[ Back ] [ Page 1 | 2 | 3 ] Previous Page | Next Page

 

PANDUAN ASAS KERJA KAYU  DAN LOGAM
TAJUK :  KERJA KAYU

Kerja kayu

  • Penggunaan alatan yang betul adalah penting bagi menghasilkan kerja tangan yang cepat, tepat dan menarik
  • Alatan yang digunakan mesti sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna
  • Alatan yang telah digunakan mesti dibersihkan dan disimpan semula di tempat yang khusus

Alatan tangan

  1. Pembaris keluli

    - Digunakan untuk :

    1. mengukur dan menanda jarak
    2. menguji kerataan permukaan kayu
    3. membuat garisan-garisan lurus

 

 

  1. Sesiku L

    • Saiz ditentukan oleh panjang bilahnya
    • bilah keluli dipasang bersudut tepat dengan tonggak
    • digunakan untuk :

      1. menguji kerataan permukaan kayu
      2. menguji ketepatan permukaan
      3. membuat garisan bersudut tepat pada permukaan atau tepi

 

 

 

 

  1. Gergaji tangan

    • digunakan untuk mengerat atau membelah kayu
    • potongan dibuat mengikut garisan lurus
    • saiznya ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi setiap 25mm

 

  • Langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mendapatkan hasil pemotongan yang lurus dan tepat

Rajah 3.4 : Langkah-langkah untuk mendapatkan hasil pemotongan yang tepat

  1. Gergaji puting

    • Saiz yang biasa digunakan ialah 25 cm
    • Gergaji puting biasanya digunakan bersama penahan tepi digunakan untuk :
      1. membuat tanggam
      2. membelah dan mengerat kayu yang kecil
    • Ia mempunyai jalur logam di bahagian atas bilahnya yang berfungsi untuk melurus dan menguatkan bilahnya

     

 

 

  1. Tukul Warrington

    • saiz ditentukan oleh berat kepalanya
    • digunakan untuk mengetuk paku yang kecil dan halus

 

  1. Tukul kuku kambing

    • saiz ditentukan oleh berat kepalanya
    • kegunaan bahagian-bahagiannya:
      1. bahagian muka digunakan untuk mengetuk paku
      2. bahagian kukunya digunakan untuk mencabut paku
    • gunakan kayu reja untuk mengalas dan memudahkan kerja mencabut paku
    • pegang tukul pada hujung hulunya apabila menggunakannya

 

  1. Kikir parut

    • dikenali juga sebagai kikir kayu
    • digunakan untuk membentuk lengkok pada penjuru kayu
    • dikelaskan mengikut panjang dan gred giginya
    • selepas digunakan bersihkannya dengan berus dawai

 

  1. Apit G

    • saiznya ditentukan mengikut jarak maksimum antara rahangnya
    • digunakan untuk :
      1. mengapit bersama kepingan kayu yang diglu
      2. memegang benda kerja ketika menggergaji ,memahat dan menggerudi

     

 

 

  1. Gerudi tangan

    • digunakan untuk menebuk lubang kecil pada permukaan kayu
    • mata gerudi yang digunakan ialah mata gerudi pintal
    • bahagian-bahagian utama dan kegunaan:

Bahagian Kegunaan
Hulu diperbuat daripada kayu
Tangkai engkol memusingkan piring gear
Tangkai tepi dipegang untuk mengemaskan kedudukan alat apabila menggerudi mendatar
Bindu terdiri daripada tiga rahang untuk mencengkam mata gerudi pintal

 

  1. Gerudi engkol

    • digunakan untuk menebuk lubang yang dalam atau berdiameter besar
    • mata gerudi yang digunakan ialah mata gerudi gerimit atau mata gerudi pulas
    • bahagian-bahagian utama dan kegunaan:

     

Bahagian Kegunaan
Kepala dibuat daripada kayu atau plastik dan boleh dipusing dengan bebas
Aci engkol dibuat daripada keluli dan merupakan bahagian yang berputar
Gear sala menukarkan arah pusingan dan membolehkan gerudi engkol diputarkan mengikut arah jam atau lawan arah jam
Bindu bahagian yang mengandungi rahang
Rahang mencengkam mata gerudi
Hulu/pemegang dibuat daripada kayu dan dipegang untuk memusingkan engkol


Kayu

  • Kayu diperolehi daripada pokok kayu balak yang dibelah mengikut urat kayu dengan penggunaan gergaji mesin

Kecacatan kayu

  • Ia biasanya disebabkan oleh kecuaian semasa proses menebang dan proses pengeringan .
  • Kerosakan kayu juga disebabkan oleh hentakan semasa pokok tumbang dan serangan kumbang dan serangga
  • Antara jenis-jenis kecacatan kayu:

    1. Retak

      • keretakan berlaku apabila kayu atau pokok sedang membesar atau kesan hentakan ketika pokok tumbang.





    2. Pusar atau buku

      • berlaku pada papan apabila balak dibelah melintasi bahagian dahannya

         



    3. Meleding

      • berlaku kerana kayu tidak dikeringkan dengan sempurna dan menyebabkan pengecutan berlaku dengan tidak sama rata
      • Jenis-jenis meleding

         

Saiz kayu

  • Saiz pasaran yang lazim digunakan ialah :
    1. 25 mm x 25 mm
    2. 50mm x 50 mm
    3. 15mm x 25 mm
    4. 25 mm x 50 mm
    5. 20 mm x 100 mm
    6. 20 mm x 175 mm
    7. 25 mm x 175 mm

[ Back ] [ Page 1 | 2 | 3 ] Previous Page | Next Page

 

Hosted by www.Geocities.ws

1