Assalamualaikum dan salam hormat,
Zayn Motosport merupakan laman sesawang yang baru ditubuhkan pada bulan Julai 2017. Saya, Dazni Putra Adinaz Bin Abdullah merupakan pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat dari kelas STM 4B. Laman ini juga ditubuhkan dengan bantuan pensyarah iaitu Puan Fadhlina Binti Ahmad dan Puan Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar
Laman ini memberikan maklumat mengenai motosikal Yamaha. Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia pada tahun 1978, adalah usaha sama antara Hong Leong Industries Bhd dan Yamaha Motor Co., Ltd, Jepun (YMC).
Laman web ini dibina untuk memudahkan peminat motorsikal Yamaha untuk mencari maklumat dan mengetahui produk dan jenis motorsikal yang ada.