| Copyright � 2002 Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 1 All rights reserved |
| Akhbar Harian |
| Stesyen TV |
| Info Sekolah |
![]() |
| Seperti juga mana-mana sekolah di Malaysia, SMK Putrajaya 1 mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Di tahap menengah rendah pelajar mengambil subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains , Geografi dan Kemahiran Hidup. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni dipelajari tetapi tidak diadakan peperiksaan di tahap PMR untuk subjek-subjek tersebut. Pelajar tingkatan 4 dan 5 dimestikan belajar 6 matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah , Sains dan Pendidikan Jasmani. Mereka boleh memilih mana-mana 5 lagi matapelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Di antara subjek-subjek itu ialah Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan, Perdagangan, Lukisan Kejuruteraan, Prinsip Akaun, Kesusasteraan Melayu, Tasawwur Islam dan Ekonomi Asas. Kelebihan sekolah ini adalah dari segi kelengkapan untuk menjayakan program akademik. Sebanyak 535 komputer telah disediakan sebagai 'enabler' dalam P&P. Selain itu untuk mata-mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Melayu telah disediakan modul interaktif yang membolehkan pengajaran dilakukan menggunakan komputer sepenuhnya. Untuk tahun-tahun kebelakangan ini kemungkinan guru-guru akan dikerahkan untuk mengalihbahasakan semua modul ini.. Sama-sama kita fikirkan.. |