|
|
Sekapur Sirih Dari Pengetua Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru |
|

|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita melancarkan laman web Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.
Kepentingan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) bukan lagi menjadi perkara baharu bagi rakyat Malaysia yang sedang meniti ke era kemajuan agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Kios maklumat bukan sahaja mengandungi berita sejagat, malah juga dipenuhi berjuta-juta khazanah ilmu yang dapat diterokai seperti bahan pengetahuan, pendidikan, mahupun hiburan. Dunia web ini juga mempunyai potensi yang amat besar untuk menjadi wahana komunikasi antara pelbagai pihak.
Justeru atas kesedaran ini , warga Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru terpanggil untuk sama-sama menyemarakkan dunia teknologi maklumat dengan menghasilkan laman web Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.
Laman web Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru mengandungi pelbagai maklumat tentang sekolah. Antaranya ialah sejarah sekolah, hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum, disiplin , asrama dan lain-lain lagi.
Selepas melungsuri laman web ini, diharapkan pengguna-pengguna internet mendapat pelbagai maklumat tentang sekolah ini.
Sekian, selamat melayari laman web ini.
|
|
|
Tahukah Anda? |
|
|
|
|
Happennings |
|
|
|
|
Profile Sekolah |
|
|
|
|