[ Back ][ Page 1 | 2 ] Previous Page

ARTIKEL

Belajar Untuk Peperiksaan

by Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1. Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.

2. Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

3. Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4. Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.

Latih mengeluarkan maklumat - Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

· Menjawab soalan-soalan;

· Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;

· Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;

· Mengadakan perbincangan dengan rakan;

· Menyediakan kad imbasan kecil. · Mengambarcarakan apa yang telah dipelajari.

· Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.

Hadkan masa menjawab- Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan.

Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.

Anggap seperti peperiksaan sebenar - Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

Strategi menjawab soalan - Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.Langkah-langkah berikut dapat membantu:

1. Baca arahan terlebih dahulu.

2. Baca arahan terlebih dahulu.

3. Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.

 

[ Back ][ Page 1 | 2 ] Previous Page
Hosted by www.Geocities.ws

1