Belajar
Untuk Peperiksaan
by
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
BELAJAR
UNTUK PEPERIKSAAN Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi
keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan
mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul.
Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakukan yang terbaik.
Bersedia
untuk belajar
Peperiksaan
PMR sedang berjalan dan SPM semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan
bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi sama ada di kolej ataupun universiti.
Sekiranya
anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu
dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh
mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM.
Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran
penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran
ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran
elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan,
Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang
baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti
adalah cerah.
Namun
begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik
bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin
sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam
semua mata pelajaran.
Buatkan
jadual belajar untuk peperiksaan
Jangan
panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan
banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik.
Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding
penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.
Mula
menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks,
buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan
semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.
Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai
untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga
bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.Langkah kedua buatkan analisa
soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar
soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh
tidak mesti anda kuasai dengan baik.
Buatkan
jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah
seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum
peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan
terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu.
Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti
dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan
4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8
jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu
berkorban demi masa depan. Anda mungki belajar 1 jam diwaktu pagi, 2
jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini
menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.
Mengingati
Tajuk. Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda
mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran
maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.
Buatkan
Nota. Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan
dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang
mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara
belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan
peperiksaan semakin hampir.
Setelah
anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik
ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota
anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada
fakta penting yang tertinggal.
Ringkaskan
setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya.
Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci
dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk
dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci,
maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.
Latih
diri anda untuk peperiksaanAnda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan.
Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik.
Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih
secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang
dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan
kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih
diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.