|
Oleh: Mohd Yasin bin Ismail
Pendahuluan
Laporan ini telah disediakan dan diserahkan kepada Pengetua SMK Bandar
untuk mendapatkan gambaran tentang kejadian pecah masuk dan mencuri di
Koperasi SMK Bandar Mas Bhd pada 29 Feb 2002 (malam). Pengawal bertugas
ialah En Hasan bin Ahmad. Semoga semua pihak berpuas hati dan sama-sama
berusaha untuk mengatasi kes pecah masuk pada masa-masa akan datang.
Kronologi
| 7.00AM |
-
Saya tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas.
-
Ketika saya hendak membuka Koperasi, saya dapati Pn Boirah sedang berdiri
di hadapan pintu sedang memerhatikan keadaan jenang pintu koperasi telah
tertanggal.
-
Saya menguakkan daun pintu dengan jenangnya sekali ke sisi untuk membolehkan
saya masuk ke dalam.
-
Saya mengambil beberapa gambar terutamanya pintu yang terkopak dan keadaan
rak barang yang berselerak (Rujuk Lampiran
A)
-
Mendapatkan keterangan En Hasan bin Ahmad, pengawal keselamatan yang bertugas
pada malamnya:
-
En Hasan b Ahmad mendakwa bahawa beliau tidak menyadari kejadian tersebut
sehingga beliau diberitahu oleh En Shahrusam Jemakun, pengurus Koperasi.
-
Ketika rondaan pukul 5.00 pagi, beliau sendiri tidak perasan bahawa pintu
koperasi sudah terkopak kerana keadaan pintu itu tegak, tambahan pula bangunan
koperasi gelap kerana lampu luar tidak dipasang.
-
Menurut beliau, pada pukul 11.00 hingga 1.00 malam, beliau berada di pondok
kawalan utama di pintu masuk sekolah.
-
Memaklumkan kepada En Mohd Fadil bin Ishak (HEM) mengenai kejadian ini,
dan dicadangkan untuk membuat laporan polis.
|
|
|
| 9.10AM |
-
En Mohd Yasin Ismail (Setiausaha) dan En Shahrusam bin Jemakun (Pengurus)
keluar untuk membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar.
-
Salinan “report” akan diperolehi selepas 14 Mac 2002 kerana pegawai yang
menandatangani report sedang berkursus. Draf laporan / report sudah disiapkan
oleh pegawai polis bertugas.
-
Pihak polis dimaklumkan bahawa gambar telah diambil, dan kerja-kerja membaiki
pintu yang rosak akan dibuat secepat mungkin. Pihak polis telah maklum
dan membenarkan supaya pintu yang rosak dibaiki.
|
|
|
| 11.00AM |
-
Kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh En Kasim dengan bantuan En Hasan
(jaga) sendiri. Sehingga pukul 12.40 pm, kerja-kerja membaiki selesai.
Upah baik pulih ialah RM30.00 (Tiga Puluh Sahaja), telah dibayar oleh pihak
koperasi ini.
|
|
|