banner
Halaman Utama| Tempat-tempat Menarik| Tempat Membeli Belah| Makanan | Penginapan 

 



Penginapan eksklusif yang mampu memberi keistimewaan kepada setiap pengunjung menjadikan Hotel Perdana sebagai tarikan terbaharu bagi negeri Cik Siti Wan Kembang.

Dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), hotel bertaraf lima bintang ini telah mula mendapat tempat di hati pengunjung sama ada bagi urusan perniagaan, mahupun bersantai sendirian atau bersama keluarga.

Kedudukannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah pusat bandar memberi banyak kelebihan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke negeri ini.

Lebih istimewa, hotel yang baru dibuka pada Ogos tahun lalu ini dipenuhi dengan elemen-elemen yang berkonsepkan tradisional Melayu Kelantan.

Kombinasi gaya dan keselesaan yang cukup sempurna di hotel ini, selain hiasan dalamannya yang menekankan ciri-ciri kemelayuan berjaya menonjolkan tarikan tradisional dalam kelasnya yang tersendiri.

Pengurus Komunikasi Pemasaran, Nik Adura Zuliana Nik Rashid (gambar) berkata, walaupun Hotel Perdana lebih menekankan kepada sebuah penginapan eksklusif, namun ciri-ciri Melayu masih dikekalkan.

                   n\n   
                   

Selain itu, tetamu Hotel Perdana juga disajikan dengan aneka pilihan makanan tempatan dan antarabangsa yang pasti memukau selera pengunjung.

Menurut Nik Adura lagi, makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang dan nasi berlauk juga disediakan.

"Di sini juga, pengunjung dapat bersantai sambil minum petang di Anjung Terrace serta merasai keenakan kek dan pastri di Rebab Cafe," katanya.

Di samping itu, Hotel Perdana turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati panorama menarik dan indah sambil menjamu selera di Restoran Eleven.

"Di tingkat paling atas iaitu di aras 11, kami menyediakan sebuah restoran yang menghidangkan Chim Chum secara bufet.

"Di sini juga pengunjung dapat merasai setiap hidangan pada harga yang cukup berpatutan sambil melihat pemandangan bandar Kota Bharu," katanya.

Jelasnya, antara kemudahan lain yang disediakan di Hotel Perdana adalah dewan, kolam renang, gim, lobi dan jakuzi, manakala spa dijangka dibuka pada Mac ini.

"Kunjungan ke bandar ini pasti berbaloi dengan pilihan Hotel Perdana untuk penginapan yang lebih eksklusif dan mewah," katanya.