![]() |
| Mesyuarat Agung 2001 |
| SNF telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya ke 10 bertempat di Sea View Hotel, pada tanggal 25hb. March 2001 bersamaan dengan 29hb. Zulhijjah 1421. Presiden SNF sdr. Ibrahim Ariff telah menumpukan ucapan beliau kepada tajuk peranan dan tanggungjawab masyarakt Melayu di dalam menentukan pemimpin negara. Ini memang sesuai memandangkan kemungkinan pilihanraya umum akan diadakan pada tahun ini. Bersempena dengan mesyuarat tersebut, ialah pertemuan dengan wakil-wakil partai- partai pembangkang di akhir mesyuarat. Wakil-wakil dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu, National Solidarity Party, Singapore Peoples' Party, Worker's Party dan Perhimpunan Hak Asasi Melayu telah hadir. Berucap di majlis pertemuan dengan partai-partai pembangkang, Presiden SNF, sdr. Ibrahim Ariff telah memperingatkan mereka bagaimana trend mengundi di kalangan pengundi-pengundi Melayu telah jauh berubah. Kalau dulu orang-orang Melayu ramai yang menyokong pembangkang tetapi, sejak 10 tahun kebelakangan ini mereka telah mula condong ke partai pemerintah. "Andainya pihak pembangkang mahukan undi Melayu mereka mesti sedia berterus terang menjelaskan agenda mereka terhadap masalah Melayu". Pengundi Melayu menurut sdr. Ibrahim lagi, kini kian berhati-hati dan akan hanya menyokong partai yang sedia memperjuangkan nasib mereka. Turut berucap ialah En. Rahim Osman wakil PerHakam dari Partai Pekerja. Beliau telah menekankan peri pentingnya perpaduan di kalangan partai-partai pembangkang menghadapi pilihanraya mendatang. |