Pendirian & Gelagat

( 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8  | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 )

 
  ===================================================================

Adapun Orang ini maka dia telah menderhakai Abu Qasim!

Diceritakan oleh Abu sha`tha`:" Kamu duduk2 bersama Abu Hurairah radhiallahu anh di dalam masjid., tidak lama kemudian Muazzin pun melaungkan azan,lalu ketika itu juga seorang lelaki bangun lalu keluar dari masjid sambil diperhatikan oleh Abu hurairah seraya berkata:"Adapun Orang ini maka dia telah menderhakai Abu Qasim(Nabi Muhammad)"!

**Dilarang keluar dari masjid apabila azan telah dilaungkan.

====================================================================

Bukti kewujudan Allah

Berkata seorang lelaki kepada Ja`far Assadiq:"Apakah bukti kewujudan Allah?, tak perlulah engkau sebutkan kepadaku Alam ini ataupun sifat2 dan zat!"

Ja`far berkata:'Apakah engkau pernah berlayar?".
Org itu menjawab ya

Ja'far bertanya lagi:"Apakah pernah ribut melanda kamu sehingga kamu risau kapal kamu akan karam?"
Org itu menjawab Ya

ja'far berkata lagi:"Apakah ketika itu pengahrapan kamu kepada nakhoda dan kapal telah hilang/putus?"
Org itu mengiakan juga

ja`far berkata lagi:"Apakah ketika itu diri engkau merasakan bahawa di sana ada seseorang yg akan menyelamatkan engkau?"
Org itu menjawab ya .

Ja'far berkata akhirnya:"itulah Allah!!".
 

Kembali ke atas
====================================================================

Berikan ku seekor anjing

Diriwayatkan bahawa Abu Dulamah masuk mengadap khalifah al-Mahdi,lalu dia pun bersyair kepada khalifah.
Berkata khalifah:"Mintalah hajat engkau".
Balas Abu Dulamah:"wahai Amirul mukminin, berikan aku seekor anjing."

Mendengarkan permintaan itu maka khalifah pun marah dan berkata:"Aku suruh engkau mintakan hajat tetapi engkau meminta anjing pula!!"

Tapi Abu dulamah membalas:"wahai Amirul Mukminin, hajat itu untuk aku atau untuk engkau?"
Khalifah menjawab:"Untuk engkau"

Berkata Abu dulamah lagi:"Jadi hajatku aku nak engkau berikan seekor anjing buruan". Dia pun diberikan anjing itu.

Abu Dulamah berkata lagi:"wahai amirul mukminin,katakanlah aku keluar berburu, apakah aku patut berburu dengan kakiku?"
Khalifah faham dan memberikannya kuda pula.

Abu dulamah berkata lagi:"Siapa pula yg akan menjaga kuda itu:'
Khalifah meberikannya seorang budak suruhan pula.

Abu Dulamah menambah lagi:"katakanlah aku berjaya mendapat buruan, maka siapa pulak yang akan memasakkannya nanti?"
Khalifah pun memberikanya seorang jariah pula.

Dia berkata lagi:"jariah dan budak tadi akan tinggal di mana pula?"
Khalifah memerintah agar dia diberikan sebuah rumah.

Akhir sekali Abu Dulamah berkata lagi:"Wahai Amirul mukiminin,sekarang aku mempunyai beban tanggungan pula (anugrah2 tadi) maka siapa pula yg nak menanggung mereka semua?"

Mendengarkan itu khalifah ketawa dan memberikan apa yg dia maksudkan itu.!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Jika seorang Qadhi (hakim) dijadikan himar maka engkau akan mendapat kehendakmu itu.

Diceritakan oleh Abu Abdullah B ala'rabiy: Aku sedang duduk2 di Kufah, tiba2 aku melihat seorang buta bercakap dengan nakhkhas ( seorang broker untuk membeli binatang).

Si buta itu berkata:"Wahai Nakhkhas, carikan aku seekor himar yang tidak besar sangat, dan tidak pulak kecil, jika jalan kosong dia akan berlari kuat, apabila jalan kesibukan maka dia akan perlahan dan berhati2 agar tidak merempuh manusia dan pagar, jika aku kurangkan makannya dia akan bersabar, jika aku berikannya banyak makanan dia akan berterima kasih , jika aku nak menunggangnya dia akan menunduk untukku, dan jika org lain yg nak menunggangnya dia akan berdiri,".
Nakhkhas itu pun membalas:" Jika seorang Qadhi (hakim) dijadikan himar maka barulah engkau akan mendapat kehendakmu itu!!".
 

Kembali ke atas
====================================================================
 

Apakah engkau kenal aku?


Abu Ishaq Al juhaimiy bercerita: Suatu hari Hajjaj keluar menyamar, lalu dia bertemu Muthallib seorang budak Abi lahab.
Hajjaj pun bertanya:"Ada apa2 perkhabaran Hajjaj?"
Budak itu menjawab:"Laknat Allah lah ke atas Hajjaj"

Hajjaj bertanya lagi:"Bila Hajjaj nak keluar?"
Budak itu menjawab:"Semoga Allah keluarkan ruhnya di antara dua rusuknya"

Hajjaj berkata:"Apakah engkau mengenaliku?"
Budak itu menjawab tidak.

Hajjaj menjawab:"Akulah Hajjaj!!"
Budak itu pula membalas:"Aku pulak Muthallib budak abu lahab, yg terkenal dengan gila, aku akan jadi gila selama 3 hari di setiap bulan, dan hari ini adalah hari yg pertama dalam bulan ini'!!
Mendengarkan jawapan yg licik itu, Hajjaj pun meninggalkannya..!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Setara mana kesialan engkau?

Berkata al-asma`iey: Thuwais telah ditanya:"Setara mana kesialan engkau?"
Jawab Thuwais:" Aku dilahirkan pada hari kewafatan rasulullah, bercerai susu pada hari kematian Abu Bakar, dikhitankan pada hari matinya `Umar, menjadi baligh pada hari pembunuhan `Uthman, aku berkahwin pada hari dibunuh `Ali, aku mendapat anak pula pada hari Husain dibunuh!!!"
 

Kembali ke atas
====================================================================
 

Qadhi Yg Adil


satu hari Qadhi Muhammad b Yusud al azdi duduk2 bersama para sahabatnya, disitu dia dihadiahi dengan sepasang pakaian Yaman yang diberitahunya bahawa harganya mencecah 50 dinar.
Semua org di situ memuji2 dan menyukainya.
Melihatkan keadaan itu, qadhi pun berkata:"wahai ghulam, datangkan seorang tukang pembuat kopiah".

Apabila datang si tukang itu maka berkatalah qadhi lagi:"Buatkan kopiah2 daripada pakaian yaman ini dan berilah kopiah2 itu kepada semua sahabatku".
Kemudian dia berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:"Kalian semua telah memuji2nya dan menyukainya,kalaulah hanya seorang yang melakukan begitu sudah tentu aku memberikan pakaian itu kepadanya, oleh kerana setiap org daripada kalian menyukainya maka aku dapati hanya inilah caranya agar setiap org daripada kamu mendapat bahagiannya.!!!"
 

Kembali ke atas
====================================================================

Engkau lebih patut mendapat kelebihan itu

Pernah satu ketika berlaku perselisihan di antara Husain Bin `Ali dan saudaranya Muhammad hanafiah, lalu mereka pun beredar dalam kemarahan.
setelah Muhammad sampai di rumah dia pun menulis surat: "Bismillahirrahmanirrahim, daripada Muhammad b ali bin abi thalib, kepada saudaranya Husain B `Ali B. Abi Thalib, Amma Ba'd: "Sesungguhnya bagimu kemuliaan yang aku tak sampai, dan kelebihan yg tak tercapai olehku, maka apabila engkau membaca suratku ini, pakailah pakaian serta kasutmu dan datanglah meredhaiku, dan janganlah sampai aku pula mendahului engkau dengan kelebihan yg mana engkau lebih patut dengannya daripadaku, wassalam"

Apabila Husain membaca surat itu, dia pun memakai pakaian dan kasutnya dan pergi kepada saudaranya itu lalu meredhainya,berdamai.

PakLang:Bukankah satu hadith rasulullah brbunyi begini"Dan yang lebih baik daripada mereka(org yg berselisih) adalah org yang mendahului dengan salam (yang datang untuk berdamai)"
 

Kembali ke atas
====================================================================

Nabi berkata padanya "pulanglah" lalu dia pun menangis

Daripada Saad Bn Abu Waqas:" Aku melihat adikku `Umair bersembunyi sebelum kami keluar ke medan perang Badar". Aku pun berkata padanya:" Apa hal engkau ni wahai adikku?"
Dia menjawab:"AKu bimbang dilihat oleh rasulullah, nanti Baginda pasti akan menngatakan bahwa aku masih kecil untuk berjihad dan menolakku untuk ikut bersama, sedangkan aku sangat ingin berjihad semoga Allah mengurniakanku syahid".

Saad menyambung ceritanya: Apabila `Umair ditunjukkan kepada Rasulullah, baginda mengatakannya masih kecil dan bersbada:"pulanglah". mendengarkan perkataan Rasulullah itu maka `Umair pun menangis, melihatkan keadaan itu , rasulullah membenarkannya ikut serta sekali.

Saad menyambung lagi:"Oleh kerana dia kecil sangat maka akulah yg tolong ikatkan ikatan pedangnya, dia dikurniakan syahid di Badar ketika itu umurnya baru 16 tahun"

Paklang:"saya teringat satu ketika dulu, ketika abg saya nak bersunat, saya ktika itu yg masih kecil pun menngis2 untuk ikut bersunat sekali, bukan tak tahu bahawa bersunat itu sakit dan seringkali ditakut2kan. akan tetapi agar "peristiwa besar itu" cepat berlalu dan saya tak perlu lagi memikirkan tentang sunat! hehe, sekali seumur hidup, biaq lepas cepat2 sikit..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Selebar musibahku pada engkau

Berkata sulaiman al-a'masy kepada anaknya:"Pergilah belikan tali yang ukuran panjangnya 30 hasta"
Anaknya bertanya kembali:"Wahai ayahku, berapa pula ukuran lebarnya"
Balas si bapa:"selebar musibahku pada engkau!!!"

Paklang:"ya satu musibah besar mendapat anak yg dungu, tapi bersabarlah, aku pun terkadang tu terasa kedunguan ini, A`uzubillaaah
 

Kembali ke atas
====================================================================

Dimana attin? (buah tin)

Berkata mahdi Bn Sabiq: seorang badawi datang menemui seorang lelaki,di hadapan lelaki itu ada setalam buah tin, apabila dia nampak kedatangan badawi itu lalu dia pun menutup dengan slendangnya, akan tetapi badawi itu ternampak dahulu kelakuannya itu.
Badawi itu pun duduklah di hadapan lelaki itu.
Lelaki itu berkata:"Apakah engkau pandai membaca mana2 ayat quran?"
Badawi menjawab ya
Lelaki itu: "Bacalah'

Badawi itu pun membaca surah attin dengan memulai dengan (wazzaitun*wathuri sinin)
Lelaki itu kehairanan dan bertanya:"Mana pula `attin"?
badawi itu menjawab:"Di bawah selendang engkau!!"

Paklang:Kalau dalam bahasa kedah, kelakuan org macam badawi ni disebut dengan "ghempang" hee..
 

Kembali ke atas
====================================================================

kehitaman belakangnya memutihkan wajahnya di akhirat

Daripada Amr b Thabit:"Ketika Mereka memandikan Ali Bin Husain di hari kematiannya, mereka terlihat kesan2 hitam (macam lebam kot) di belakngnya"
Mereka pun bertanya:"apakah ini?"
Lalu sebahagian org yg tahu menjawab:"Beliau selalu menanggung guni tepung di malam hari untuk memberikannya kepada faqir miskin".

Paklang:MasyaAllah, kita lagu mana pulak? nak bagi sekupang kat org pun memikir panjang..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Sedekah rahsia memadamkan kemurkaan tuhan

daripada Abi Hamzah Atthumali: `Ali b Husain selalu menanggung guni roti di atas pundaknya di waktu malam dan menyedekahkannya, beliau berkata:" Sesunggughnya sedekah rahsia itu memadamkan kemurkaan tuhan'!

paklang:Lihat diri kita..
 

Kembali ke atas
====================================================================

Tabiat VS tabiat

Diriwayatkan bahawa seorang arab bercerita: Pernah sekali aku sesat jalan lalu aku bertemu sebuah rumah di padang pasir.
Aku pun pergi ke rumah itu dan mendapati seorang perempuan badawi di situ.
Wanita itu bertanya:"siapakah engkau?"
aku menjawab:"Tetamu"

Wanita itu berkata:"Ahlan wa marhaban tetamu (selamat datang/ ucapan aluan), silakanlah"

aku pun turun dan wanita itu menjamu aku makan, ketika aku sedang menjamu selera itu datanglah tuan rumah (suami) lau berkata:"Apa ini?'
wanita itu menjawab:"Tetamu kita"
Suaminya menjawab:"Tiada ahlan dan tiada marhaban, apahal pula kita dengan tetamu?"

mendengarkan cakap lelaki itu maka aku pun terus menunggang kendaraiku kembali dan meneruskan perjalananku, keesokan harinya aku berjumpa sebuah rumah lagi, dan di situ juga aku berjumpa seorang lagi wanita badawi.
Dia bertanya aku:"Siapakah engkau?"
Aku menjawab:"Seorang tetamu"

wanita itu membalas:"Tiada ahlan dan tiada marhaban, apa hal pula kami dengan tetamu", ketika kami sedang bercakap itu, datanglah tuan rumah (si suami) seraya bertanya :"Siapa ini?"
wanita itu menjawab:"Seorang tetamu"

Lelaki berkata pula:"Marhaban Wa ahlan kepada tetamu", kemudian dia pun menghidangkan makanan yang bagus, aku makan dan minum , ketika itu aku teringat apa yg berlaku kelmarin dan tersenyum sendiri.

Melihatkan aku ebgitu dia pun bertanya:"Kenapa engkau tersenyum?"
Aku pun menceritakan apa yg telah berlaku kelmarin dengan sepasang suami isteri dan apa yg sedang berlaku sekarang.

Lelaki itu berkata:"Jangan terkejut, wanita yang engkau ketemui kelmarin itu adalah kakak aku, dan suaminya itu pula adalah abang kepada isteriku ini!!"

P/s:Hmm ;-D
 

Kembali ke atas
====================================================================

Di antara Pak saudara dan anak saudaranya

Diceritakan bahwa Uthman B `Anbasah meminang anak bapa saudaranya `Utbah (sepupu)
Lalu `utbah (bapa saudaranya) menempatkannya di sampingya sambil mengucap kepalanya kemudia berkata :" Sedekat-dekat kerabat meminang org yang disayangi, aku tak mampu menolaknya lagi, dan aku tak mahu menangguhkannya lagi, sesungguhnya aku telah menikahkan kamu berdua, Engkau lebih aku muliakan daripadanya (anaknya), dan dia (anaknya) lebih dekat dengan hatiku daripada engkau, maka muliakankanlah ia nescaya baik sebutan engkau di lidahku, jangan sesekali menghinanya lalu mengecil kedudukanmu di sisiku, sesungguhnya aku telah mendekatkan lagi engkau selain daripada hubungan kerabat kita, maka jgnlah sesekali jauhkan hatiku daripada hatimu".

P/s:Ahha, Tip yg baik untuk bakal menantu, hati pak mentua pun nak kena jaga , susah jugak ni!!
 

Kembali ke atas
====================================================================

Helah Feqh

Diceritakan bahawa seorang lelaki melihat isterinya yg ketika itu sedang menaiki tangga.
Lelaki itu berkata kepada isterinya di ketika itu :" engkau tercerau jika naik, tercerai juga jika engkau turun dan tercerai juga jika engkau berhenti di situ"!!
Mendengarkan perkataan suaminya itu , perempuan itu pun terus melompat daripada tangga dan jatuh ke tanah ketika itu juga!!

Berkata suaminya:"Jika Imam Malik mati nanti, nescaya penduduk madinah ini pasti memerlukan engkau untuk mengetahui hukum hakam!!"

P/s:Bertuahlah sapa2 dapat pasangan yang `alim dan ditambah dengan wara' pulak.. ya robb.. ;)
 

Kembali ke atas
====================================================================

Bahkan aku akan bersama kalian selama sebulan!

Berkata al mubarrid: suatu hari seorang lelaki menerima tetamu akan tetapi tuan rumah dan isterinya kurang menyukainya kerana telah lama dia bertamu.
Berkata si suami kepada isterinya:"bagaimana kita hendak mengetahui tempoh pertamuannya di rumah kita?"
isterinya menjawab:"Kita pura2 berbalah dan kita mintakan dia yg mengadili kita"

Mereka pun pergilah kepada tetamu tadi lalu si isteri berkata kepada tetamu:"Demi tuhan yang akan memberkati kamu ketika kamu berpergian keesokan harinya, siapakah di antara kami berdua ini yg dizalimi?"

Mendengarkan pertanyaan itu maka tetamu itu berkata pula:"Demi tuhan yang memberkati penginapan ku selama sebulan di sini bersama kalian, aku tak tahu siapakah yg di zalimi antara kamu berdua"!!

P/s:Org arab sangat berbangga menerima kunjungan tetamu, satu keaiban besar jika mereka tidak memuliakan tetamu... adab bertamu sepatutnya 3 hari... tuan rumah yg tak suka tetamu mereka dok lama, boleh la buat kiasan macam cerita tuu.. heh..

Kembali ke atas
====================================================================

Apakah tindakan aku itu tak baik?

Berkata Abdullah B sulaiman B ash`ath: aku mendengar bapaku bercerita : Harun Al-a`war adalah seorang yahudi yg telah memeluk Islam, menjadi seroang Islam yg bagus, dia menghafal Quran dan Ilmu nahu.
suatu hari dia berdebat dengan seseorang dalam satu masaalah, Harun memenangi perdebatan itu , si kalah tadi tak tahu nak membalas lalu dia pun berkata kepada Harun untuk menghinanya:"engkau tu dahulunya adalah yahudi lalu memeluk islam!!"

Harun pun membalas perkatan itu:"Apakah apa yg aku lakukan (memeluk islam) itu tak bagus?!"

jawapan itu juga mengalahkan si lelaki tadi.... senyaplah ia

p/s:Rasulullah pernah bersabda" islam menghapuskan apa yg sebelumnya (amalan dosa sebelum memeluk islam).
 

Kembali ke atas
====================================================================

Berikan aku tangga!

Diceritakan oleh Ali B Husain Arraziy: Bahlul seorang gila berjalan melewati sekumpulan org di bawah pokok.
Mereka berkata kepadanya:"Wahai Bahlul, mahukah engkau menaiki pokok ini dan kami beri 10 dirham?"
Bahlul menjawab ya dan mereka pun memberinya 10 dirham.
Kemudian dan menoleh kepada mereka dan berkata:"Berikan aku tangga"
Mreka berkata pula:"Itu tiada dalam syarat kami tadi"
Bahlul menjawab:"tapi itu ada dalam syaratku!"

p/s:Diantara gila dan tidak, kekadang kelakuan org gila ini menghairankan kita,heh.. saya selalu tengok org gila , makan macam2 mandi di parit kotor dan sebagainya.. tapi depa tak dapat penyakit pun,, ajaib2 hee.. cuba kita buat lagu tuu..apa akan jadi?
 

Kembali ke atas
====================================================================

Feqh faraidh (warisan)

Bahlul ditanyakan tentang seorang lelaki yg mati meninggalkan seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang isteri, serta tiada meninggalkan harta selain daripada itu.
Bahlul menjawab:"Si anak lelaki mendapat keyatiman, anak perempuan pula mendapat kehilangan , manakala si isteri pula mendapat kepunahan rumah tangga, bakinya pula dapat kepada `asabah!!"

p/s:`asabah ialah org yg tidak mempunya bahagian yg tertentu dalam pembahagian harta warisan, mereka ini mengambil lebihan bahagian selepas semua pembahagian harta, contohnya anak lelaki, anak lelaki akan mengambil ke semua baki harta yg telah selesai di bahagikan kepada semua yg berhak.
kalau nak terangkan bab faraid maka panjang berjelalah,aaa..

Kembali ke atas
====================================================================

Orang berada yang melambatkan bayar hutang adalah zalim

Berkata Abu Hanifah as-saeh: suatu hari aku berjumpa bahlul si gila sedang makan di pasar, aku pun berkata padanya:" wahai Bahlul, engkau duduk di Majlis Ja'far B Muhammad, bagaimana pula engkau sanggup makan di pasar pula?"
Dia menjawab:"Kami diriwayatkan loleh Malik B Anas, daripada Nafi', daripada ibnu `Umar berkata ia:"Aku mendengar Rasulullah bersabda:(Orang berada yang melambatkan bayar hutang adalah zalim).
Bahlul berkata lagi:"ketika aku berjalan di pasar aku berasa lapar, di ketika itu pula ada roti dalam lengan bajuku, maka aku tak sanggu melambat2kannya lagi"!!

p/s:Antara kegemaran org2 kenamaan dahulu ialah mendengar dan melihat telatah org lain untuk hiburan, termasuklah melihat gelagat org gila, Bahlul di antara org gila yg dipanggil bersama dalam majlis org2 kenamaan, hadith yg disebutkan oleh bahlul itu adalah benar, haram kita yg mampu membayar hutang untuk sengaja melambatkan pembayaran hutang.
 

Kembali ke atas
====================================================================

Aku adalah tentera engkau

Diriwayatkan (saya tak pasti kesahihan cerita ini, tapi kita boleh ambil iktibar dan memikirkannnya)
`Amr bn Ash menghalang tentera2nya daripada mendapatkan semua barang makanan yg sampai kepada mereka.
Lalu bangun seorang daripada tenteranya dan berkata:"Buatlah tentera daripada batu yg tak makan dan tak minum!!"
Amr ash menjawab:"Diamlah wahai anjing!"

Lelaki itu membalas pula:"Aku adalah salah seorang daripada tenteramu, jika aku ini adalah anjing maka engkau pula adalah  ketua dan pemimpin anjing!!"

p/s:Dia menghalang itu mungkin untuk mendisiplinkan tentera2nya, akan tetapi menggunakan perkataan anjing itu adalah tiada adab, dan itu salah satu daripada kegelinciran yg kita sudah pasti tak boleh jadikan ikutan, siapa yg maksum kan? `amr b ash adalah salah seorang sahabat nabi, beliaulah yg membuka negara mesir dan banyak jasanya dalam penyebaran islam , semoga diredhai Allah.


====================================================================

Kembali ke atas
<<== Pendirian dan Gelagat ==>>

 
 

Copyright ©1999-2003™ 
by PakLang`s. 
All rights reserved.®

 
Hosted by www.Geocities.ws

1