
![]()
![]()
Mama .. kulontarkan segala rindu ini agar dapat melayari nota-nota pelajaran demi hari esok. Di kala kesunyian ini mengajarku erti sebuah kehidupan yang terlalu pahit untuk kutelan. Ma ..malah akunsendiri tak mengerti perasaanku, jika malam-malam begini bersama buku-buku pelajaran rinduku padamu begitu mencengkam haitku,aku rasakan berpisah jau darimu merupakan satu penyeksaan bagiku ma seolah-olah aku berada jauh terasing dari semua insan yang bergelar manusia. Ah! Alangkah kerdilnya diriku rasakan Ma .Namu mama ..demi hari esok aku terpaksa berada di sini, di daerah yang jauh dariku, aku terpaksa belajar melupaimu dan memujuk hatiku agar tidak terlalu mengingatimu ..Aku harus tekun bersama studyku ma .aku harus rawat segala luka lara dan deritamu .Aku tahu penderitaanmu .aku tahu penderitaanmu ma aku tahu hati dan perasaamu Semuanya aku mengerti ma namun apakan dayaku aku terlalu lemah .ma, terlalu lemah .
Ma sesungguhnya kau terlalu kagum dengan dirimu, kau sentuiasa mengukir senyummu walaupun hatiku sengsara derita, kau masih mampu melindungi segala resah dan gelora hatimu padaku ma tapi ma aku tahu senyummu, senyum adalah lambang sekeping hati yang derita .
Justeru ini mamaku sayang, dari kejauhan ini, aku terpaksa mengumpulkan sisa-sisa derita semalam untukku jadikan pendorong untukku terus maju ke hadapan. Aku berjanji ma akan kulipatgandakan lagi usahaku agar segala impianku membasuh segala resah hatimu tercapai.
Aku berjanji ma akan kubelai segala duka nestapamu akan rawat luka sedih hatimu, setiap air matamu yang gugur akan kujadikan mutiara bahagia untuk kukalungkan di lehermu ma percayalah mamaku sayang .. akan kunoktahkan segala derita sengsara hari semalam dan esok . Akan kusinari cahaya gemilang dalam hidupmu ma . Aku mahu lihat setiap kali senyum yang terukir di bibirmu adalah tanda kebahagiaan yang benar-benar lahir dari jiwamu.
"Mama . seringkali aku kembara rasa, setiap detik dan saat nadiku dalam denyut memaksa aku berusaha sedaya upaya untuk tidak terus bernafas dalam kabus tebal ini ma . kini ma aku sering diburu mimpi-mimpi ngeri, hatiku sering digayut perasaan resah dan gelisah ma aku takut suatu saat nanti aku akan tersedu menangis mengenangkan impianku merawat duka laramu tak kesampaian, aku takut ma terlalu takut bila aku memikirkan saat itu ..
Mamaku sayang . Sesungguhnya akulah nadi kehidupan. Hidup tanpamu tiada ertinya ma terasa hatiku kosong dan hampa dan dari daerah sepi ini tiada lain yang kuharapkan darimu foakanlah kejayaanku ma doakanlah kejayaanku percayalah mamaku . Suatu saat nantikan jua segelas pelangi seri menghiasi hidupmu . percayalah ma sesungguhnya engkaulah segala-galanya bagiku .!!!
![]()
Kesunyian bagiku membosan pada pagi Jumaat. Almaklumlah hari ini hari minggu. Masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang membasuh, mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang sedang membuat tahi mata. Namun begitu kesunyian ini mengingatkanku pada kakak sulungku yang telah meninggal. Aku akui yang aku memang manja dengan kakaku ini. Dulu aku dilahirkan dan dibesarkan di tanah suci Mekah. Di situ jugalah aku ditemani oleh kakak. Dimana ada kakak, di situ jugalah ada aku. Apapun yang aku ingin, pasti ditunaikan oleh kakakku. Kakak telah bertemu jodoh ketika berusia 20 tahun. Namun begitu kasih sayangnya padaku tidak pernah luntur.
Ketika aku berusia 3 tahun, keluargaku berhijrah ke Malaysia. Kakakku tidak turut serta kerana pada masa itu dia sedang mengandungkan anak sulungnya. Aku berasa sedih kerana kakak tidak turut serta tetapi kakak telah berjanji bahawa dia kan melawatku bersama anaknya dan abangku di Malaysia suatu hari nanti.
beberapa tahun kemudian ..
Suatu hari dengan tidak disangka-sangka, kakak telah datang ke Malaysia bersama dengan suami dan anaknya. Seluruh keluargaku gembira dengan kedatangan kakak. Namun begitu, kegembiraan yang dikecapi cuma seketika. Kakakku, Asiah terpaksa pulang semula kerana abang iparku ada kerja yang perlu diselaikan di sana. Mereka akan menaiki kapal terbang di Bangkok. Ketika berada di Bangkok, kakak telah diserang sakit kepala dengan tiba-tiba. Dia meminta suaminya agar menunda penerbangan hari itu. Akhirnya mereka kembali semula ke rumahku.
Sesampainya sahaja di muka pintu, kakak terjatuh. Aku dan keluargaku terus menrpa ke arah kakak.
Kakakku telah dihantar ke Hospital Besar Jerteh dengan segera. Selepas itu, kami semua berasa sangat terkejut apabila diberitahu bahawa kakak menghidapi penyakit"Barah Otak" yang serius. Kakak ditempatkan disebuah wad dihospital tersebut. Selepas beberapa hari berada di situ, akhirnya kakakku dihantar ke hospital Kubang Kerian dalam keadaan tenat. Aku berasa sangat sedih mwelihat keadaan kakakku. Pelbagai jenis wayar yang terdapat di badannya. Ya Allah, selamatkanlah kakakku. Hanya itu yang mampu aku doakan buat seorang kakak yang penyayang.
Tnggal 24/4/99, suatu peristiwa tragis telah terjadi. Ketika itu, aku bersama keluargaku berada di halaman rumah. Deringan telefon yang tak henti-henti mendebarkan hati kami. Menerusi panggilan itu, aku mendapat tahu yang aku telah kehilangan seorang kakak yang amat aku kasihi. Seorang anak telah kehilangan seorang ibu. Kakakku Asiah, telah pergi, pergi bersama angin semilir petang.
Pipiku terasa hangat, namun kubiarkan air mataku mengalir laju. Kakak Hanya doa yang dapatku hulurkan sebagai balasan atas kasih sayangmu. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu setiap masa. Kak semoga rohmu ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.
Amin .!
Tingkatan 3 Mutiara senyap sunyi. Semuanya diam menghadapi buku sejarah. Bila-bila masa sahaja singa bengis akan muncul. Nizam, Anuar dan Nazuan tersengih. Sebentar lagi, satu lakonan akan ditayangkan. Cikgu Anita akan menrima habuan yang melucukan. Tiada sesiapapun yang mengetahui rancangan ini melainkan aku, Anuar dan Nazuan. Sahaja.
Kedengaran tapak tapak kasut yangs emakin laju membuatkan 3 Mutiara semakin tekun menghadap buku.
Bangun!
Izuan selaku ketua mengucapkan salam penghormatan diiringi yang lain.Siapa yang bertugas hari ini tak ke papan hitam kotor ni . Cikgu Anita menunding jari ke arah papan hitam di depan. Semua tunduk membatu. Tak berani nak bertentang mata dengan guru bengis, itu. Wajahnya itu sudah cukup membuatkan semua warga Sri Kenanga pengsan Irwan tiba-tiba berdiri dan melangkah ke depan. Mata Cikgu Anita tepat ke mata Irwan.Nanti disuruh baru nak bergerak? Memang dah dasar pemalas !!!
Cikgu Anita menghempas buku Sejarah di atas meja Nizam. Pen di tangannya terpelanting ke bawah.Hai, pegang pen sebatabg pun lembik ? Tak tahulah kalau pegang 10 batang, mati agaknya Cikgu Anita berdiri di depan. Nazma semakin takut dengan kata-kata Cikgu Anita. Segera dilabuhkan punggungnya.Adui !!! ..
Cikgu Anita mengerang kesakitan. Terasa pedih dan perit, bagaikan satu halilintar menyambar punggungnya. Dia segera bangun dan wajahnya merah padam.Siapa punya kerja, ni hah?Kurang ajar, biadap?Mak bapak tak ajar ke, hah?Nizam, Anuar dan Nazuan menahan lucu. Terlalu lucu melihat wajah Cikgu Anita saat ini. Cepat !! kalau tidak, saya laporkan pada Pengetua ..Cikgu Anita menggosok punggungnya yang masih terasa panas dan sakit. Kerusi yang didudukinya tadi hancur lebur. Hati Cikgu Anita tengah mendidih. Segera Cikgu Anita mencapai buku di atas meja dan keluar tanpa ucapan salam. Sanggup anak murid mempermainkan gurunya sendiri.
Nizam, Anuar dan Nazuan ketawa mengekek menahan lucu. Lucu dengan perlakuan Cikgu Anita yan kelam kabut. Hati mereka puas dapat mempermainkan Cikgu yang garang dan bengis itu. Tak pernah jumpa Cikgu macam itu .Biarlah Cikgu Anita sedar sikit, bukan sahaja Cikgu ada perasaan, aku dan yang lain jugak ada perasaan. Seingat Nizam, sudah 9 kali dia dirotan oleh Pengetua. Anuar 8 kali dan Nazuan 7 kali. Kesalahannya bukanlah merokok, mencuri, merosakkan harta benda awam tapi .. kegiatannya ialah suka membuat rancangan yang panas dan pasti menggemparkan warga Sri Kenanga.
Nizam !!! Ni mesti kerja kau ni ..betul tak ? Nizam membulatkan matanya. Tuduhan yang dibuat oleh Zana betul-betul mengejutkannya. Oi Zana, sorry la ye .! Cari Nizam lainlah kalau buat kerja macam tu ..Njzam berdiri sambil bercekak pinggang. Nak kena Si Zana ni ..kalau dia tahu mampuslah aku kena sembelih kat Pengetua. Pengetua dah pun bagi warning, kalau buat lagi 5 rotan dia akan bagi kat punggung. Tapi aku, Anuar dan Nazuan tak pernah serik. Pejam celik, pejam celik .2 November 1998. Rasanya baru semalam aku jejak kaki kat Sri Kenanga ni
Aku jawab pun hentam je .. Masuk hari ni dah hari terakhir exam. Otak aku pun dah ligat dan sentiasa berputar. Tak tahulah dapat berapa result. Harap-harap dapat A. Perang aku pun dah habis .selamat kali ni Pengetua terkejut kembali. Nizam, Anuar dan Nazuan buat lagi. Kali ni Cikgu Aita sendiri yang mengadu. Mereka bertiga telah masukkan cicak ke dalam minuman Cikgu Anita dan membuatkan Cikgu Anita muntah-muntah. Makcik Tijah selaku jurujual di kantin terkejut dengan kelakuan Cikgu Anita yang seperti dirasuk hantu.
Hari ini, Pengetua memanggil mereka bertiga ke pejabat. Sebagai balasannya, mereka bertiga dihukum rotan sebanyak 5 kali di punggung. Selepas menerima hukuman, terbit tanda keinsafan di hati masing-masing.Seminggu kemudian, result keluar. Masing-masing dengan result sendiri. Begitu juga dengan aku, Anuar dan Nazuan. Aku hanya dapat 5A, 2B dan 1C, Anuar 3A, 3C dengan 2D dan nazuan paling mengecewakan. Dia hanya memperolehi 1A sahaja. Tapi, apa nak buat .sudah ditakdirkan. Hari itu juga merupakan hari jadi Cikgu Anita. Seisi penghuni 3 Mutiara meraikannya dengan gembira. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Kini 3 Mutiara kembali ceria. Perang pun dah habis tapi ..satu lagi perang belum berakhir SPM!!!.
"Habis tu apa kakak mahu dari adik?," katanya mula meninggi, hatiku terguris. Belum pernah meninggikan suara terhdapku.Dalam usia yang masih muda aku mula hidup tanpa ayanh di sisi. Ayah meninggalkan kami akibat kecuaian memandu semasa perjalanan pulang. Dalam seusia ini, aku rindukan pada belaian dan kasih sayang pada seorang insan yang bernama ayah. Ibulah yang menjadi ayah, ibu memberi kasih-sayang sehinggakan aku lupa aku anak yang dibesarkan tanpa kasih-sayang seorang ayah.
Dari bilik, batuk ibu jelas kedengaran memecah kesunyian malam yang bening. Aku cuma mampu mendengar segala keperitan dan belas kasihan di sudut hati. Aku sangat kasihan melihat Ibu membanting tulang untuk membesarkan kami berdua. Ibu bekerja sebagai pekerja kilang di kilang plastik dan mengambil upah menjahit pakaian. Kadang-kadang terlintas untuk tidak meneruskan pelajaran. Aku tidak mahu menyusahkan Ibu lagi. Aku tidak mahu, Ibu jadi sakit. Biarlah peluang belajar diberi pada adik untuk menikmati keselesaan belajar. Biar dengan pengorbanan ini ibu tidak lagi bekerja dalam dua pekerjaan. Namun di sebalik hasratku itu, aku juga mengerti Ibu akan menghalang hasratku, Ibu mahu aku dan adikku menjadi insan berpelajaran tinggi dan berguna apabila besar kelak. Cukuplah Ibu menderita asalkan anak-anak bahagia. Sememangnya aku mengkagumi semangat Ibu.
Aku termenung sendiri memikrkan perbuatan yang ketara pada adikku. Adik yang mula menjejaki kaki ke alam menengah mula berjinak-jinak dengan budak-budak yang tidak mempunyai masa depan. Aku tidak mahu adik terjebak ke lembah yang hina. "Adik tahu tak apa yang adik lakukan sekarang? Perbuatan adik boleh membuatkan Ibu susah hati", aku cuba menasihati adik sewaktu Ibu tiada di rumah. Adik mencampak majalah URTV dengan kasar.
Ternyata aku tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang adik dari terlibat dengan kumpulan itu. Aku terpaksa menceritakan hal itu setelah nasihatku tidak dihiraukanyan. Aku harap adik akan sedar tetapi. .harapan aku musnah. Adik dengan berani melawan dan terus meninggalkan rumah. Malam itu aku mendengar suara Ibu menangis. Aku sedar betapa hancurnya hati Ibu melihat perubahan adik. Di dalam esakan itu, aku dapat mendengar suara Ibu menyalahkan dirinya kerana gagal mendidik adik menjadi insan yang berguna. Aku turut menangis di bilik. Akhirnya aku terlena bersama air mata sengsara.
Selepas tiga hari adik aku mehgilang, akhirnya dia pulang tetapi ditemani oleh seorang anggota polis. Aku terkejut melihat perubahan pada diri adik. Dari apa yang diberitahu adik seorang penagih dadah dan cuba mencuri. Degup jantungku bagaikan sudah terhenti. Akibat dari kejadian itu, aku dan Ibu disisih oleh masyarakat kampung. Mereka mengeji Ibu tidak pandai menjaga anak. Mereka menuduh Ibu tidak berguna dan . banyak lagi fitnah yang dilemparkan kepada Ibu.
Sekali lagi mendung berarak dalam hidupku. Ibu diberhentikan kerja dengan alasan kilang tempat Ibu bekerja hendak mengurangkan pekerja. Sekali lagi kami terpaksa hidup dengan upah menjahit pakaian. Kesusahannya amat terasa. Aku tidak mampu lagi membayar yuran PMR. Dalam kelas cuma aku yang tidak menjelaskannya. Aku hanya mampu menahan kesedihan yang berterusan menimpaku. Pernah sekali aku ucap pada Ibu tentang yuran itu. Ibu tidak berkata apa-apa cuma air amta yang mengucapkannya. Sejak hari tu, aku lebih senang terdiam. Aku mengerti walaubagaimanapun caranya, Ibu akan menjelaskannya.
Suatu malam, ketika aku mengulang kaji pelajaran, Ibu datang kepadaku. Di tangannya terdapat beberapa keping not merah. "Ika, jelaskan yuran PMR dengan duit ini". Ibu tidak mahu melihat Ika gagal mendudukinya. "Ika satu-satunya harapan ibu menjamin masa depan kita" kata ibu sambil menguntumkan senyuman di bibir tuanya. Namun ku tahu erti senyuman itu. Aku tidak dapat membendung perasaan ku lag, tubuh ibu ku dakap erat.
Sistem Rawatan Yang Saintifik
Homeopathy ialah satu sistem rawatan perubatan yang saintifik yang berdasarkan penyelidikan yang rapi, ujian yang intensif dan keberkesanan terbuka dari pengesahan klinik-klinik di merata dunia (clinical verification) semenjak 170 tahun lagi. Homeopathy bukan sistem perubatan tradisional seperti yang disalah mengertikan..
Daripada penyelidikan yang rapi, dengan izin Allah, penyakit sembuh dalam erti kata yang sebenarnya dan lebih pantas daripada kaedah-kaedah perubatan yang lain kerana pesakit diberikan ubat yan serasi dengan rasa sakit dan gambaran sakit (symptons) bukan dengan cara memberi kelegaan sementara melalui pembenaman dan sebagainya.
Daripada ujian intensif, dengan izin Allah, penyakit yang telah gagal dirawat secara lain telah dapat disembuhkan dengan rawatan Homeopathy kerana rawatannya yang teliti dan menyeluruh serta mengubati punca-punca atau ibu penyakit (apa yang dinamakan "MIAMS") iaitu satu penemuan dan kemajuan yang tidak terdapat di dalam sistem rawatan lainnya.
Sistem rawatan Yang Rasional
Homeopathy ialah sati sistem perubatan yang rasional kerana menimbang rasa dan bersimpati kepada pesakit dan menghormatinya manusia sebagai bahan eksperimen atau sebagai manusia mesin (mechanical).
Orang yang mendapat sakit itu beerti kuasa hayatnya telah lemah. Pengubatan cara Homeopathy, pesakit diberi bukan setakat sakitnya tetapi keseluruhan manusia itu dengan mengembalikan "kuasa hayat" di dalam dirinya. Kuasa hayat yang kuat inilah akan "menelan" penyakit yang dihidapi, mengelak serangan-serangan baru penyakit justeru mengekalkan kesihatan badan seseorang itu.
Simpati dan timbangrasa terhadap pesakit ternyata dari usaha dan ikhtiar perawat-perawat Homeopathy mengelakkan pesakit dari pembedahan. Ramai pesakit yang sewajarnya menjalani pembedahan dengan kaedah perubatan yang lain, dengan izin Allah telah sembuh melalui rawatan Homeopathy tanpa sebarang pembedahan.
Pesakit-pesakit mempunyai "daya penerimaan" yan berbeza-beza. Ada pesakit yang lebih lemah daripada yang lain, ada yang lebih pemarah daripada yang lain, ada penyedih, ada yang lebih emosi daripada yang lain, ada yang menggemari sejenis makanan yang tertentu sedangkan makanan yang sama itu boleh membawa penyakit kepada seorang yang lain. Ada yang sekali makan ubat sembuh dan ada yang mesti diulangi dan lain-lain lagi. Maka kerana kelainan sifat manusia dan perbezaan penerimaan rasa ini, Homeopathy merawat pesakit-pesakit secara individu dan tersendiri (individualised and personalised).
Homeopathy Dengan Kecergasan Fikiran (Otak)
Sistem Rawatan Yang SelamatTenaga hayat adalah satu bentuk tenaga yang hanya ada jika badan manusia itu tidak dicemarkan dengan bahan-bahan di dalam tubuhnya seperti dadah , bahan kimia , racun dan bermacam-macam lagi yang boleh melemahkannya.
Sistem perubatan homeopathy dapat mengembalikan tenaga hayat secara perlahan-lahan khususnya otak dan fikiran. Oleh itu, sistem ini telah mengemukakan satu penawar, ianya bertindak di sekitar kepala dan fikiran. Ubat ini banyak di gunakan oleh pelajar-pelajar lebih-lebih lagi apabila menghadapi peperiksaan dan seterusnya sejak dibangku sekolah.
Brain Tonic adalah satu penawar kombinasi zat, garam, Bio Chemic yang dihasilkan oleh profesor Dr. W.H.Schuessler dari Jerman untuk kesihatan dan kecergasan otak. Kegunaannya adalah amat sesuai dan tidak ada kesan sampingan kepada pesakit yang lemah otak dan fikiran, beku, malas, cepat lupa, selalu sakit kepala dan nervous , lambat memahami, tension dan ringkasnya membaiki segala kelemahan yang berpunca daripada fikiran.
Ubat ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar, pensyarah, ahli politik dan ahli-ahli perniagaan.
Homeopathy ialah satu sistem rawatan yang selamat. Telah terbukti dari pengesahan klinik (clinical verification) dan pengesahan pesakit-pesakit yang telah sembuh (patient testimony).
"Ubat-ubat Homeopathy yang diperbuat daripada bahan tunggal tanaman, galian, haiwan dan sebagainya adalah tidak mengandungi drug dan tidak wujud kesan sampingan kepada pesakit kerana tiap-tiap ubat diujikan kepada manusia, bukan kepada binatang, maka hanya apabila telah ternyata tidak membahayakan barulah ianya diamalkan oleh klinik kepada pesakit-pesakit.
Ubat Homeopathy adalah selamat dan tidak membahayakan sebab ianya diberikan dalam dos yang amat kecil. Sebenarnya dos yang kecil inilah yang amat berkesan menyembuhkan penyakit-penyakit walaupun agak sukar menghuraikan di dalam ruangan yang ringkas ini. Bagaimana keberkesanan wujud dengan dos yang kecil, bolehlah ianya diibaratkan seperti kuasa-kuasa atom.
![]()
Seorang talamiz yang terpenjara jasadnya
namun bebas bergerak minda .akulah !
Seorang talamiz yang dilalaikan oleh
Waktu dan masa ..akulah
!Seorang talamiz yang tertipu oleh
Keterpesonaan dan keangkuhan duniaraya akulah !
Seorang talamiz yang memandang remeh akan
Dunia pelajarannya ..akulah !
AKAN TETAPI .
Seorang talamiz yang menggantungkan
Impiannya di langit kirmidzi ..
Seorang talamiz yang meriwayatkan pencariannya
Dalam cerpen persekolahan semata-mata ..
Seorang talamiz yang berkasih-kasihan dengan
ilmu ..
Seorang talamiz yang bergurukan seorang
Pengilmu ..
Seorang talamiz yang mengintip jalan
yang terang menuju matlamat tetap .
Seorang talamiz yang melayari bahtera keimanannya
Bergelombangkan hasad ..
AKUKAH ???
Realitinya .
Seorang talamiz itu masih gagal mengilmukan dirinya
Tanpa nur dan hidayah daripada penciptanya
Yang Maha Esa .ALLAHUAKBAR !!!
Nukilan,
Siti Salmi (1A)
Siti Nor Mawati (1B) '98
Bersama restumu Ittifakiah
Aku kini bisa melangkah
Menghampiri puncak jaya
Yang penuh onak duri
Bersama restumu Ittifakiah
Aku kini tidak mengalah
Dalam menempuh dunia permodenan
Yang penuh pencaroba
Bersama restumu Ittifakiah
Dalam samar
Cemburu datang menggoda
Namun kutabah juaBersama restumu Ittifakiah
Kan ku gagahi jari jemariku
Bersama keringat yang masih ada
Kan ku jadikan memori dalam hidupDi celah-celah helaian daun
Kau bangun dengan begitu megah
Bersama hilai tawa
Anak didik yang berjayaBersama restumu Ittifakiah
Guru-guru dan rakan-rakan
Doamu tetap ku semadikan
Abadi untuk masa depanTerima kasih guru ..
Ittifakiah pendidikku
- Nukilan rasa,
Akma & Elly
2D '98
![]()
TUHANKU
Masih adakah ruang untukku
Berbicara pilu
Berbicara rindu
Berbicara sendu
Berbicara duka yang terluka
TUHANKU
Masih adakah ruang untukku
Mengharungi lautan kasih
Mengharungi samudera kehidupan
Penuh gersang, tandus teramatTUHANKU
Masih adakah ruang untukku
Menyusun kata pada bicara yang terlanjur
Menyusun laku pada perbuatan yang terdahulu
Kembali dalam diri .. bertafakur seketika
Cuma menyesali diriTUHANKU
Masih adakah ruang untukku
Membasuh luka ditangan
Luka berdarah, hanyir dan bernanah
Tangan yang menggengam janji yang termungkir
Dengan langkah yang pincang
Mengharungi lautan lesuTUHANKU
Masih adakah ruang untukku
MEMOHON DOA TERANGKAT MAKRIFAT?
- Cetusan Rasa
S.Yuhana Yusuf
5 Sastera 1
![]()
Bila waktunya menjelang
Dari segal pembentungan
Hanya menanti saat-saat saja
Menenpuh perjuanganBila tiba waktunya
Ku dalam perjuangan itu
Tentanglah dia
Dengan segala ketabahan
Dengan segala ketelitian
Dengan segala perancangan
Supaya kau tewas ditengah lautanSaat peperiksaan
Aku adalah seorang pejuang
Yang mahu kemenangan
Dan juga kuharapkan
SepertikuDan jika masih gagal
Bukan bererti tewas
Malah itu adalah kemenangan
Dalam pengajaran
- Cetusan Rasa
SUE 2D
![]()
ILMU
Tanpamu siapalah aku
Dari engkaulah aku mempelajari ..
Yang menentukan masa depanku ..
Untuk berjaya dalam hidupILMU
Engkaulah aku cari selama ini .
Yang menjadi pegangan hidupku .
Tersemat di dadaku terlekat di hatiku
Tanpamu hidup ini tidak bermakna .ILMU
Engkaulah penolongku dan azamku
Menguatkan semangatku .
Menempuh rona-rona hidup .
Untuk mencapai kejayaanILMU
Engkau sentiasa berada di sisiku .
Di mana jua aku pergi .
Engkau hadir dalam hidupku .
Di mana aku mula melangkah .ILMU
Engkaulah segala-galanya bagiku
Dalam menempuh cabaran
Aku mengucapkan terima kasih ..
Padamu .
- Hasil Nukilan
Elismiera Suehaila
3 ERT 2,'98'
![]()
GURU
Dikaulah lambang kwjayaan
Tanpa dirimu gelaplah dunia ini
Kau umpama dian yang menerangi hidup
Sedangkan dirimu terbakarGURU
Keikhlasanmu membuatkan kami terharu
Kadangkala kami menyesal mengingkari perintahmu
Kini kami tahu, tanpamu!!
Sinar kejayaan tak mungkin bersamaku
Dan mungkin hidupku terumbang-ambing
Di lautan tak bertepiGURU
Kaulah pelita setiap kegelapan
Dan balasannya, hanya kejayaan
Yang kau pinta darikuGURU .
Seakrab sahabat, menjadai obor hikmat
Kubuihkan ilmu, mencari nur dan hidayah
Besarnya pengorbanan yang kau pertaruhkan
Jasmu itu akan kukenang
Hasil Kegigihan
- Nukilan rasa
Fazanah Mohd
4 Arab 2
![]()
Apabaila aku melihat alam ini
Aku membayangkan
Betapa besarnya
Betapa Kudrat dan Iradatmu
Pencipta Arasy yang maha luas
Betapa kerdilnya diriku
Menanggung dosa iniAdakah belum terlambat bagiku?
Untuk bertaubat kepadamu YA ALLAH
Malam itu, kurasakan bagai ada sesuatu
Yang menikam kalbu
Terasa meresap dihati sanubariku
Bergoncang seluruh jiwa ragaku
Air mataku mengalirTerasa keinsafan mula melanda diriku
Di ketika itu
Terbayang wajah kedua orang tuaku
Berbagai seksaan yang akan kuhadapi
Terhadap dosa yang aku lakukan
Dan di waktu itu
Aku sujud kepadamu YA ALLAH
Memohon keampunan
Agar segala dosa yang telah kulakukan
Terlerai dengan keimanan
- Cetusan rasa
Ramlah Daud
4 Arabic 2
![]()
IBU
Kau seorang wanita yang berwawasan
Kau seorang isteri yang solehahdan
Kau seorang ibu yang mithali
Di telapakmu terbentuk Jannah yang muliaIBU
Hanya kau sahaja yang dapat memahami perasaanku
Hanya kau saja lagi tempatku bermanja
Dan hanya kau saja lagi
Tempatku mengadu nasibIBU
Kaulah yang paling kusayangi
Kerana kaulah yang telah banyak berkorban untukku
Kau telah banyak menghabis masa
dan tenagamu demi kebahagiaanku
Sewaktu melahirkanku kau telah berjihad
ke jalan Illahi
Nyawa bagai di hujung rambut
IBU
Ku rasa bersyukur kerana kau dan aku selamat
Dalam tragedi ngeri itu, hanya Tuhan yang tahuIBU
Engkau seorang yang tabah
Penorbananmu tiada bandingannya
Pahit getir ditempuhi sendiri
Ibu, akan kujadikan kau sebagai contoh tauladan
Buatku dihari mendatang
- Hasil Nukilan
Ahaty Akashah
![]()
Mengharapkan satu perjuangan
Yang bias diberkati
Mengharapkan satu perjuangan
Yang bisa mengerti
Itulah jasamu guru
Keluhan demi keluhan di bibirmu
Menaggung kerenah anak buah
Kerap menghampakan
Bimbang akan harapanmu
Resah akan perjuangan
Terimalah lambaian terakhir dari kami
Senyum saja yang kami hulurkan
Tangis rindu yang terhambar
Suatu hari nanti kami akan ingat
semua baktimu yang tersuratSekian dan salam hormat
Buatmu guru
Dan semua pendidik
Yang pernah mencurahkan ilmu
- Salam ingatan di angin lalu
AIN 5 ARAB 1 '98'
![]()
S : Satu nama yang cukup indah
E : ekoran daripada namamu yang indah
K : kaku sejenak tika mengenangkannya
O : otak berpusing ligat
L : lambaian menggamit jiwa
A : antara suka dan duka
H : hidup di bumimu yang bertuah
M : menanti satu sinar kegemilangan
E : entah hadir atau tidak
N : niat di hati sesuci embun pagi
E : esok sebagai penentunya
N : namun ku kuatkan semangat
G : gagah berdiri
A : antara kukuh dan teguh
H : hanya untukmu jua
A : aku megah dengan dirimu
G : gagah perkasa lagakmu
A : antara dunia dan akhirat
M : menjadi pentas wacana mengukir nama
A : anak-anak watan mengukir nama
I : ilmu yang direncahkan untuk Satu
T : titian indah bagi satu perjalanan
T : tuju hala yang mantap lagi konkrit
I : igauan dan khayalan dileraikan
F : fantasi bagi realiti
A : agar diri tidak tersimbah kekufuran
K : kelkatu malam pun berlalu
I : ilusi menunjah kenangan
A : akanku ukir indah namamu
H : hidup ittifakiah !!
![]()