,Apakah Iblis mempunya isteri?
Sya`biy menjawab:`pengantin iblis yang aku belum pernah lihat`

Balas org itu:`Ini Tok alim Iraq yg ditanya tentang satu permasaalhan tapi dia tak menjawabnya`

Jawab sya`biy:`Tolong jawabkan untuknya,ya, dia punyai isteri, firman Allah taala dalam surah al kahf:50 (apakah kalian menjadikan iblis itu dan zuriatnya sebagai wali kamu selain daripadaKU?)..
jadi tiada zuriat melainkan daripada isteri...

Org itu bertanya lagi:`Apakah nama isteri iblis itu pula?` !!!

Jawab Sya`biy:`Aqad nikah tu aku tak pernah saksikan`!!!

**Soalan yang pelik dan tiada faedah di dunia serta akhirat, apa bezanya dia tahu atau pun tidak? kalau dia bertanyakan hukum hakam agamanya maka itu lebih bermanfaat!

Kembali Ke Atas
===================================================================

Engkau mesti beri pendapat kepadaku

Nuh bin Maryam seorang Qadi hendak menikahkan anaknya lalu dia minta pendapat daripada jirannya seorang Majusi
Majusi itu terkejut sambil berkata:`Subhanallah,semua org meminta fatawa kepada engkau tapi engaku minta fatwa kepada ku pula`!

Jawab Nuh:`Engkau mesti berikan juga pendapat engkau`

Si majusi itu pun jawablah juga:`Adapun raja Parsi Kisra memilih harta, raja Rom kaisar memilih kecantikan , ketua2 Arab memilih kedudukan/keturunan manakala ketua kamu Muhammad pula memilih agama,Maka lihatlah diri kamu mana yg engkau mahu pilih!!
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Mengecut bila dibasuh

Berkata Abu Al`aina`:`Jammaz menyerahkan sehelai pakaiannya kepada tukang dobi supaya dibasuhnya pakaian itu.
Apabila selesai dikembalikanlah pakaian itu kepadanya tapi lebih pendek daripada asalnya.Jammaz pun mempertikaikan hal itu dan mengatakan itu bukan pakaian sebenarnya.

Jawab si tukang basuh:`Tiap kali dibasuh pakaian itu akan mengecut, sebab itu dia jadi pendek`.

Balas Jammaz:"Kalau begitu berapa kali basuhan kah sehingga ia boleh menjadi seutas kalung?!!!"

***kes macam ni kena perlukan ayat yang power sikit, biar dia tersengih sendiri sebab banyak alasan sangat kan...

Kembali Ke Atas
===================================================================

Apakah pendapat engkau tentang agama islam?

Berkata Al-majsyun:`Di madinah ada 2 org yahudi penjual rempah, salah seorang daripadanya telah peluk Islam dan tinggal di Iraq.

Suatu hari mereka terserempak, berkata si yahudi kepada kawannya yg telah islam itu:`Apakah pendapat engkau tentang agma islam?

Jawab si muslim:`Sebaik-baik agama, akan tetapi mereka tidak membenarkan kita kentut dalam solat seperti mana kita yahudi biasa lakukan`

Balas si teman yahudi:`apalah hang ni, kentutlah depa bukan tahu pun`!!!

**itulah yahudi, depa tak tau maka Allah tetap tau..

Kembali Ke Atas
===================================================================

Apa hal aku lihat engkau berubah?

seoranmg lelaki telah mendakwa `Ali Bin Abi thalib kepada Umar.Ketika itu `Ali sedang duduk, lalu Umar berkata kepada `Ali:`Bangunlah wahai Aba al hasan( bapak hasan-kunyah,panggilan hormat) dan duduklah bersama penuduh engkau itu.
Kemudian bermulalah majlis perbicaraan sehingga selesai dan `Ali pun kembali ke tempatnya tadi semula.

Akan tetapi `Umar perhatikan ada perubahan pada wajah `Ali lalu beliau pun bertanya akan hal itu:`Apa hal aku lihat perubahan wajah engkau? apakah engkau tidak suka apa yg telah berlaku tadi?`

jawab `Ali:`Ya`
kata `umar:`Apa hal yg engkau tak suka tu?

jawab `Ali:`Engkau menggunakan kunyahku (panggilan tadi) di hadapan penuduhku, sepatutnya engkau katalah begini--> Bangunlah wahai `Ali dan duduklah bersama penuduh engkau`

Mendengarkan penerangan itu `Umar pun memeluk `Ali dan mencium wajahnya sambil berkata:`Demi bapaku,betapa Allah telah memberikan hidayat kepada kita dan betapa Dia telah mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya...

**Lihatlah keadilan dan persamaan di dalam Islam...  sahabat ini tak rela dia dihormati lebih daripada orang lain apabila hendak dibicarakan.. maka lakukanlah seperti orang biasa juga...

Kembali Ke Atas
===================================================================

Emak si fulan ini teruk amat ketika mengandungkannya

Berkata al Jahiz:`aku sedang menunggang keldai betinaku melalui satu jalan apabila aku terserempak dengan 2 0rg perempuan sedang berjalan, tiba2 keldai ku terkentut di ketika itu.

Lalu berkata perempuan itu kepada temannya:`heh, keldai betina tuan syeikh kentutlah..`

kata jahis lagi:`Aku berasa marah mendengarkan perkataannya itu dan membalas :"sesungguhnya mana2 betina yg membawa aku pasti terkentut"!

Perempuan itu membalas pula sambil tapak tannganya menepuk atas tangan satu lagi:"Tentu Emak si fulan ini teruk amat mengandungkannya 9 bulan"!! (ye lah sampai terkentut2)
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Sekarang aku tak melihatnya lagi!

Ketika 29 ramadhan, org ramai berkumpul di sebuah tempat untuk melihat anak bulan syawal bagi menentukan tarikh perayaan.

Tidak seorang pun yang nampak anak bulan melainkan Anas bin Malik al ansari yg ketika itu umurnya telah mencecah 100 tahun.
Turut bersamanya ketika itu adalah Muawiyah dan Qadhi Iyas.

Berkata Qadhi Iyas kepadanya:`Tunjukkan kami tempat engkau nampak anak bulan itu`. Anas pun terus menunjukkan tempat yg dimaksudkannya tapi mereka tetap tidak melihatnya.
Qadi Iyas memerhatikan Anas dan dia perasan akan seurat bulu kening anas yg telah beruban telah melengkung dan berada didepan mata anas
Qadi Iyas pun menyapu mata dan kening anas dan menyamanya, lalu dia pun bertanya sekali lagi:`Tunjukkan kami tempat anak bulan itu`.

Jawab Anas:`Sekarang aku dah tak melihatnya lagi`.
*** :D

Kembali Ke Atas
===================================================================

Tiada kebaikan bagimu padanya

Berkata Sya`biy:`Al mughirah pernah bercerita kepadaku:"Tidak pernah aku dikalahkan oleh sesiapa pun melainkan oleh seorang budak daripada Bani alharith bin ka`ab.

Satu ketika dulu aku telah meminang seorang perempuan dari kalangan Bani Harith, dan aku mengenali seorang lelaki daripada mereka.Dia mendengarku bercakap pasal pertunangan dan berkata:`Wahai Amir,Tiada kebaikan bagimu padanya (wanita itu)

Aku bertanyanya pula:`wahai anak saudaraku, apa hal pulak dengan wanita itu`?

Dia menjawab:`Aku pernah melihatnya dicium oleh seorang lelaki`

Mendengarkan itu aku pun berlepas diri dari wanita itu dan memabatalkan niat untuk meminangnya.Akan tetapi tak lama lepas itu aku dikhabarkan bahawa lelaki itu pulak yg telah mengahwininya.

Bila aku berjumpanya suatu hari tu aku pun bertanya :'Tidakkah dulu engkau juga yg memberitahu bahawa engkau melihat seorang lelaki menciumnya`?

Dia menjawab:`Ya betul,aku melihat bapanya menciumnya`!!

**Bohong adalah salah satu sifat orang munafiq. Berbohong secara umumnya adalah berdosa dalam islam. Tengoklah dalih budak tu lakukan.. dia tak berbohong bukan.. hee..

Kembali Ke Atas
===================================================================

Pergilah dan lawan mereka

Diceritakan bahawa anak qadhi Syuraih berkata kepada bapanya:`Aku mempunyai kes dengan satu kaum,tolonglah lihat perkara ini,jika kebenaran berada di pihak aku maka aku akan mengajak mereka melakukan perbicaraan, tapi jikalau seebaliknya maka tak akan berbuat begitu`.

Kemudian dia pun menceritakan kes itu untuk mendapatkan pendapat bapanya sebagai Qadhi(hakim). Jawab Syuraih:`Pergilah lawan mereka`

Anaknya pun terus mengajak kaum itu untuk melakukan perbicaraan di mahkamah dalam kes itu.
Akan tetapi qadhi Syuraih telah menghukumkan bahawa Kaum itu memenangi kes itu dan anaknya telah kalah.

Anaknya pulang ke rumah dan berkata kepada bapanya:`Demi Allah,Kalaulah aku tidak meminta nasihat engkau tentu aku tidak menyalahkan engkau, engkau telah memalukan aku'!

Qadhi syuraih menjawab:`Wahai anakku,Demi Allah, engkau lebih aku sayangi daripada seisi dunia, akan tetap Allah lebih agung bagiku daripada engkau.
Aku bimbang apabila aku beritahu bahawa engkau akan kalah dalam kes tersebut maka engkau akan membuat perjanjian dengan mereka untuk berdamai dengan menyerahkan sebahagian daripada hak mereka yg telah kamu ambil, lalu tersia-sialah hak mereka yg sebahagian lagi.`!!
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Dinar engkau mati dalam nifas

Berkata Ash`ab:`Seorang perempuan datang kepadaku, dan berkata:`Ini amanah engkau simpankan untukku`.
Aku pun menyimpannya di dalam lipatan tikar.

selepas beberapa hari perempuan itu datang lagi dan berkata:`Demi bapakku ,aku nak dinar hari tu`.
Aku berkata padanya:`Selaklah tikar aku ini dan ambillah anaknya, sesungguhnya dinar tu telah beranak`'. Sebelum itu aku telah meletakkan dirham di sebelah dinar itu.
Perempuan itu pun mengambil dirham dan meninggalkan dinar tersebut.

Selepas beberapa hari kemudian perempuan itu datang lagi dan mengambil dirham yg ada di sebelah dinar dan begitulah seterusnya pada kali yg ke 3.

Pada kali yg ke-4 kedatangannya, ketika aku nampaknya aku pun menangis, lalu perempuan itu pun bertanya:`apakah yg menyebabkan engkau menangis`?

Aku menjawab:`Dinar kamu telah mati dalam nifas`!

wanita tu membalas:`Bagaimana pula Dinar boleh mempunyai nifas`!.

Aku berkata balik:`wahai fasiq, engkau boleh percaya bahawa dinar tu boleh beranak,kenapa pulak engkau tak percaya bahawa dia bernifas?`!!!

** moralnya fikir sendiri.. :)

Kembali Ke Atas
===================================================================

Apakah engkau suka mati?

Sulaiman bin Abdul Malik memasuki masjid Damsyiq, dia terpandang seorang tua badawi lalu berkata kepadanya:` Wahai syeikh, apakah engkau suka mati?

Jawab badawi:`Tidak demi Allah`

Berkata Sulaiman lagi:`Mengapa pulak wahai syeikh, sedangkan aku lihat umur engkau telah lanjut`.

Berkata Badawi:`wahai Amirul mukminin, telah pergi kemudaan dengan kejahatannya, dan datang ketuaan dengan kebaikannya, aku apabila bangun maka aku memuji2 Allah, apabila aku duduk, aku memuji2 Allah, aku suka sangat kalau dua sifat ini berkekalan.`

Berkata Sulaiman lagi:`Apakah amalan engkau yg engkau sangka akan memanjangkan umur engkau itu?`

Badawi menjawab:`wahai amirul mukminin, aku ini seorang yang melebihkan wudhu`, aku memperelokkan solatku, aku menyambung silaturahimku, aku menjaga kemaluan dan mataku, dan aku berkongsi dengan apa yg Allah beri sebagai rezki`.

Balas Sulaiman:`Tidak hairanlah kalau kematian melewati engkau`!!
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Biarkan aku menangis

daripada Thabit al banani: seorang wanita pada awal islam dahulu bernama burdah adalah seorang yang banyak menangis sehingga buta matanya.

Dikatakan kepada perempuan itu:`Bertaqwalah kepada Allah, apakah kamu tidak bimbangkan kehilangan penglihatan kamu`?.

wanita itu menjawab:`Biarkan aku, jika aku ini adalah darpada ahli neraka maka Allah telah menjauhkan aku dan menjauhkan penglihatanku, dan kalau aku ini daripada ahli syurga, maka Allah akan menggantikan ku dengan dua mati yg lebih baik daripada mataku sekarang ini,`!!

**ya robb

Kembali Ke Atas
===================================================================

Aku telah membunuh diriku

Berkata Umm Arrabie` kepada anaknya:` wahai anakku apakah kamu tidak tidur?
anaknya menjawab:`Wahai ibuku Sesiapa yg kemalaman dan dia risau didatangi kematian patut sangatlah dia tak dapat tidur`.

Oleh kerana memandang anaknya terus berjaga sambil menangis :`wahai anakku apakah engkau telah membunuh seseorang?

jawab anaknya:`YA

Umm rabie bertanya lagi:`Siapa yg telah dibunuh itu, agar kita boleh meminta keluarganya memaafkan, demi Allah kalaulah mereka mengetahui kesan peristiwa itu pada engkau sampai menangis2 dan tak dapat tidur tentu mereka akan kasihani engkau`.

Lalu jawab anaknya:`Wahai ibuku, aku telah bunuh nafsuku/diriku`!!!
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Aku sedang bertandang ke rumahNya

Suatu hari hajjaj sedang duduk2 bersama sahabatnya di makkah,ketika dia sedang bersembang dia terdengar suara seorang Badawi sedang bertalbiah dengan kuat.
Berkata Hajjaj:`Datangkan aku si pentalbiah itu`. datanglah badawi itu kepadanya.

hajjaj bertanya badawi itu:`Engkau dari negara mana?...
Jawab badawi:`Aku dari Yaman`

hajjaj bertanya lagi:`Bagaimana keadaannya ketika kamu meninggalkan Muhammad bin Yusuf (saudara hajjaj)`

Jawab Badawi:`Aku meninggalkannya dalam keadaan zalim, samseng, dan menderhaka kepada Khaliq, taat kepada makhluk,`. hajjaj bengang mendengarkan jawapan Badawi itu.
Hajjaj berkata:`Apakah yg menyebabkan engkau berkata begitu sedangkan engkau tahu betapa kedudukannya di sisiku?`

Badawi menjawab:`Ohh,apakah engkau berpendapat kedudukannya di sisi engkau lebih agung daripada kedudukanku di sisi Allah?! Aku sedang bertandang ke rumahNya, dan membayar hutangNya, serta membenarkan nabiNya,".
Tercengang Hajjaj tanpa dapat menjawab apa2 lagi hinggalah badawi itu keluar tanpa izinnya.!
 

Kembali Ke Atas
===================================================================

Pe
nuntut ilmulah yg datang menuntut ilmu.

Harun arrasyid mengerjakan Haji dan kemudian beliau ke Madinah.Dia berniat menemui Imam Malik B Anas yg terkenal dengan kealimannya dan kepintaranya itu.
Beliau mengutuskan utusan menjemput Imam Malik mendatanginya.

Imam Malik berkata kepada utusan tersebut:`Katakan kepada Amirul Mukminin "Penuntut ilmu datang menuntut Ilmu ada pun ilmu maka dia tak datang kepada sesiapa pun"`.

Khalifah pun akur dengan kata Imam Malik dan dia pun datang ke majlis Imam malik, akan tetapi Khalifah perintahkan agar org ramai mengosongkan majlis itu untuknya.
Imam malik tidak bersetuju dan menuntut supaya org lain tetap berada di dalam majlis seperti biasa. Dia berkata:`Jika ilmu dihalang daripada org awam , maka tiada kebaikan padanya bagi org yg berkedudukan."

Kembali Ke Atas
===================================================================
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>

 
   
Hosted by www.Geocities.ws

1