Panduan
Guru: 12 Pendekatan Memotivasikan Pelajar
by
Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
9.
Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.
Ajarkan
mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca,
kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa
‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap
mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya
ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.
10.
Terima Pelajar Seadanya.
Ramai
guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka
semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup
terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang
pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan
sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara
guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar
seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan
memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan
kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan
mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan
maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi
pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu
berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar
kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua
cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai
seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci.
Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan.
Apa pilihan anda?
11.
Berikan Kata Perangsang
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda.
Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim
dalam pemikiran pelajar.
12.
Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’,
‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan
Mesra.
Artikel Sumbangan Dr. Tengku Asmadi T.Mohamad, MAP