MENGENAI KAMI :
SK Taman Universiti 4
`KE ARAH KECEMERLANGAN TAHUN 2005'
Matlamat, Misi dan Visi
Lokasi
Lagu sekolah
Pencapaian UPSR

Panorama sekolah

Logo sekolah

Laman utama

PENTADBIRAN


Nama Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 ini dipilih berdasarkan lokasinya di Taman Universiti dan ianya merupakan projek pembangunan sekolah yang keempat di kawasan tersebut. Mulai 16 Oktober 2003, SK Taman Universiti 4 beroleh Guru Besar baru iaitu Pn. Hjh Tuan Rafingah bt Tuan Soh bagi menggantikan tempat pengasasnya Pn. Tumirah bt Jemon yang ditukarkan ke SK Taman Universiti 1. Beliau yang dulunya bertugas di SK Perempuan Jalan Yahya Awal Johor Bahru, kini meneruskan budaya kecemerlangan yang diwarisi sebelum ini dengan bantuan guru-guru penolong kanan dan seorang penyelia petang.

SK Taman Universiti 4 telah dibina di atas keluasan tanah seluas 8.67 hektar. Kawasan berumputnya kira-kira 6 hektar sementara yang lainnya menempatkan 3 blok bangunan dan sebuah kantin. Ketiga-tiga blok tersebut adalah blok A ( Blok Pentadbiran ), blok B ( Blok Akademik 1 ) dan blok C ( Blok Akademik 2 ). Ketiga-tiga blok juga mempunyai tiga aras iaitu aras bawah, aras satu dan aras dua.


KEDUDUKAN GURU DAN MURID

Pada tahun 2005, bilangan murid SK Taman Universiti 4, Johor Bahru telah bertambah menjadi 1058 orang murid. Kekuatan gurunya pula seramai 57 orang termasuk 5 orang guru LPBS dan j-QAF serta 2 orang guru sandaran tidak terlatih ( GSTT ). Sebanyak 28 kelas biasa dan sebuah kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Jumlah murid dan guru telah meningkat berbanding 1016 orang murid dan 51 orang guru pada tahun 2004.

SK Taman Universiti 4 masih mengekalkan 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang dengan 18 kelas biasa dan 1 kelas Pendidikan Khas di sesi pagi serta 10 kelas biasa di sesi petang. Jumlah kelas dibuka masih sama seperti tahun sebelumnya dan tidak bertepatan dengan kedudukan TP ( Teachers & Pupils) yang dibenarkan oleh pihak JPN iaitu sebanyak 30 buah kelas. Hal ini disebabkan , SK Taman Universiti 4 tidak mempunyai bilik yang mencukupi untuk dibuka sebuah lagi kelas baru. Maka dengan itu, kelas tahun 4 yang sepatutnya 5 kelas dibuka hanya 4 kelas dan bilangan muridnya sekarang agak padat bagi setiap kelas. Justeru itu kedudukan kelas yang sepatutnya juga telah berubah. Bilik Pemulihan Khas telah diubahkan ke bilik kedai buku yang berada di tingkat bawah blok B. Kedai buku pula dialihkan ke salah sebuah bilik stor bersebelahannya.

KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH

Sekolah ini mempunyai kemudahan bilik-bilik khas akademik seperti makmal komputer, makmal sains, bilik SAC, bilik muzik, bilik audio-visual, perpustakaan, bilik bahan bantu mengajar bilik kemahiran hidup, bilik pendidikan khas, bilik pemulihan khas dan bilik sembahyang.

MAKMAL KOMPUTER

Makmal komputer sekolah ini dilengkapi dengan 21 buah komputer, 2 buah mesin pencetak, 41 buah kerusi dan 21 buah meja. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, pihak jawatankuasa ICT sekolah telah bersetuju untuk menyalin CD pembelajaran yang dibekalkan kepada 20 salinan bagi setiap tajuk. CDRI ini adalah bekalan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan. Satu jadual khas telah disediakan dan dipatuhi oleh kkebanyakan guru sekolah ini.

MAKMAL SAINS

Selain daripada bekalan yang diterima dari Kementerian Pendidikan, pihak sekolah telah berusaha untuk menambah peralatan dan kemudahan bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Sains. Jadual penggunaan makmal adalah berdasarkan waktu mata pelajaran tersebut bagi tahap dua. Usaha menceriakan makmal dilakukan berterusan. Jumlah carta yang ada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih kurang dan perlu ditambah dari masa ke semasa.

BILIK SELF ACCESS CENTRE(SAC)

Digunakan bagi tujuan pembelajaran kendiri. Semua guru Bahasa Inggeris menggunakan kemudahan yang ada. Bilik ini semakin ceria dan dapat menarik minat murid untuk belajar dengan kemudahan seperti kad-kad bacaan, carta, buku-buku cerita, radio dan majalah yang berkaitan.

BILIK MUZIK

Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai alat muzik seperti keyboard, kompang, jidor, maracas, tamborin, gerincing, kastenet dan lain-lain. Carta, buku panduan dan rujukan telah disediakan. Penyeliaan bilik ini dilaksanakan oleh guru-guru muzik mengikut sesi pagi dan petang.

BILIK AUDIO VISUAL

Bilik Audio visual sangat ceria dengan pelbagai kemudahan seperti, kaset, CD, sebuah peti televisyen yang dilengkapi ASTRO, alat pemain VCD, kerusi kuliah yang cukup dan skrin putih. Bahagian TVPendidikan dan ASTRO telah membekalkan jadual berserta tajuk-tajuk pembelajaran. Jadual penggunaan juga disediakan namun masanya tayangan tidak begitu menepati jadual.

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan sekolah menjadi daya tarikan kepada murid-murid untuk menambah ilmu kerana telah dilengkapi dengan buku-buku yang semakin bertambah. Daripada jumlah awalnya hanya 3000 buah, kini telah mencecah kepada lebih 6000 buah buku yang telah diproses. Jumlah perabot juga telah ditambah. Perpustakaan ini dilengkapi permaidani dan menjamin keselesaan murid membaca dengan suasana yang kondusif.

BILIK KEMAHIRAN HIDUP

Terletak di blok C aras bawah. Bilik ini kini lengkap dengan pelbagai alat tangan, carta, akuarium, kabinet dan sebuah tangga. Kedudukan bangku dan meja sering berubah kerana bilik ini sering menjadi bilik operasi bagi majlis-majlis rasmi. Semua pembelajaran Kemahiran Hidup dilaksanakan di bilik ini.

BILIK PENDIDIKAN KHAS

Berada di aras 1 Blok C. Peralatan asas seperti dapur, katil, televisyen, pemain VCD, almari, kerusi meja dan kabinet telah disediakan. Bahan pengajaran dan pembelajaran seperti carta, buku, kad-kad bacaan dan bahan permainan juga telah dibeli daripada para pembekal.

BILIK PEMULIHAN KHAS

Ekoran dari pertambahan bilangan kelas pada tahun ini bilik ini terpaksa dipindahkan dari aras 1 blok A ke tingkat bawah blok B, mengambil lokasi kedai buku sekolah. Bilik ini mencukupi untuk menampung murid-murid mengikuti pembelajaran dengan sempurna. Peralatan pengajaran dan pembelajaran telah ditambah. Dengan inisiatif guru yang ditugaskan kelas telah berjalan dengan penjadualan yang telah disusun.

BILIK PENDIDIKAN JASMANI

Berada di tingkat bawah blok A. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kemudahan Pendidikan Jasmani. Peti lombol, tilam, bola, kayu hoki, jarring, tiang gold dan kabinet-kabinet untuk menyimpan alatan digunakan sepenuhnya di sini. Keadaan bilik ini semakin ceria dan peralatan disimpan secara tersusun dengan kerjasama guru-guru PJK.

BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

Memandangkan bahan bantu mengajar dan peralatan yang semakin bertambah, maka bilik ini telah ditempat ke lokasi yang baru iaitu di bilik bersebelahan dengan bilik muzik. Berbanding lokasi awalnya di bahagian dalam perpustakaan, penggunaannya lebih berkesan di bilik ini kerana lokasinya tidak begitu jauh dari bilik guru dan tidak tersorok. Dari masa ke semasa carta semakin bertambah. Peralatan lain juga sudah bertambah. Bagi membolehkan guru kekal dan membuat kerja di dalamnya pihak sekolah telah berusaha memasang kipas angin dinding dari punca elektrik yang baru.

RASIONAL


Walaupun masih terdapat beberapa kekurangan seperti ABM dan bahan bacaan, pihak sekolah telah berusaha dari masa ke semasa menambahkannya. Pada tahun 2004 ini juga pihak sekolah telah mewujudkan bilik PPSMI yang berasingan mengikut Kohort 1dan 2. Segala peralatan yang telah dibekalkan diurus oleh jawatankuasa PPSMI dan dalam kawalan pihak pentadbiran. Bilik ABM dan perpustakaan juga telah diasingkan dan diperelokkan untuk memudahkan guru dan murid menggunakannya dengan lebih selesa.

Dengan bantuan tenaga guru yang berjumlah 51 orang hanya 43 orang adalah guru terlatih sementara yang lainnya adalah guru sandaran tidak terlatih yang hanya mempunyai satu atau dua tahun pengalaman mengajar. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah dari segi pembelajaran dan kawalan kelas. Walaupun demikian, kursus ‘in-house' telah dan akan diadakan sepanjang sesi persekolahan, untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa. Adalah diharapkan guru-guru sentiasa memanfaatkan kemudahan yang ada dan pihak pentadbir pula sentiasa berusaha ke arah merealisasikan misi dan visi sekolah bagi mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid-muridnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1