|
Taksiran Kerugian
Kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM430.00 meliputi:
-
Duit syiling yang berada di dalam “Cash Register” = RM50.00
-
Beg yang berisi Amplifire milik surau = RM350.00
-
Baik pulih kerosakan pintu = RM30.00
Nasihat Polis dan Tindakan
-
Pemeriksaan ke atas pelajar lelaki di bahagian lengan / tangan untuk mencari
kesan-kesan luka yang mencurigakan. Pemeriksaan telah dijalankan dengan
bantuan En Hamdan Abd Kadir (unit disiplin) pada 10.40 pagi. Hasilnya adalah
negatif.
-
Menyenaraikan pelajar yang tidak hadir pada hari ini (1 Mac 2002).
Cadangan dan Penutup
-
Kesan dari peristiwa memecah masuk koperasi ini, saya mencadangkan supaya:
-
Memasang gril besi di bahagian luar pintu hadapan dan belakang.
-
Memasang suis lampu luar automatik. Lampu yang sedia ada di bahagian hadapan
dan belakang dikawal secara manual yang kadang-kadang terlupa untuk dihidupkan.
-
Saya berpendapat pihak yang bertanggungjawab memecah koperasi pada kali
ini adalah bukan pelajar sekolah, tetapi orang luar kerana kesan cermin
tingkap yang diturunkan di kawasan pejabat lama sedangkan pejabat sudah
berpindah, yang sememangnya diketahui oleh semua pelajar. Kesan ini adalah
laporan pengawal keselamatan di bahagian itu. Ini bermakna pencuri juga
dipercayai telah memasuki ruangan pejabat lama pada malam yang sama
-
Sekian laporan khas kejadian memecah masuk dan kecurian di Koperasi SMKBM
Bhd untuk makluman pihak pentadbir dan ALK 2002.
Disediakan oleh
(MOHD YASIN BIN ISMAIL)
Setiausaha.
Bertarikh: 1 Mac 2002.
s.k:
-
ALK Koperasi SMK Bandar Mas Bhd.
Fail Setiausaha.
|
|