Proses Kemasukan Pelajar-Pelajar Ke Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur
Syarat-syarat kemasukan pelajar ke tingkatan 1
- Berumur antara 12-13 tahun.
- Tamat darjah 6 peringkat sekolah rendah.
- Menjalani ujian bertulis dan lisan yang akan diadakan oleh pihak
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
- Lulus 4A dalam peperiksaan UPSR (3A 1B akan ditawarkan, jika ada kekosongan).
- Warganegara Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan ke tingkatan 4 (1994)
*
- Memperolehi keputusan minimum dalam PMR 1993 seperti yang berikut :
| M.PELAJARAN |
GRED |
| P.Islam |
B |
| B.Melayu |
C |
| B.Inggeris |
C |
| B.Arab |
C |
| Kemahiran Hidup |
C |
| Matematik |
C |
| Sains |
C |
| Sejarah |
C |
| Geografi |
C |
- Calon yang mendapat gred D dalam B.Arab (K) dan gred C dalam pendidikan Islam serta
memenuhi syarat minimum bagi matapelajaran lain seperti dalam perkara 1 di atas
boleh dipertimbangkan atas rayuan.
- Calon-calon yang tidak memenuhi syarat 1 dan 2 di atas ditempatkan di sekolah menengah biasa yang berdekatan.
- Dilahirkan tidak awal dari tahun 1977.
- Mempunyai rekod disiplin yang baik.
Syarat-syarat kelayakan ke tingkatan 6 Rendah (1994)
*
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1993.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
- Mendapat kepujian dalam B.Arab (K) dan lulus B.Arab (T).
- Lulus mata pelajaran Quran Sunnah, Syariah Islamiah dengan salah satu daripadanya kepujian.
- Jumlah agregat tidak lebih 16 unit atau tiga mata pelajaran terbaik.
- Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak lebih 20 tahun.
*
Tertakluk kepada perubahan semasa / terkini
Maklumat terkini boleh didapati di sini
http://venus.igalaksi.com/smakl/sekolah/kemasuk.htm
Sejarah Penubuhan
Moto SMAKL
Lencana
Lagu Sekolah - "Sekolah Tercinta"
Proses Kemasukan Pelajar ke SMAKL
Sebarang maklumat tambahan dan cadangan amat dihargai.
Copyright (R) 14 of October,
1998