SELAMAT DATANG KE UNIT LDP IPG KTAA
Program latihan dalam perkhidmatan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan
profesionalisme di kalangan warga pendidik. Sehubungan dengan itu, Unit Latihan
Dalam Perkhidmatan berperanan menyelaraskan pelaksanaan tiga jenis program
latihan yang utama kepada warga pendidik iaitu :
i. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP),
ii. Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), dan
iii. Latihan Pembangunan Staf.(LPS).
Visi
Ke arah peningkatan dalam profesionalisme dan keterampilan para pendidik
dalam menangani arus perubahan dunia pendidikan.
Misi
Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan cemerlang ke
arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.
Objektif Unit
1. Menguruskan dan melaksanakan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) kepada institut ini.
2. Merancang dan melaksanakan Kursus-Kursus Pendek Kelolaan Institut
(KPKI) secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
3. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus dalaman untuk pensyarah dan
staf sokongan institut di bawah program Latihan Pembangunan Staf ( LPS ).
4. Memberi latihan dalam perkhidmatan yang berkualiti, kemaskini dan berterusan
mengikut keperluan profesionalisme dan prosedur yang ditetapkan.