Bagi memenuhi permintaan dan hasrat ibu bapa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan selaras dengan kesedaran ibu bapa untuk mendidik anak-anak ke arah pengajian
formal yang bercorak keislaman, maka
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
telah menubuhkan
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Pendaftaran pelajar sulungnya telah
diterima secara rasminya oleh
Yang Berbahagia Puan Hajjah Badiah bt. Abdul Manan
, Pengarah
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
ketika itu. Untuk sementara waktu, pelajar
putera sekolah ini ditempatkan di
S.M. Wangsa Maju, Seksyen 2, Wangsa Maju,
Setapak, Kuala Lumpur, manakala pelajar puteri pula ditempatkan di
S.M. Puteri Wilayah, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Setelah 5 tahun, pelajar-pelajar dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak
di Bandar Menjalara, Kepong. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 19 ekar dan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajarnya seperti surau, dewan makan,
asrama putera dan puteri, dewan besar, padang dan gelanggang permainan serta rumah guru dan
kakitangan. Bangunan yang tersergam indah ini telah mula diduduki oleh pelajar putera pada
26 Disember 1993.
Semakin matang usia
,
banyak kemajuan telah dicapai. Kini sekolah
ini telah pun mempunyai sebuah bilik komputer,
makmal bahasa, perpustakaan, bilik gerakan dan
bilik APD (Alat Pandang Dengar).
Bukan itu sahaja, malah
telah dipilih sebagai salah
sebuah sekolah perintis bersama 13 buah sekolah
lain diseluruh Malaysia bagi projek
Rangkaian Munsyi.
Dalam projek ini, dilengkapi dengan sebuah Pusat Sumber
Elektronik di mana 14 buah komputer dan sebuah 'server' disediakan. Di bawah projek yang
diusahakan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeran Pendidikan Malaysia dan
Telekom Malaysia Berhad ini mendedahkan pelajar-pelajar dan guru-guru kepada Internet dan
multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran. Di bawah projek yang sama, Pusat Sumber
SMAKL (Perpustakaan) dilengkapi dengan sistem pengurusan berkomputer. Dalam pada masa
yang sama projek-projek keceriaan sedang giat dijalankan dalam usaha memprindahkan lagi
persekitaran sekolah. Atas kesungguhan warga
,
telah dipilih
untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam
Pertandingan 3K - Kebersihan, Keceriaan dan
Kesihatan.
juga memenangi
Anugerah Johan Kurikulum Sekolah Menengah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (1995) dan
Anugerah Sekolah Harapan Negara Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (1996).