LATAR
BELAKANG SEJARAH
SMK TENGKU MAHMUD II
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II telah siap di bina
pada tahun 1991 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1992. Pengetua
pertama yang telah melaporkan diri ialah Tuan Hj Muhamad b Othman
yang telah ditukarkan dari Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.
Seramai
12 orang guru ditempatkan ke sekolah ini dan seramai 260 orang
pelajar dari Sekolah Menengah Keb Tengku Mahmud telah diserahkan
untuk mendaftar diri. Sekolah ini telah berkembang pesat dan menjadi
sebuah sekolah yang berdaya saing seiring dengan sekolah-sekolah
lain yang lebih ‘senior’. Sekolah ini telah dinaikkan
taraf kepada sekolah Gred ‘A’ pada 01Januari 1998.
Sehingga kini jumlah pelajar sekolah ini telah bertambah dan melebihi
1400 orang pelajar dengan 90 orang guru dan 17 orang kakitangan
bukan guru.
Pengetua
kedua ialah Puan Hjh Asiah bt Mohd Amin telah melaporkan diri
pada 01 Mac 1996. Setelah sekolah ini dinaikkan taraf kepada Sekolah
Menengah Gred ‘A’, Tuan Hj Adnan b Mohd Nor adalah
Pengetua DG2 yang pertama dan diikuti oleh Pengetua sekarang iaitu
Puan Hjh Madziah bt Ibrahim yang telah memulakan tugasnya pada
16 Ogos 1998 sehinggalah sekarang.