![]() |
|
| Halaman Utama| Tempat-tempat Menarik| Tempat Membeli Belah| Makanan | Penginapan| | |
KOTA BHARU, KELANTAN Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kota Bharu ialah, Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja. Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan. Artikel ini kami cuba rangkumkan kesemua tempat-tempat tersebut bagi memudahkan rujukan anda. Setiap monumen mempunyai sejarah serta latar belakang tersendiri. Untuk info sejarah yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan terus apabila berkunjung ke sini dengan membaca informasi yang disediakan di setiap monumen. Kesemua tempat-tempat yang disebutkan ini adalah berdekatan dan anda boleh berjalan kaki sahaja.
|