::  Menu Utama   ::
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua

PERLEMBAGAAN

Fasal 1 : Nama dan Alamat.  
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama ..........................................................................
   .........................................................................................................................................   

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah ...............................................................
   .........................................................................................................................................   

Fasal 2 : Tujuan Persatuan

i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin     murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian

i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam    semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan     dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
- memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan.
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan
i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala    mensyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan     surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan     persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan     berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat     kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan    mesyuara agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara    itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai    perkara itu adalah muktamad.
Fasal 10 : Pembubaran
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir    sekolah.

..................................................
(NAMA & T.TANGAN PENGETUA)

.............................................................
(NAMA & T.TANGAN PEN KANAN HEM)

Best viewed with IE 6.x at 800x600 pixel resolution with at least 16 bit colour depth
© Copyright Sek Keb Dua Kuala Kubu Bharu- All rights reserved
Hosted by www.Geocities.ws

1