Bismillah...

SUARA SMAKL

[Pendahuluan] [Tujuan] [Anggota Suara SMAKL] [Kejayaan]

Pendahuluan

Berhibur adalah naluri manusia yang boleh membawa ketenangan dan kedamaian jika bahan hiburan itu dipilih sesuai dan berfaedah. Sehubungan dengan itu, 13 orang remaja Kuala Lumpur menggabungkan diri di dalam suara SMAKL untuk muncul buat pertama kali dengan album sulung mereka Jendela Hati - Lagu Untuk Remaja Dunia.

Tujuan

  1. Mengembangkan bakat pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur terutama mencipta lagu-lagu yang dapat menginsafi penderitaan dan perjuangan remaja di negara lain.
  2. Menyatukan remaja kota dengan aktiviti berfaedah sesuai dengan gagasan negara masa kini - ke arah masyarakat yang lebih cemerlang.
  3. Melahirkan bentuk hiburan yang sederhana tetapi membawa mesej yang besar ke arah melahirkan generasi yang bermoral dan berdisiplin tinggi.

Anggota SUARA SMAKL

Ahli-ahli suara SMAKL terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 sekolah ini. Mereka ialah Sariman bin Abd Manap (17), Azahari Abd. Rahman (15), Idzhar b. Jumali (17), Khairil Azrin b Rafli (17), Mujahid b. Abd Wahab (17), Nazim Syam b. Mohd Najeb (17), Huzaimi b. Zaini (16), Ahmad Irfan b. Ikmal Hashim (15), Mohd Saad b. Ismail (15), Mohd Zamani Rakesh b. Abu Bakar (15), Mohd Noriman b. Kamaruzzaman (14), Khir Firdaus b. Mukhtaruddin (14), Firdaus b. Baharuddin (13).

Kejayaan

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung Suara SMAKL ini adalah Jendela Hati, Menjejak Jalan Selamat, Munajatku, Nikmat Allah, Wahai Insan, Ya Rasulullah, Sinar Kehidupan, Perjuangan , Berlabuhlah Malam dan Permata Hidup. Mereka menggunakan alat muzik yang terhad seperti kompang, gendang, maracas, rebana dan gong.


Adaptasi dari Al Isra' 1993 : Halaman 44




Sejarah Penubuhan Moto SMAKL Lencana Lagu Sekolah - "Sekolah Tercinta"

MAIN PAGE

Copyright (R) 14 of October, 1998
Hosted by www.Geocities.ws

1