Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Album::>::SepertiDulu::

Seperti Dulu

 

Nama Album : Seperti Dulu
Nama Penyanyi : Exists
Jumlah Bintang :

Kejayaan album ADA, yang diterbitkan dua tahun yang lalu memberi peluang kepada kumpulan sensasi Exists untuk muncul dengan album terbaru berjodol `Seperti Dulu'', dan masih menggunakan formula dan muzik yang sama. Jika anda mendengar lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini, tidak banyak perbezaan dengan album ADA dan itulah trademark Exists masa kini.

Muzik yang dibawa oleh kumpulan Exists segar dan ada sedikit pengaruh band Indonesia. Namun begitu suara Ezad yang lunak membuatkan lagu-lagu yang dibawa jadi sedap.

Single pertama mereka `Seperti Dahulu'' ciptaan Musrad & G-Nola segera mendapat perhatian peminat dan kerap diputarkan dicorong-corong radio. Lagu ini juga sudahpun berada di dalam Carta Era selama 7 minggu. `Percayakan Siti'' juga semakin hari semakin mendapat tempat dihati peminat. Dan saya rasa lirik-lirik yang dihasilkan untuk kebanyakan lagu-lagu dalam album ini semakin matang dan bermesej. Syabas Exists kerana melahirkan sebuah lagi album bermutu.


- Kureng
- Oklah
- Baik!
- Wow! bagus sekali.
- Fulammak! Hebat

 
 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1