[ Back ] [ Page 1 | 2 | 3 ] Previous Page | Next Page

Apa Itu KHB ( Kemahiran Hidup Bersepadu )


Matlamat

Kemahiran Hidup Bersepadu bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif , inovatif , inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

Objektif

Untuk membolehkan pelajar;

  1. Memperolehi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran asas yang berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam urusan di rumah dan tempat tinggal.
  2. Menjalankan kerja - buat - sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan.
  3. Mempertingkatkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila masyarakat.
  4. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asa perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan perniagaan.
  5. Mengetahui bidang kerjaya berkaitan dengan sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.
  6. Mengumpul dan memproses maklumat secara bersistem dan membuat keputusan yang bijak.
  7. Bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan teknologi dan dunia yang sentiasa berubah.
  8. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
  9. Menghargai segala yang ada pada diri, persekitaran dan kemudahan yang diberi serta menggunakannya dengan baik dan bertanggungjawab.
  10. Mengamalkan sikap dan tabiat yang baik dan jujur terhadap sebarang kerjaya serta menghormati dan menhargai kerjaya kolar biru, dan
  11. Menceburkan diri dalam kegiatan rejreasi yang sihat dan membuat kebajikan kepada masyarakat.

Kandungan Mata Pelajaran

TERAS

1. Kemahiran Manipulatif

1.1 Kerja Kayu dan Logam
1.2 Kerja Paia Asas
1.3 Elektrik
1.4 Elektronik
1.5 Enjin
1.6 Pengurusan Diri
1.7 Perkebunan

2. Perdagangan dan Keusahawanan

2.1 Pengenalan Alam Perniagaan
2.2 Asas Keusahawanan
2.3 Pengeluaran
2.4 Industri Tempatan
2.5 Asas Perniagaan
2.6 Menyimpan Rekod
2.7 Konsumerisme

3. Kekeluargaan

3.1 Peningkatan Kendiri
3.2 Kesejahteraan Keluarga
3.4 Kemahiran Hidup Bermasyarakat

4. Reka Cipta

4.1 Membuat Projek Reka Cipta

 

ELEKTIF ( Pilih Satu Sahaja )

PILIHAN 1 - Kemahiran Manipulatif Tambahan

1. Lukisan Teknik
2. Enjin
3. Elektrik
4. Elektronik

PILIHAN 2 - Ekonomi Rumah Tangga

1. Makanan dan Pemakanan
2. Pakaian
3. Tempat Kediaman

PILIHAN 3 - Pertanian

1. Tanaman
2. Hortikultur hiasan
3. Ternakan

 

Format peperiksaan

Berdasarkan kepada :

1. Ujian bertulis
2. Kerja kursus

  Bentuk Soalan Peratus Penilai
Ujian bertulis Objektif 40% Lembaga Peperiksaan
Kerja Kursus Kerja Amali 60% Peringkat Sekolah


Ujian Bertulis

Komponen Tajuk Bilangan Soalan Masa
Teras

Kemahiran Manipulatif

Perdagangan dan Keusahawan

Kekeluargaan

60 1 jam 45 minit
Elektif

Kemahiran Manipulatif

Ekonomi Rumah Tangga

Sains Pertanian

20


Kerja Kursus

Pilihan Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3
Pilihan 1
( KMT )
Projek kerja kayu Projek elektronik Folio perdagangan dan keusahawanan
Pilihan 2
( ERT )
Projek kerja kayu dan elektronik Projek jahitan Folio perdagangan dan keusahawanan
Pilihan 3
( SPN )
Projek kerja kayu dan elektronik Projek pertanian Folio perdagangan dan keusahawanan

 

Pembahagian masa pembejaran di sekolah

Peruntukan masa dalam seminggu ialah 40 minit X 4 = 160 minit.

Waktu pembelajaran boleh dalam bentuk

40 minit X 2 = 80 minit
40 minit X 2 = 80 minit

@

40 minit X 1 = 40 minit
40 minit X 3 = 120 minit

 

Arah tuju selepas PMR

Setelah berjaya dalam peperiksaan PMR , elektif mata pelajaran kemahiran hidup juga terdapat dalam pilihan elektif pensijilan terbuka SPM. Pelajar yang berminat dengan mata pelajaran teknikal bolehlah mengambil pilihan elektif teknologi, Vokasional ataupun sastera ikhtisas.

Contoh Projek

  • RAK SERBAGUNA
  • Untuk menyimpan alat tulis, surat dan apa-apa yang sesuai.
  • Untuk dijual jika ada permintaan.
  • Untuk dijadikan bahan api jika tak jadi.

Alatan adalah seperti dibawah

  • Apron
  • Penukul Warrington
  • Apit G
  • Playar
  • Ragum
  • Pelbagai jenis papan
  • Zink
  • Paku
  • Gergaji Puting
  • Gergaji Otomatik
  • Kertas pasir
  • Syelek
  • Berus Syelek
  • Thinner
  • Menyediakan pelan projek
  • Menganggarkan kos
  • Membeli peralatan
  • Mengukur projek
  • Memotong kayu
  • Memaku
  • Mengemaskini projek
  • Menyapu syelek
  • Menghias

 

[ Back ] [ Page 1 | 2 | 3 ] Previous Page | Next Page


 

Hosted by www.Geocities.ws

1