::  Menu Utama   ::
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua

LENCANA PUTERI

PUTERI SULONG CEMERLANG

   Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mendapat Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan    Puteri Tengah, dan telah lulus ujian tahap ketiga, iaitu tahap terakhir,  di dalam kurikulum    sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ada di dalam kurikulum tahapnya.

  Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian tahap ini, guru pemimpin perlulah   menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan-soalan ujian dan markah-markah   yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu   salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

  Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap tertinggi diberi   kepada Ahli PUTERI oleh Ibu Pejabat PPIM dengan cadangan dari pimpinan sekolah semasa ahli   berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:

    a)    telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah
    b)    cemerlang di dalam bidang akademik
    c)    mempunyai ciri-ciri kepimpinan
    d)    berakhlak mulia
    e)    berwibawa dan bertanggungjawab
     f)    berwawasan
    g)    penampilan syakhsiyyah yang terpuji
    h)    bertoleransi dan bekerjasama
    i)     Kreatif dan inovatif

    Penganugerahan Lencana dan Sijil Puteri Sulung Cemerlang ini hendaklah disampaikan kepada    Ahli PUTERI yang layak tersebut pada Hari-hari Penyampaian Hadiah Sekolah, atau pada Hari    Ibu Bapa, atau Hari Puteri Daerah dan Negeri.

Puteri Sulong PPIM (Sekolah Menengah)

1. Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Cara-cara membuat surat Rasmi
   1.2 Menguasai Simulasi Mesyuarat
   1.3 Protokol dalam Mesyuarat Rasmi

2. Pendidikan Rohaniah
    2.1 Munakahat
    2.2 Mengetahui cerita-cerita Tentang Wanita Solehah
    2.3 Mengetahui amalan-amalan yang harus dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bakal ayah          semasa anak masih dalam kandungan
    2.4 Mengetahui Cara-cara Menyambut kelahiran bayi

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
    3.1 Sakit Puan
    3.2 Aids

4. Keluarga dan Masyarakat
    4.1 Pergaulan
    4.2 Kebajikan : Menyusun dan Melaksanakan program-program

5. Pendidikan Rumah Tangga
    5.1 Masakan
    5.2 Tahu Cara-cara Pengawetan Makanan dijalankan
    5.3 Gubahan
    5.4 Jahitan
    5.5 Seni keibuan
    5.6 Seni Penampilan Diri

6. Rekreasi dan Riadah : Lanjutan dari aktiviti untuk Puteri Tengah
    6.1 Senaman
    6.2 Permainan
    6.3 Seni Suara
    6.4 Seni Lukis - Tulis/Khat

7. Pertolongan Cemas : Boleh dan mampu memberi pertolongan kecemasan
    7.1 Pemulihan pernafasan
    7.2 Tahu Teknik-teknik Membantu Kelahiran kecemasan
    7.3 Bersalin

8. Aktiviti Luar
    8.1 Lawatan keilmuan/penghayatan

9. Perkhemahan/Perkampungan


                    
Contoh Lencana                                 Contoh Sijil

page 4 of 6

Best viewed with IE 6.x at 800x600 pixel resolution with at least 16 bit colour depth
© Copyright Sek Keb Dua Kuala Kubu Bharu- All rights reserved
Hosted by www.Geocities.ws

1