![]() |
| SALAM PENGENALAN: |
| PerHakam lahir hasil "Kongress Pendirian dan Peranan Masyarakat Melayu Dalam Menentukan Pemerintah Singapura" anjuran SNF, pada 11hb. November 1996, bertempat di Lion City Hotel. Kongress tersebut telah memberi mandat kepada SNF untuk menubuhkan Parlimen Melayu dengan menghimpunkan politikus-politikus dan karyawan Melayu untuk bersama-sama mengkaji sebarang rang yang diperkenalkan oleh pemerintah bagi memastikan ia tidak bertentangan dengan fasal 152 Perlembagaan Singapura disamping melakar program-program yang positif membantu meningkatkan taraf dan maruah bangsa. Kongress berpendapat melalui PerHakam, SNF dapat mencapai matlamatnya untuk menasihati pemerintah akan kepentingan bangsa Melayu selaku bumiputra Singapura. Seterusnya pada 6hb. Jun 1997 bersamaan dengan 1hb. Safar 1418 lahirlah PerHakam (Perhimpunan Hak Asasi Melayu). Penubuhannya telah diresmikan oleh Presiden SNF, sdr. Ibrahim Ariff. Perasmian PerHakam mendapat liputan media tempatan dan seberang tambak. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Namun segala maklum balas diterima dengan fikiran dan dada terbuka oleh para anggota PerHakam, yang penting bagi PerHakam ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kepentingan bangsa, agama dan perpaduan kaum. |
| Salam Pengenalan / Perjuangan, Dasar dan Matlamat / Jawatankuasa SNF / Anggota PerHakam / Komentar / mesyuarat agung 2001 / Menjadi ahli SNF / Lelaman Utama / keluar |