Assalamualaikum,
Sejak dilancarkan 14 Oktober 1998, pihak laman ini telah
menerima beberapa penghantaran borang (yang tersedia di laman ini) daripada
x-SMAKL(putera &
puteri), SMAKLian dan Tenaga Pengajar SMAKL sendiri. Walaupun ia
masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki dan dikelolakan, pihak
kami sedaya upaya membentuk suatu halaman yang mencerminkan
kehendak komuniti SMAKL.
Sambutan seperti ini menunjukkan betapa warga SMAKL memang
menanti-nantikan halaman SMAKL kita sendiri.
Sungguhpun halaman ini bukan halaman rasmi sekolah kita,
pihak laman ini amat berharap laman ini dapat merealisasikan
hasrat kita semua.
Insyaallah, pada masa-masa akan datang, laman ini akan dikenali
sepertimana SMAKL dikenali diseluruh tanahair.
Wassalam.
Former SMAKL
From:
"zaleha othman" Add to Address Book
To:
[email protected]
Subject:
ingat tak?
Date:
Fri, 06 Nov 1998 09:22:17 PST
Assalamualaikum,
Salam sejahtera kepada semua warga SMAKL yang menjayakan homepage
ini. Tahniah cikgu ucapkan kepada semua. Cikgu tak ada apa-apa yang
nak diperkatakan, cuma cikgu as guru yang agak lama dengan SMAKL iaitu
sejak tahun 1990 lagi, begitu berbangga dengan kejayaan demi kejayaan
yang diraih oleh warga SMAKL dari semasa ke semasa. Cikgu dapat
rasakan
yang mengusahakan page ini pun tentu mengenali dan merupakan antara
students cikgu. Betul tak?
So, di mana saja anda berada dan apa jua yang anda lakukan cikgu
senantiasa mendoakan agar kalian berjaya dan jadilah insan yang
berilmu,
beramal dan beriman sesuai dengan visi SMAKL.
Jumpa lagi....wassalam.
Sejarah Penubuhan
Moto SMAKL
Lencana
Lagu Sekolah - "Sekolah Tercinta"
Proses Kemasukan Pelajar ke SMAKL
Berikan komen anda kepada ALUMNI