Pendirian & Gelagat

( 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8  | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20  )

 
 

===================================================================

`Abid Bin `Umair dan perempuan cantik

Diceritakan oleh Abu Alfarj: Di Makkah ada seorang wanita cantik yg telah bersuami.suatu hari dia melihat wajahnya di cermin dan berkata kepada suaminya:" Adakah ada mana² lelaki yg melihat wajah ini tak akan tertawan"?
Suaminya menjawab:"Ya, ada"
wanita itu bertanya:"siapa dia?"
Si suami menjawab:"`Abid Bin `Umair".

Wanita itu berkata pula:"Kalau begitu izinkanlah aku untuk menggodanya".
Si suami:"Aku izinkan"

Siwanita itu pun mendatangi `Abid tadi sebagai peminta fatawa dan berduaan bersamanya di satu sudut masjid alharam, lalu membuka wajahnya yg cantik seperti purnama itu.

Melihatkan itu maka `Abid pun berkata:"Wahai Hamba Allah, tutuplah wajahmu"
Jawab wanita:'Aku telah tertawan denganmu'

Berkata Abid lagi:"Aku nak bertanya engkau beberapa perkara, dan kalau engkau cakap benar maka aku akan memikirkan hal kita ini"
Jawab wanita itu:"Tanyalah apa pun nescaya aku akan membenarkannya"

Berkata `Abid:"Katakan padaku,kalaulah malaikat maut datang untuk mencabut ruhmu, apakah engkau suka kalau aku tunaikan hajat ini?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata 'Abid lagi:"Jika engkau telah memasuki kubur lalu engkau didudukkan untuk ditanyakan oleh malaikat, apakah engkau suka aku yang tunaikannya untuk engkau?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata `Abid lagi:"Ketika mana manusia diberi kitab amalan mereka, dan engkau tidak tahu samaada engkau akan mengambilnya dengan tangan kanan atau tanyan kiri engkau, apakah kamu suka itu juga aku yg tunaikan?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata `Abid lagi:"Jikalau engkau nak melintasi titian sirat,dan engkau tak tahu apakah engkau akan melepasinya atau tidak,apakah engkau suka akau yg menunaikannya untuk engkau?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata `Abid lagi:"Ketika mana engkau akan ditimbang dengan mizan,dan engkau tidak tahu samaada timbangan engkau ringan atau berat, apakah engkau suka aku juga yg tunaikan untuk engkau?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata `Abid lagi:"Jika engkau berdiri di hadapan Allah untuk dihisab, apakah engakau suka aku yg tunaikan semua itu untuk engkau?"
Jawab wanita:"Ya Allah, sudah tentu tidak"
Balas `Abid:"Engkau bercakap benar"

Berkata `Abid lagi:"Bertaqwalah kepada Allah, sesunggunnya Allah telah memberi nikmat dan anugerahNya kepada engkau"!

Wanita itu pun pulang ke rumahnya, lalu ditanya oleh suaminya:" Apa yg engkau telah lakukan?"

Jawab wanita:"Engkau adalah bathil dan kita adalah bathil"!!
Selepas itu wanita itu pun bersungguh2 melakukan solat, puasa dan ibadat dengan hebatnya.
Si suami berkata:"Apa hal aku dan `Abid?, `Abid telah merosakkan isteriku, selalunya isteri ku seumpama pengantin setiap malam dan skarang seperti rahib pula"!!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Ini patut diajar dengan perbuatan bukan dengan perkataan lagi!

Diceritakan oleh Ibnu Jauzy: Seorang lelaki dari qabilah bani hasyim masuk menziarahi khalifah al-mansur.al mansur pun suruh dia mendekatinya dan dihidangkan dengan makanan, akan tetapi lelaki itu berkata:"aku telah makan" dan menolak untuk makan bersama.

Selepas lelaki itu keluar Arrabie` minta kebenaran mengadap ALmansur.
Berkata Arrabie`:"Lelaki tadi memberi salam dari kejauhan dan terus beredar, ketika mana khalifah ajaknya untuk berdekatan dan makan besama, lelaki itu menolaknya dengan alasan telah makan. Perkataan ini seolah2 menggambarkan bahwa makan bersama khalifah itu tak sesuai melainkan bagi perut yg sedang lapar sahaja.
Orang seperti ini patut diajar dengan tangan dan bukan lagi dengan mulut"!!!!

*** kurang adab
 

Kembali ke atas
====================================================================

Hang pi mana tadi?

seorang menteri khalifah sedang bersama khalifah, tiba2 dia rasa nak terkencing dan keluarlah ia menunaikan hajatnya itu.
apabila dia kembali,khalifah pun bertanya:"hang pi ke mana tadi?"
Jawabnya"Aku memperkemaskan pandangan/pendapat"

***Org yg menahan kencing tak boleh memberi pendapat/pandangan dengan jitu dan kemas. Contohnya dalam solat adalah makruh jika kita bersolat dalam keadaan menahan kencing/kentut atau berak.. sebab semua itu akan menghalang kita bersolat dengan khusyu` dan sempurna..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Aku tahu hatinya tidak tenang

Ibnu Thulun seorang pemerintah mesir,selalu keluar di awal pagi.Suatu hari dia melewati sebuah masjid lalu terdengar bacaan seorang Imam.Beliau pun memanggil menterinya dan berkata:"Pergilah ke masjid itu dan beri dinar2 ini kepada Imamnya."
Berkata menterinya:"aku pun pergilah ke masjid itu dan duduk bersembang bersama imam yg dimaksudkan oleh Ibnu thulun itu, Imam itu mengadu kepadaku bahawa isterinya baru bersalin dan dia tidak mempunyai apa2 untuk persediaan menyambut bayi dan mengubati isterinya itu, sehinggakan bacaaan dalam solatnya pun selalu silap kerana memikirkan hal itu."
Aku pun kembali kepada Ibnu Thulun dan menceritakan hal itu"

Jawab Ibnu Thulun:"Imam itu bercakap benar,Kelmarin aku di situ dan melihatnya banyak lakukan kesilapan dalam solat, dari itulah aku tahu bahawa hatinya tidak tenang,"
 

Kembali ke atas
====================================================================

Syuraih dan musang

Diceritakan Oleh Mujalid Bin saed: aku berkata kepada sya'bie:"Ada bidalan yg mengatakan begini(Syuraih lebih pintar dan licik daripada musang), apakah ertinya itu?
Sya'biey pun menceritakan kepada ku:-Ketika Taun melanda Najaf, syuraih pun keluar daripadanya.
Ketika syuraih berdiri sembahyang, datanglah seekor musang dan berdiri didepan syuraih memerhatikannya sembahyang sambil meniru kelakuanya sedang bersolat itu.
Kelakuan musang itu mengganggu syuraih solat.syuraih pun menanggalkan pakaiannya dan meletakkannya di atas pacakan kayu,begitu juga kopiahnya dan mengeluarkan lengan bajunya agar terjulur( seumpama patung org).
Selepas itu syuraih pun bersembunyi,apabila musang tadi datang lagi macam biasa untuk menirunya lagi, syuraih pun datang dari belakang dan menangkapnya"!!
Disebabkan itulah dikatakan syuraih lebih pintar dan licik daripada musang"..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Mungkin.. barangkali..

Berkata al-asma`iey:"Aku masuk satu kampung dan terlihat seorang perempuan yang amat cantik tapi mempunyai suami yg terlalu huduh.
Aku pun berkata kepadanya:"Bagaiamana engkau boleh berkahwin dengan lelaki sperti itu"?
Jawab wanita itu:"Dengar ini wahai si fulan, barangkali suamiku itu beramal baik di antara dia dan Allah, lalu Allah menjadikan aku sebagai ganjarannya, dan barangkali aku berbuat tak baik lalu Allah jadikan dia sebagai balasan aku".!!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Tunjukkan kami bekalannya

suatu hari Abu darda' berdiri di depan Ka'bah dan berkata kepada sahabatnya:"Bukankah apabila salah seorang daripada kamu hendak bermusafir dia akan menyediakan bekalannya?"
Mreka menjawab"Ya"

Berkata Abu Darda' lagi:"Maka permusafiran akhirat itu lebih jauh daripada permusafiran kalian".
Mereka berkata:"Tunjukkanlah kami bekalannya".

Balas Abu darda':"Berhajilah kami mengenangkan hal yg besar di akhirat nanti,
dan solatlah 2 rokaat di kepekatan malam mengenangkan kesunyian kuburan,
dan berpuasalah pada hari yg panas mengenangkan betapa lamanya hari di padang mahsyar"!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Org yang meghulurkan kakinya tak akan menghulurkan tangannya

Sultan Abdul Aziz datang ke Mesir dan menziarahi Masjid Al Azhar,bersamanya ketika itu khadio Ismail.
Ketika berada dalam masjid itu dia terpandang seorang syeikh sedang bersandar sambil menghulurkan kakinya tanpa memperdulikan kedatangan kumpulan pimpinan itu.
Khadio Ismail pun memerintahkan seorang pengawal pergi kepada syeikh itu dan memberikan seuncang wang untuk mengetahu halnya dan agar dia tak terus berterusan dengan cara duduknya itu.

Apabila pengawal tadi datang kepada syekh itu untuk memberikannya uncang wang, syeikh tadi pun berkata:"Katakanlah kepada org yg mengutuskan engkau bahawa orang yang menghulurkan kaki ini tak akan menghulurkan tangannya".!!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Rezki kami atas kehendakMu\

Bercerita al-Asma`iey: Pernah satu ketika aku singgah di perkampungan qabilah Kalb yang kekontangan.Perkampungan itu telah kekontangan beberapa tahun berturutan sehingga mati binatang2 ternakan dan tumbuhan pun tidak mahu tumbuh.
Tiada hujan setitik pun, sekali itu aku pernah lihat awan mendung berarak dari arah qiblat dan semakin mendekati perkampungan itu, apabila penduduk2 melihatnya mereka pun bertakbir, akan tetapi kemudiannya awan mendung itu berubah arah dan beredar dari perkampungan mereka, begitulah beberapa kali terjadi setelah beberapa tahun.
Setelah sudah berapa lama begitu, keluarlah seroang perempuan tua ke satu tempat dan menyeru dengan sekuat hatinya:"Wahai empunya `arsy,
buatlah apa yg engkau suka,sesungguhnya rezki kami atas kehendakmu jua." dan belum pun sempat dia beredar dari tempatnya tadi,tiba2 sahaja awan menjadi mendung dan menghujani mereka dengan lebatnya.
 

Kembali ke atas
====================================================================

Yang ini berasal daripada ini!

Berkata seorang lelaki kepada Iyas Bin Muawiyah (seorang Qadhi):"Kalau aku makan tamar apakah engkau akan memukulku?"
Jawab Iyas:"Tentu tidak"

Berkata lagi lelaki itu:"Kalau aku minum sebekas air apakah engkau akan memukulku?"
Jawab Iyas:"Tentu tidak".

Berkata lagi lelaki itu:"Minuman tamar (arak) adalah campuran daripada keduanya,jadi, bagaimana boleh haram pula?"!

Balas Iyas:"Kalau aku lontar engkau dengan tanah apakah itu menyakitimu?"
Jawab lelaki itu:"Tidak"

kata iyas lagi:"Kalau aku curahkan engkau dengan sebekas air apakah itu akan menyebabkan anggota engkau patah atau luka?"
Jawab lelaki itu:"tidak"

Kata iyas lagi:"Kalau aku buatkan bata daripada air dab tanah lalu kering dan aku pukul kepalamu dengannya ,apa yg akan terjadi agaknya?"!
Jawab lelaki itu:"Tentu kepala pecah"!

Balas Iyas pula:"Ya yang ini asalnya daripada itu"!!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Ini dia tinggalkan untuk kami

Berkata Asma` Bint abu bakr:"Ketika nabi berhijrah,Abu bakar membawa bersamanya semua hartanya ,5-6 ribu.
Selepas itu datukku Abu Quhafah mendatangi kami,dia telah buta.
Berkata datukku:"Orang ini telah menyeksa kalian dengan hartanya dan dirinya."
Aku menjawab:"Tidak samasekali, dia telah meninggalkan untuk kami kebaikan yang banyak", lalu aku pun mengambil beberapa ketul batu dan meletakkannya di satu tempat dalamrumah serta membungkusnya dengan baju, kemudian aku ambil tangan datukku itu dan aku letakkan di atas bungkusan tadi sambil berkata :"inilah yg dia tinggalkan untu kami".
Balas pulak datukku:"kalau dia meninggalkan ini untuk kalian, maka baguslah.."
 

Kembali ke atas
====================================================================

Bagaimana keadaan engkau hari ini?

alwarwazi berkata: aku berkata kepada imam Ahmad:"Bagaimana keadaan engkau hari ini?

Ahmad menjawab:"Bagaimanakah keadaan org yg tuhannya menuntutnya melakukan kewajipannya?, nabinya menuntutnya menunaikan sunnahnya?, dua malaikat menuntutnya membetulkan amalannya?, nafsunya menuntutnya mengikut hawanya?, dan iblis pula menuntutnya membuat kemungkaran?, dan malaikat maut sentiasa memerhati untuk mencabut ruhnya?, manakala keluarganya pula menuntut nafkah?..!!

**fikirkanlah bagaimana keadaannya kalau begitu...

Kembali ke atas
====================================================================

Inilah hadiahku

Diriwayatkan bahawa Al-ash`ath B qais dan Jarir B Abdullah mendatangi salman yg sedang berada di pondoknya lalu mengucapkan salam kepadanya.

Kemudian mereka berkata:"Engkau sahabat rasulullah?".
Jawab Salman:"aku tak tahu"

Mereka berasa syak dan hairan.
Salman berkata lagi:"sahabat rasul adalah org2 yg masuk syurga bersamanya".!

Mereka berkata lagi:"Kami datang dari rumah Abu Darda'"
Jawab salman:"Jadi di mana hadiahya untukku?"

Mereka membalas:"tiada apa2 hadiah bersama kami".
kata salman pula:"Bertaqwalah kepada Allah", dan tunaikan amanah".selalunya sesiapa pun yg datang kepadaku daripadanya mesti ada hadiah."
.....
Aku hanya hendakkan hadiah"

Mereka menjawab:"Demi Allah, dia tak berikan apa2 hadiah kepada kami untuk disampaikan kepadamu, melainkan dia ada berkata begini (sesunggunya di kalangan kamu ada seorang lelaki yg apabila dia bersama rasul, dia tak akan berhajat selain daripadanya, apabila kamu berdua mendatanginya, maka sampaikanlah salamku kepadanya)

Jawab Salman:"Hadiah apa lagi yang aku mahu daripada kalian melainkan ini?,!dan adakah hadiah yg lebih baik daripadanya"!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Aku bimbang ia terputus

Daripada Abdullah B Salamah:Datang seorang lelaki kepada Muaz B jabal lalu lelaki itu menangis.
Muaz pun bertanya:"apa yg menyebabkan engkau menangis?"

Jawab lelaki itu:"Aku tak menangis disebabkan hubungan kerabat di antara kita ataupun disebabkan oleh keduniaan yg aku boleh dapatkan daripada engkau, akan tetapi aku mendapat ilmu daripada engkau, aku bimbang ia akan terputus nanti".

Balas Muaz:"Janganlah menangis, sesungguhnya barang sesiapa yg menghendaki ilmu dan Iman nescaya Allah akan memberikannya".

*** Dalam satu hadith bahawa diangkat ilmu itu dengan matinya ulama, jadi kematian ulama menyebabkan kita keputusan ilmu :(, menghendaki sahaja tanpa usaha mendapatkannya tidak berguna juga bukan?
 

Kembali ke atas
====================================================================

Bahagikannya di antara kami

Diceritakan oleh Abdullah b Ukht Muslim B saad:
Aku hendak menunaikam haji, bapa saudaraku Muslim memberikanku 10 ribu dirham dan berkata:" Apabila engkau sampai ke Madinah, Tengoklah Ahli bait (kelurga nabi) yang termiskin sekali dan berikan wang itu kepada mereka".

Apabila aku sampai ke sana aku pun bertanyakan Ahli Bait yg paling miskin dan aku pun ditunjukkan sebuah rumah, aku mengetuk pintu rumah itu dan ditanyakan siapakah aku..

Aku menjawab:"Aku seorang penduduk Baghdad, diamanahkan kepadaku untuk memberikan 10 ribu dirham kepada ahli bait yg paling miskin,dan kalian telah ditunjukkan kepadaku, ambillah wang ini."

wanita itu berkata:"Wahai Abdullah, kawan kamu itu telah mensyaratkan ahli bait yg paling miskin, maka keluarga satu lagi di sebelah kami ini lebih miskin".

Aku pun meninggalkan mereka dan mengetuk pula pintu rumah yg di sebelahnya, lalu seorang perempuan menjawab, aku pun menerang seperti tadi.

wanita itu berkata pula:"wahai Abdullah,Kami dan jiran kami tu sama saja miskinnya, maka bahagikanlah di antara kami"!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Wahai anakku , cukuplah tu..

Abu Abdullah B waram al kufi bercerita:
Di kufah ada seorang lelaki yang mempunyai anak yg derhaka.
Suatu hari mereka telah bertelingkah, lalu anaknya itu menarik kakinya dan mengheretnya keluar sampai ke jalan...
bila dah tiba ke satu tempat tu, bapanya berkata:" Wahai anakku , cukuplah tu.. dulu hanya setakat ini aku mengheret bapaku daripada rumah,!!!!

** pengajaran..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Ubat agar mengandung

Diceritakan bahawa seorang lelaki mengadu kepada Tabib tentang kemandulan isterinya.Tabib itu pun memeriksa nadi isterinya dan berkata:"engkau tak perlukan ubat untuk mengandung sebab engkau akan meninggal dalam masa 40 hari,pergerakan nadi tangganmu menunjukkan begitu".

Isteri lelaki itu terkejut besar dan ketakutan hingga berubah cara hidupnya, kurang makan dan minum.Berterusanlah ia begitu sehingga sampai tempoh 40 hari itu.

Suaminya pun datang kepada tabib tadi dab berkata:"Dia belum mati".

Jawab tabib:"aku dah tahu, akan tetapi dia akan mengandung insyaAllah,
Suami kehairanan dan bertanya:"bagaimana pula tu"

Berkatalah tabib itu menerangkan perkara sebenar:"Aku lihat dia gemuk sangat, barangkali lemak menutup pintu rahimnya dan aku tahu bahawa dia tak akan kurus melainkan dengan menakut-nakutkannya sehingga dia menjadi kurus dan hilanglah halangan mengandung itu"!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Adakah engkau puas hati dengan ini?

Raja Muhamamd Bin Assulthan mahmud bersama tentera2nya bergerak untuk mengepung Baghdad, lalu berlakulah pertempuran di pintu Baghdad.
Khalifah pun menyeru penduduk Baghdad :"sesiapa yg dicederakan di dalam medan peperangan dia akan diberi 5 dinar".

Setiap org yg cedera akan disampaikan kepadanya untuk dibayar.
Seorang awam telah cedera datang kepadanya untuk menuntut haknya.
kata menteri itu kepadanya:"Ini kecederaan yg kecil dan remah, tak berhak mendapat apa2 pun".

Lelaki itu pun kembali ke medan perang, dicederakan sampai terkeluar tali perutnya, lalu dia pun dibawa bertemu lagi menteri itu dan berkata:"Wahai tuan menteri,adakah engkau dah puas hati dengan ini pula?"!
Menteri itu pun ketawa gelihati dan memerintahkan supaya diberi haknya dan dijadikan di antara org2 yg dekat dengannya.
 

Kembali ke atas
====================================================================

Teruskanlah ceritamu

Seorang lelaki telah kembali dari medan perang dan pergi mengadap Muawiyah.
Muawaiyah bertanyakanya tentang hal tentera dan keadaan mereka.
Ketika dia mnceritakan semua itu kepada Muawiyah tiba2 dia terkentut ,dia merasa malu dan terdiam.
Muawiyah lalu berkata:"Wahai lelaki, teruskanlah ceritamu, demi Allah, aku lebih banyak mendengar kentutku sendiri daripada kentut org lain"!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Kitab Ilmu dihormati

Berkata Ahmad Bin Ali bin Thabit: Seorang lelaki meminjam sebuah
kitab daripada Abu Hamid al-asfarayini seorang faqih.
Suatu hari Abu Hamid melihat lelaki itu meletakkan anggur diatas
kitab yg dipinjam itu.
Pada hari yg lain, lelaki itu meminta untuk meminjam kitab
daripadanya lagi.Abu hamid pun menyuruhnya datang ke rumahnya untuk
mengambil kitab.
Bila lelaki itu datang, Abu hamid pun mengeluarkan kitab itu dan
membawa kepadanya dengan diletakkan kitab itu di atas dulang.
Lelaki itu berkata:"ehh, apa pula ni"
Abu hamid menjawab:"Inilah kitab yg engkau minta tu"
dan dulang ini pula adalah tempat untuk meletakkan apa yg engkau nak
makan"
Lelaki itu pun fahamlah akan perlian tuan syeikh tersebut...

**hormatlah kitab ilmu, nescaya berkat ilmu kita...
 

Kembali ke atas
====================================================================
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>

 
   
Hosted by www.Geocities.ws

1