Projek SchoolNet
- Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian
Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
- Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan
belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
- Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi
melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di
Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara
pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
- Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem
pendidikan negara.
- Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Wawasan SchoolNet
- Mewujudkan masyarakat berilmu bagi
merealisasikan k-ekonomi.
- Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
- Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan
matlamat Wawasan 2020.
Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet
- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?
Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah
di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps
“downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi
digunakan:-
- Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu
teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian
telefon (copper) untuk kawasan Bandar.
- Wayarles iaitu teknologi pemancaran dan
penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk
kawasan luar Bandar.
- Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu
teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk
kawasan terpencil.
_________________________________________________
Sebarang
laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah
dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-
1-300-88-2888