| Menu | | Profil Sekolah | | Pentadbiran | | Akademik | | Kokurikulum | | HEM |
| Sejarah Sekolah | | PIBG | | Capaian | | Informasi | | Buku Pelawat |
|
PENGETUA
LATAR BELAKANG |
|
Penubuhan
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Gombak, Negeri selangor Darul Ehsan. Ianya terletak lebih kurang 13 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Pada awalnya, 1985, tapak sekolah ini merupakan bekas lombong yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh Majlis Daerah Gombak. Sekolah ini telah dibuka dan digunakan pada 6 Januari 1986.
Sekolah ini didirikan di kawasan yang sedia ada kerana tempatnya yang strategik dan menjadi titik pertemuan atau pertengahan di antara kawasan penempatan yang berhampiran. Kawasan penempatan tersebut adalah Taman Selayang, Taman Amaniah, Kampung Sungai Tua, Kampung Jaya, Taman Batu Caves dan beberapa kawasan berhampiran yang lain. Bilangan penduduk yang semakin bertambah telah menyebabkan sekolah ini didirikan untuk menampung keperluan.
| Ke Atas |
Bagaimana
Sekolah Mendapat Nama
Dahulunya, dinamakan Sekolah Menengah Rendah Batu Caves. Oleh kerana kedudukan Batu Caves yang terletak agak jauh dari sekolah, maka nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Taman Selayang sempena nama kawasan perumahan yang berdekatan dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Tokoh utama yang menerajui usaha membangunkan sekolah ini ialah Pengetua pertamanya iaitu, Tuan Haji Ahmat bin Mansor. Sebelum memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, beliau telah berkhidmat di dalam kerjaya pendidikan selama 25 tahun. Lantaran itu, Jabatan Pendidikan Selangor telah memberi kepercayaan kepada beliau selaku "orang tempatan" untuk menerajui usaha membina sekolah ini.
![]() |
Penerangan Lencana Sekolah
Bentuk
Bulat Hijau
Melambangkan kehidupan masyarakat yang harmoni.
Roda
Mengutamakan Sains dan Teknologi dari segi pendidikan dan pentadbiran sekolah.
Topi
Motar
Menggalak dan memimpin pelajar ke arah kejayaan.
Obor
Pelajarnya akan menjadi masyarakat yang berguna.
Padi
Melambangkan kedudukan ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan.
Jangka,
Pen, Buku
Melaksanakan pendidikan berasaskan 3M.
Warna
Kuning
Bersih, Cekap, Amanah.
Warna
Merah
Berani menegakkan kebenaran.
Warna
Hijau
Harmoni
Disiplin
Teras kehidupan manusia.
Kebersihan
Mementingkan kebersihan rohani dan jasmani.
Akademik
Menjadi insan cemerlang.
CEPAT, CEKAP, CEMERLANG
Suasana persekolahan dan pembelajaran yang sempurna dan harmoni adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar ke arah kejayaan dan kecemerlangan sebagai insan dan warganegara beriman, berakhlak mulia, berilmu, reformis, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti.
COGAN
KATA DAN ASPIRASI
SEKOLAH
Cogan kata sekolah Cepat, Cekap Cemerlang (3C) memang tepat dan bersesuaian dengan aspirasi sekolah ini untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran, berakhlak mulia dan bersikap positif di samping cemerlang.
CEPAT
Pelajar mesti membuat sesuatu tanpa menangguhkan kerja, cepat menangkap dan cepat memahami apa yang dipelajari, serta cepat membuat sesuatu yang positif.
CEKAP
Cekap melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Pelajar harus tahu menguruskan masa dengan cara yang betul. Cekap mengenalpasti minatnya bersesuaian dengan keupayannya.
CEMERLANG
Bagi mencapai kecemerlangan, pihak sekolah telah menyediakan pelbagai kursus. Antaranya kursus Motivasi, Kesedaran, Jayadiri, Pengurusan Masa, Bina Semangat, Pelajar Kendiri, Keagamaan dan Moral. Pihak sekolah telah memperkenalkan "Budaya Tinggi" kepada guru dan pelajarnya untuk menjayakan aspirasi tersebut.
SEKOLAH MENENGAH TAMAN SELAYANG
SEKOLAH YANG KITA CINTA
GURU MENDIDIK PENUH DISIPLIN
JADI RAKYAT BERGUNA
PRESTASI SEKOLAH TERUS MENINGKAT
DARI MASA KE MASA
KECERIAAN MESTI DIJAGA
MINDA CERDAS SENTIASA
WAWASAN NEGARA MEMANDU KITA
MENUJU KE ERA JAYA
RUKUN NEGARA DIPATUHI SETIA
SEBAGAI WARGA MALAYSIA
HORMATI GURUMU AMALKAN SELALU
TAATI IBU BAPAMU
RAJIN BELAJAR ASAS BERJAYA
MENCAPAI CITA MULIA
| Ke Atas |
Senarai Nama Pengetua Yang Berkhidmat Di SMK Taman Selayang
| Bil |
Nama |
Berkhidmat |
| 1. | Tuan Haji Ahmat Bin Mansor | 20 Disember 1985 - 31 Julai 1987 |
| 2. | Encik Nazar Bin Deruwish | 1 Ogos 1987 - 31 Januari 1988 |
| 3. | Tuan Haji Ahmat Bin Mansor | 1 Februari 1988 - 31 Julai 1991 |
| 4. | Puan Yang Azmah Binti Mokhtar (Memangku) | 1 Ogos 1991 - 30 Oktober 1991 |
| 5. | Tuan Haji Sabudin Bin Tamsir | 1 November 1991 - 30 September 1992 |
| 6. | Encik Alwi Bin Salim | 16 Oktober 1992 - 15 November 1995 |
| 7. | Puan Hajah Saedah @ Khatijah Binti Yunus | 16 November 1995 - 15 Julai 1997 |
| 8. | Puan Hajah Fuzi Binti Miar Ahmad (Memangku) | 16 Julai 1997 - 15 Disember 1997 |
| 9. | Puan Lim Sew Kwe | 16 Disember 1997 - 31 November 1999 |
| 10. | Puan Mariah Binti Mohamed | 1 Disember 1999 - sekarang |
| Ke Atas |