
------------------------------
HOME
------------------------------
VISI SEKOLAH
------------------------------
PELAN SEKOLAH
------------------------------
SEJARAH SEKOLAH
------------------------------
SIMBOL SEKOLAH
------------------------------
LAGU SEKOLAH
------------------------------
IKRAR SEKOLAH
------------------------------
PENGURUSAN SEKOLAH
------------------------------
KELAB DAN PERSATUAN
------------------------------
PENCAPAIAN SEKOLAH
------------------------------
TAKWIN SEKOLAH 2008
------------------------------
PERUTUSAN DARIPADA
PENGETUA
------------------------------
ANALISIS PMR//SPM
------------------------------
BERITA TERKINI
------------------------------
VISI DAN MISI
VISI
Menjadikan SMK Padawan sekolah gemilang dengan menyediakan pendidikan berkualiti pada 2010.
PERNYATAAN MISI
Memastikan pengurusan pendidikan yang berkesan untuk mencapai kegemilangan
dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan keceriaan sekolah pada 2010.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
SMK Padawan bermatlamat untuk:
»Mewujudkan prasarana dan suasana yang kondusif untuk menyediakan pendidikan
yang berkualiti supaya menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
»Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan.
»Memupuk pelajar mempunyai tahap disiplin yang tinggi, sikap cintakan sekolah, berakhlak
mulia, beramanah, bertanggungjawab serta percaya dan patuh kepada tuhan.
»Melahirkan pelajar yang mempunyai kesejahteraan diri serta setia kepada keluarga, sekolah,
masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
»Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik - kelulusan setiap mata pelajaran PMR
dan SPM melebihi 95%.
Mencapai kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum, khususnya olahraga, bola sepak dan sepak takraw.
»Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan demi
meningkatkan keberkesanan proses pendidikan.
»Mengekalkan tahap disiplin yang cemerlang di kalangan guru, staf sokongan dan pelajar.
»Mempertingkatkan imej sekolah sebagai institusi pendidikan yang cemerlang.
MATLAMAT
DICAPAI MELALUI...
Guru yang:
· Bertanggungjawab & berdedikasi
· Berpengetahuan & pakar
· Inovatif, kreatif dan proaktif
· Berakhlak mulia
· Penyayang
· Berhasrat tinggi
Staf Sokongan yang:
· Bertanggungjawab & berdedikasi
· Mahir & cekap
· Penyayang
· Semangat berpasukan
Pelajar
yang:
· Berhemah tinggi
· Berdisiplin
· Berbudi pekerti
· Sentiasa mengejar kecemerlangan
· Berketrampilan
· Penyayang
· Berdikari
· Semangat bersaing dalam ilmu
Masyarakat/Ibu bapa yang:
· Prihatin terhadap kemajuan sekolah
· Bekerjasama dengan sekolah
· Penyayang
· Berteladan kepada anak-anak
· Bertoleransi
Dengan
Budaya Sekolah yang tersendiri:
· Semangat kepunyaan dan kasih sayang
· Suasana pembelajaran kondusif
· Tradisi unggul yang berkekalan
· Misi dan matlamat sekolah yang jelas
· Persekitaran sekolah bersih, ceria dan selamat