Pendirian & Gelagat

@| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8  | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28  | 29 | 30 |@

 
  ===================================================================

Periuk perlukan daging

Sekumpulan org berhenti di sisi seorang tukang masak yg sedang memasak beberapa keping daging di dalam satu periuk.

Salah seorang daripada mereka mengambil sekeping daging dan memakannya sambil berkata:`perlu ditambah cuka dalam periuk tu`. Lalu seorang lagi mengambil pula sekeping daging dan memakannya seraya berkata :"Periuk ni kekurangan rempah, tambahkan rempah lagi".
Seorang lagi pula mengambil sekeping daging dan memakannya lalu berkata:"kurang garam, masukkan garam lagi ke dalam periuk tu". Akhir sekali tukang masak itu pulak yg memgambil daging yg masih tertinggal itu dan berkata: " Sekarang periuk itu perlukan daging la pulak"!
 


===================================================================

Kepada siapa aku harus berterima kasih?

seorang pintar telah menjemput sejumlah org ke satu majlis makan.Lalu Thufaily mengikuti mereka ke majlis makan tersebut.
Akan tetapi lelaki itu menyedari kehadiran Thufaily yg tidak dijemput itu.
Dia berfikir bagaimana nak memaklumkan org bahawa dia tahu kedatangan org yg tak dijemput itu.
Lalu dia berkata:'Aku tak tahu kepada siapa aku harus berterima kasih, apakah kepada kamu semua apabila kamu menyahut jemputan aku atau kepada si fulan ini yg hadir tanpa jemputan?!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Bishr Al-hafi

Muhammad bin Hafs bercerita:`Kami melawat bishr bin al-harith ketika beliau sedang sakit.Lalu salah seorang lelaki berkata kepada beliau:`berikan aku nasihat dan wasiatkan aku`
Jawab bishr :"Apabila engkau menziarahi org sakit maka janganlah berlama2 di sisinya!"
p/s:Terkadang orang tak faham bahasa2 kias kita kena cakap terus terang saja...

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku bukan suruh engkau mengajarnya berenang!

Aby thayyib atthabariy memberikan khufnya kepada tukang khuf untuk diperbaiki.Tukang khuf itu setiap kali dia nampak Abu thayyib datang, dengan cepat dia merendam khufnya itu untuk membuat alasan belum slesai memperbaikinya lagi, sambil berkata: sejam lagi, sejam lagi...
oleh kerana beberapa kali berlaku begitu berkatalah Abu thayyib kepada tukang kasut itu :"Aku berikan khuf ku itu untuk kau perbaikinya dan bukan untuk mengajarnya berenang!"
p/s:Alasan yang kelakar dan dan perlian yang jitu sekali...

Kembali ke Atas
===================================================================

Jgn beritahu org bahawa aku yg selamatkan engkau

Suatu hari Hajjaj ibnu Yusuf atthaqafi mandi di teluk Parsi lalu dia hampir2 lemas akan tetapi bernasib baik apabila sempat diselamatkan oleh seorang muslim.
Ketika mereka berdua tiba ke pantai itu berkatalah hajjaj kepada org itu:"Mintalah apa yg engkau mahu , permintaan engkau akan ditunaikan".
Jawab org itu:`siapa pula engkau hinggakan boleh menunaikan permintaanku?`
Jawab Hajjaj:"Akulah hajjaj atthaqafi !"
Lalu jawab pula org itu:" Permintaanku yg satu ialah aku minta2 sangat agar engkau tak akan memberitahu sesiapa pun bahawa aku telah selamatkan engkau !"
PakLang:Hajjaj makruf sebagai pemerintah yang zalim di zaman pemerintahan umaiyya

Kembali ke Atas
===================================================================

Di manakah org2 yg mengutamakan org lain daripada diri mereka sendiri?

Seorang miskin meminta sesuatu hajat kepada seoranng a`rabiy (arab baladi/BADAWI)
kata arab badawi itu:`aku tak mempunya sesuatu yg boleh aku berikan kepada org lain,apa2 yg ada disisiku sekarang akulah yg lebih berhak`
lalu kata si miskin itu:`lalu dimanakah org2 yg mengutamakan org lain lebih daripada diri mereka sendiri?
jawab badawi :`mereka telah pergi bersama2 org2 yg tidak meminta-minta kepada org lain`!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku hanya kenal ini!

Suatu hari Ash'ab datang kepada skumpulan org yg sedang menjamu selera ,tidak dikenalinya dan mereka pun tidak mengenalinya... seraya memberi salam. Mereka mengangkat kepala sambil memandangnya dan menjawab salamnya.
Dia terus duduk bersila bersama mereka dan berkata:`Ya Allah jadikanlah mereka di kalangan org2 yg benar dan jadikan aku di kalangan org yg berbohong`. kemudian dia pun terus menghulurkan tangan untuk menjamah makanan yg berada didepan mereka itu sambil berkata :` apa yg kalian sedang makan tuu`.mereka menjawab :` kami sedang makan racun,` Lalu dia pun tanpa berlengah lagi terus menyumbat mulutnya dengan makanan sambil berkata berbasa basi :`kehidupan selepas kalian ni haram` (basa basi arab).
Lalu mereka berkata kepadanya:" Wahai lelaki , apakah engkau kenal salah seorang daripada kami?"  As'ab menjawab sambil menunjukkan kepada makanan:"aku kenal ini!!"
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku tinggi dengan kadar ilmuku

Seorang ulama ditanya dengan satu permasaalahan ketika dia berada di atas mimbar.
Dia menjawab:`aku tidak tahu`. Lalu dikatakan kepadanya :`Mimbar bukan tempat kejahilan!.Beliau menjawab :" Sesungguhnya aku tinggi (di atas mimbar) dengan sekadar ilmuku dan kalaulah aku tinggi dengan kadar kejahilanku tentu aku dah sampai ke langit"!!
PakLang:Tiada seorang pun yang lengkap ilmunya dan alim segalanya...

Kembali ke Atas
===================================================================

Hal ini di atas mimbar adalah bid'ah

Seorang khatib telah terkentut tatkala sedang membaca khutbah pada hari jumaat.
Dia terus berkhutbah dan berkata:`Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menjadikan tubuh badan dan menjadikan padanya angin-angin, dan bilakah manusia dapat bertahan apabila angin2 itu nak terbit daripada mereka?
Di ketika itu juga bangun seorang lelaki seraya berkata:`ada pun keluar angin di jamban2 maka itu adalah sunnah manakala keluarnya di atas mimbar maka itu adalah bid'ah`!!

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku nak seperti ini!

Aljahiz adalah seorang sasterawan arab yg masyhur, buruk rupanya akan tetapi dia adalah seorang yg `happy go lucky` dan terkadang tu sampai sanggup buat lawak mengenai wajahnya sendiri.

Pernah dia bercerita tentang dirinya sendiri: suatu hari ketika aku sedang berdiri di pintu rumahku apabila seorang perempuan datang mendekati ku dan berkata:` aku ada hajat denganmu` aku nak kamu pergi denganku untuk menyelesaikan hajat ini`.

kata Aljahiz lagi:` lalu aku pun pergilah dengan perempuan itu hingga kami sampai ke sebuah kedai ukiran. Perempuan itu berkata kepada si tukang kedai itu sambil menunjukkan ke arah aku :`seperti ini` , kemudian dia beredar meninggalkan ku kebingungan.

Aku pun bertanyalah si tukang ukir itu apa yg dimaksudkan dengan perempuan tadi? jawab si tukang tu:`Perempuan tu suruh aku ukirkan di atas cincinnya akan gambar syaitan, aku jawab :` wahai cik puan, aku manalah pernah tengok syaitan, lalu perempuan tu bawak kamu datang dan berkata seperti apa yg kamu dengar tadi!!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Telaga dan si dungu

Seorang dungu telah memandang ke dalam sebuah telaga dan melihat wajahnya lalu pulang kepada emaknya :`Mak, saya nampak seorang pencuri di dalam telaga'. Lalu kedua-duanya pergi ke telaga tersebut dan jengok lagi ke situ, berkata si emak :` iyelah ada seorang pencuri dan disebelahnya ada perempuan jahat pulak tuu`!!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Hang tak sesuai jadi gabenor

Aqra' bin Habis menziarahi sayyidina Umar, lalu dia mendapati Umar sedang bermain bersama2 anak2nya, ada yg bergantung di lengannya dan ada pula yg menunggang belakangnya.
Melihatkan itu Aqra' pun berkata kepada `Umar :` Apa hal ni wahai Amirul Mukminin`? .Beginikah engkau lakukan bersama anak2 ngkau?
Umar tersentak lalu bertanyanya :`Engkau pulak bagaimana wahai Aqra'?, apa yg engkau lakukan di rumahmu?
Jawab aqra':"ada pun aku apabila aku masuk ke rumahku, semua org yg sedang duduk akan berdiri, yang bercakap jadi berdiam diri, yg ketiduran bertenang, aku mempunyai 10 org anak, aku tidak pernah mencium walau seorang pun daripada mereka".
Lalu jawab Umar :`Kalau begitu, engkau tak sesuai jadi gabenor bagi org2 islam,!. Lalu dia dipecat.
 

**Maafla no, sebab terkadang tu bercampuq bahasa kedah,,maklumlah kan,..

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku bukan pensyair

Thufaily melihat sekumpulan org berjalan yg dia sangkakan mereka mendapat jemputan kenduri.lalu dia pun mengikut mereka.Akan tetapi mereka itu sebenarnya adalah penyair2 yg hendak mengadap sultan dengan syair2 pujian mereka.
Ketika di istana, setiap org daripada mereka pun bersyair dengan syair masing2 dan mendapat hadiah masing2 dan yg tinggal hanyalah Thufaily.. duduk berdiam diri.Lalu dia ditegur :`deklamasikanlah syair engkau, jawab thufaily :' Aku bukan pensyair`. Dia ditanya:"Jadi siapakah engkau?" Thufaily menjawab:'Akulah alghawuun seperti mana yg difirmankan oleh Allah (dan pensyair2 yang diikuti oleh org2 yg sesat (al ghawuun)`) .gelaklah sultan mendengarkan jawabnya itu dan memerintahkan supaya dia diberikan hadiah.
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Menziarahi saudara

Abdullah bin Mas`ud berkata:`kami apabila merasa kerinduan akan salah seorang saudara maka kami akan mendatanginya`. Jika ia sakit, maka itu adalah ziarah, jika ia sedang sibuk maka itu adalah pertolongan, jika selain daripada itu maka ia adalah sekadar lawatan`. :)
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Sesiapa yg tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

Berkata Abdullah alhakam kepada Imam syafie ketika mana Imam Syafi`e datang ke Mesir.:`Jika engkau berniat menduduki Mesir maka hendaklah engkau mempunyai simpanan makanan selama setahun, dan hendaklah engkau ada tempat di sisi sultan supaya engkau boleh kuat dan stabil hidup engkau dengannya.`

Lalu jawab Imam syafie` :" Wahai Abu muhammad, barang sesiapa yg tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya, aku dilahirkan di Gizza, dibesarkan di Hijaz, tak pernah ada di sisi kami simpanan makanan untuk malam, akan tetapi sekali pun kami tak pernah tidur dalam kelaparan"!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Lihatlah perkerjaan tangannya!

Seorang pemburu memburu burung di hari yg agak berangin.Angin membawa debu masuk ke matanya dan menyebabkannya berair seperti menangis.
Tiap kali dia menangkap burung dia akan mematahkan sayapnya dan memasukkan ke dalam uncangnya berkata seekor burung kepada sahabatnya :`Betapa kasihannya dia terhadap kita, tidakkah engkau lihat air matanya`?
Jawab sahabat burung itu:'Jangan kamu lihat air matanya, akan tetapi lihatlah kerja tangannya`!!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Cinta dan makanan

Abu Harith Husain sangat menyintai jariahnya dan menunjukkan kecintaanya itu dengan jelas.
Suatu hari jariahnya memanggilnya dan melewatkan makanan sampai dia rasa lapar dan tak senan duduk, lalu berkata kepada jariahnya:`wahai cik puan, kenapa hinga sekarang aku belum lagi dengar sebutan pasal makan?

Jawab jariah:`Ya Subhanallaah, tidak cukupkah engkau dengan hanya melihat aku dan mendapat apa yg engkau hendakkan dariku hingga sanggup melafazkan perkataan begitu`?

Berkata pula abu harith:`Wahai cik puan, kalau si jamil dan si buthainah duduk seharian tanpa makanan nescaya kedua2nya akan saling meludahi muka mereka`!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Kami sekarang adalah tetamu engkau

Seorang pemerintah yg bernama ma'n bin zaidah didatangkan dengan sejumlah tawanan,lalu mereka dihunuskan pedang untuk dijatuhkan hukuman bunuh.Lalu berkata salah seorang daripada tawanan itu:"Semoga Allah membaiki amirr,kami ini adalah tawananmu,kami lapar dan dahaga,janganlah engkau hukumkan keatas kami dengan kelaparan,kehausan dan pembunuhan pula`.

Mendengarkan itu Pemerintah itu fahamlah akan permintaan mereka supaya diberi makan dan minum sebelum dibunuh lalu memerintahkan agar mereka diberi makan dan minum dahulu.Mereka pun makan dan minum sambil diperhatikan oleh Ma'n.

Selepas selesai makan dan minum lelaki tadi berkata lagi:"Semoga Allah membaiki amirr, dulu kami adalah tawananmu tapi sekarang kami adalah tetamu2 kamu".!

Ma'n mnjawab:`kalau begitu aku mengampunkan kamu semua`.  Berkata lagi lelaki tadi:`Wahai Amir, kami tak tahu manakah hari yg lebih mulia, samaada hari kemenangan kamu ke atas kami ataupun hari kamu mengampunkan kami`. Mendengarkan kalimah itu lalu amir itu pun memerintahkan supaya mereka diberi persalinan dan harta!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Engkau menungggang himarku tanpa izinku?

Berkata Thumamah:`Suatu hari aku masuk ke dalam rumah kawanku kerana menziarahinya, aku tinggalkan himarku di luar.Selepas beberapa ketika aku keluar dan mendapati seorang budak berada di atas himarku itu.
Aku berkata:`hang tungang himarku tanpa izinku?`

Jawab budak itu:`Aku bimbang himar ni akan lari jadi aku tolong menjaganya untuk engkau`.

Aku menjawab kembali:`kalau himar ni lari maka itu lebih bagus lagi daripada kewujudannya.`

Jawab budak itu:`Kalau begitulah pendapat engkau tentang hal himar ini, maka buatlah supaya ia lari dan berilah ia kepadaku dan silakanlah terima akan terima kasihku`!!
Kata Thumamah dalam hati:- aku tak tahu nak jawab apa lagi...
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Harta dan kebodohan

Berkata al-Asma`iey :`aku berkata kepada seorang budak kecil daripada anak2 org badawi:`Apakah ngkau mahu 100 ribu dirham bersama dengan kedunguan`?

Jawab budak itu:`Tidak, demi Allah`.

aku bertanya:`kenapa`?

Dia menjawab:`Aku bimbang jikalau seseorang akan menipu daya yg menyebabkan harta aku pergi sedangkan kedunguanku masih ada`!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Budak ini telah kenakan aku

Berkata abu `asim annabil:'Aku melihat abu hanifah berfatwa di dalam massjid alharam, ramai org berkumpul kerananya sehingga menyesakkannya, lalu dia berkata:`Apakah tiada di sini sesiapa yg boleh tolong datangkan polis`?

melihatkan itu aku pun berkata kepada abu hanifah:`wahai abu hanifah, engkau menghendaki polis kan? dia jawab: Ya , aku berkata lagi:` engkau bacakan hadith2 ini untukku, lalu dia membacanya, selepas itu aku pun terus beredar dan berdiri tak jauh daripadanya.

Dia bertanya padaku:`Mana polis`? aku jawab :` aku cakap tadi (engkau menghendaki) dan aku tak cakap padamu bahawa (aku akan datangkannya)` pun!

Abu hanifah berkata:'Lihatlah, aku telah berhelah kepada manusia semenjak demikian dan demikian, hari ni budak ini telah berhelah ke atas aku pulak. (kena la tu).
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Bagaimana bapak engkau mati?

Seorang arab badawi makan bersama tukang masak, lalu tukang masak itu berkata kepadanya:`bagaimana bapak engkau mati`? sambil dia terus makan dan mendengar cerita arab tadi.Badawi itu pun berhenti makan kerana hendak bercerita tentang kematian bapanya.

Setelah badawi tadi tersedar bahawa dia dikenakan oleh si tukang masak tadi dia pun menghentikan ceritanya yg panjang tu dan bertanya pula si muzabbid itu :` hang pulak? bagaiamana bapak hang meninggal?

Tukang masak menjawab:`dia mati tiba˛ je` .. sambil meneruskan makannya tanpa berhenti...!.

p/s:kalau tak faham cerita ni tanyalah saya no..
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Apakah kamu lari daripada syurga?

Diriwayatkan daripada ibnu `umar:`Pada hari peperangan Yamamah aku melihat `Ammaar di atas seketul batu sambil melaung:`Wahai sekelian org Islam,Apakah kamu lari daripada syurga?` datanglah berperrang bersamaku` .. sambung Ibnu Umar lagi :`ketika itu aku melihat telinganya telah putus menitiskan darah sedangkan beliau terus berjuang dengan hebat!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Keberanian Umm Maktum

Ibnu Umm Maktum adalah seorang sahabat nabi yg buta.Diriwayatkan oleh Ibnu Abi laila berkata ibnu umm maktum:`Wahai tuhanku, turunkanlah ayat untuk memaafkan keuzuranku untuk tidak turut berperang. Lalu turunlah ayat yg maksudnya :`(dan tidak mengapa bagi org2 yg mempunyai alasan/keuzuran untuk tidak berperang)

dan selepas itu dia disaksikan turut sama berperang dan berkata:`Berikan aku memegang panji2, sesungguhnya aku ini buta, tak mampu nak lari daripada medan perang, letakkan aku diantara 2 barisan.
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Dosa ku menyebabkan aku menangis

Diceritakan ada seorang yg selalu menangis.Dia ditamnya tentang halnya itu.
Jawabnya:`Aku menangis bila mengingatkan apa yg aku telah lakukan ketika aku tidak merasa malu kepada Yang sentiasa melihat aku sedangkan DIa mempunyai kuasa untuk menghukumku`, lalu dia memberiku peluang hinggalah ke hari hukuman abadi dan melewatkan aku hingga ke hari penyesalan selamanya,
dan demi Allah kalaulah aku di beri pilihan ketika itu yg mana satukah aku lebih suka samaada aku dihisab dan kemudian disuruh ke syurga atau pun dikatakan kepadaku : Jadilah kamu tanah, nescaya aku akan pilih untuk menjadi tanah.!!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Biarlah kami fahami dulu permasaalahan kamu

Diceritakan oleh Nafi` bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Ibnu `umar mengenai satu permasaalahan, lalu ibnu Umar menganggukkan kepalanya dan tidak menjawab sehinggalah org semua mengganggap bahawa beliau tidak mendengar tentang permasaalahan yg diajukan itu.

Lalu lelaki tadi berkata lagi:'Semoga Allah merahmati engkau, apakah engkau tidak mendengar permasaalahan aku tadi`?
Jawab ibnu Umar:'Bahkan aku mendengarnya, akan tetapi kalian ni seolah-olah menganggap bahawa Allah tidak akan bertanya kami tentang apa2 hal yg ditanyakan kepada kami?

Biarlah kami fahami dulu permsaalahan kamu, jika ada jawapannya di sisi kami maka kamu akan diberitahu jika tidak maka kami akan beritahu bahawa kami tidak tahu!!.
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Kami bukan cakapkan perkara rahsia

Daripada yahya al marwazi:`Pernah sekali aku makan bersama Khalifah Arrasyid satu hari,tiba2 dia mengangkat kepalanya kepada khadam dan berkata sesuatu dalam bhasa Parsi.
Lalu aku berkata kepada Arrasyid:`Wahai Amirul Mukminin,jika engkau nak cakapkan sesuatu yg rahsia kepadanya maka ketahuilah bahawa aku pun memehami bahasa Parsi`.

Arrasyid memahami maksudku dan menyukainya lalu berkata:' Kami bukan cakapkan perkara rahsia pun`.
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Hang yg tak pandai nak membaca

Diceritakan oleh Malik b Anas:` seorang cerdik/nakal mengikut seorang imam dalam satu jamaah.Si Imam itu ntah bagaimana ketika dia nak mula membaca surah,dia terketar dan kelupaan, hal ini menyebabkan dia menyebut (a`uzubillahi minas syaitan nrrajim) beberapa kali.
Mendengarkan itu lalu si nakal tadi berkata:`Apa pulak dosa syaitan? sebenarnya hang yg tak pandai nak membaca`!!!
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Aku hanya mengambil di atas kemahiranku

DIceritakan oleh Malik b sulaiman: ibrahim b Thuhman mempunya gaji tetap dari baitulmal setiap bulan. Suatu hari dia ditanya tentang satu permasaalahan ketika mana dia sedang berada di satu majlis bersama Khalifah.
Dia menjawab:`Aku tidak tahu tentang itu`.Lalu mereka mengherdiknya :`engkau mendapat setiap bulan daripada baitulmal sejumlah begitu begitu.. akan tetapi engkau tidak tahu tentang satu masaalah,!

Dia menjawab herdikan itu:`sesungguhnya aku mendapat gaji ku itu diatas kadar kemahiranku, dan kalaulah aku mendapat gajiku di atas apa yg aku tak mahir tentulah baitulmal habis punah/kosong dan tidak pula ketidakmahiranku itu akan punah!!

Khalifah terpegun dengan jawapannya dan memerintahkan agar dia diberi hadiah dan ditambah gajinya...
 

Kembali ke Atas
===================================================================

Bapamu yang menghalang ku

Huwaithib Bin Abdul uzza mencapai umurnya 120 tahun.Dia hidup 60 tahun pada zaman jahiliyah dan 60 tahun pada zaman Islam.
Ketikamana Marwan al hakam memerintah Madinah, datanglah Huwaithib
kepadanya dengan satu hajat.

Marwan berkata kepadanya:'wahai Syeikh, keislaman engkau begitu lambat hinggakan peristiwa2 mendahului engkau,!
Jawab Huwaithib:`Demi Allah, bukan sekali aku berniat memeluk islam, akan tetapi setiap kali aku nak memeluk islam setiap itulah bapa engkau menghalang aku dengan katanya:`Apakah engkau sanggup meninggalkan agama bapa˛ engkau hanya untuk mengikuti agama Muhamammad?...

terdiamlah Marwan mendengarkan jawapan itu dan menyesallah ia kerana mulutnya tadi.
 

Kembali ke Atas
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>
===================================================================

 
 

Copyright ©1999-2003™ 
by PakLang`s. 
All rights reserved.®

 
Hosted by www.Geocities.ws

1