::  Menu Utama   ::
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 
›› 

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua

LENCANA PUTERI
PUTERI BONGSU

    Lencana ini diperolehi setelah ahli puteri lulus ujian tahap sekolah rendah berdasarkan
    
soalan-soalan yang telah ditetapkan di dalam kurikulumnya.

    Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlu     menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak beserta soalan-soalan ujian dan markah-markah     yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu     salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.

Puteri Bongsu PPIM (Sekolah Rendah)

1. Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
   1.1 Sejarah Penubuhan PPIM
   1.2 Struktur organisasi PPIM peringkat sekolah
   1.3 Senarai tugas dan bidang jawatankuasa PPIK sekolah
   1.4 Mengetahui, menganalisis, menghayati dan menghafal
   1.5 Pakaian Seragam
   1.6 Lencana PPIM
   1.7 Bendera
   1.8 Asas Kawad Kaki
   1.9 Tatacara Perjumpaan

2. Pendidikan Rohani
   2.1 Mengetahui Sejarah Islam
   2.2 Taharah/Bersuci
   2.3 Solat Fardu dan hikmatnya

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
   3.1 Ciri-ciri Kesihatan diri
   3.2 Rohani
   3.3 Keceriaan Alam Sekitar
   3.4 Penyakit Berjangkit

4. Keluarga dan Masyarakat
   4.1 Bentuk-bentuk dan jenis-jenis Perhubungan dalam masyarakat
   4.2 Menghargai dan menyayangi dengan baik barang-barang dalam jagaan
   4.3 Kemudahan Awam

5. Pendidikan Rumah Tangga
   5.1 Mengetahui jenis-jenis Jahitan Asas
   5.2 Penjagaan
   5.3 Kraftangan
   5.4 Masakan

6. Rekreasi dan Riadah
   6.1 Permainan
   6.2 Seni Suara
   6.3 Seni Lukis - Tulis/Kaligrafi/Khat

7. Pertolongan Cemas - Memahami Tentang Kecederaan dan Rawatan
   7.1 Kecederaan
   7.2 Alat dan bahan merbahaya
   7.3 Anduh dan Balutan
   7.4 Kotak Pertolongan Cemas

8. Aktiviti Luar
    8.1 Mengadakan aktiviti luar dengan tujuan mengenal alam semulajadi

9. Perkhemahan atau Perkampungan
   9.1 Mengetahui asas ikatan
   9.2 Melaksana perkampungan dalam kawasan sekolah selama satu hari - pagi hingga petang.

 PUTERI BONGSU CEMERLANG

     Anugerah peringkat tertinggi ini diberi kepada ahli-ahli yang telah mendapat sijil tahap Puteri      Bongsu. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada di tahun ke 6 persekolahan      ataupun di tahun ke 3 dalam Pergerakan, berdasarkan kriteria seperti berikut:

     a)    telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu)
     b)    cemerlang dalam bidang akademik
     c)    mempunyai ciri-ciri kepimpinan
     d)    berakhlak mulia
     e)    berwibawa dan bertanggungjawab
     f)     berwawasan
     g)    penampilan syakhsiyyah yang terpuji
     h)    bertoleransi dan bekerjasama
     i)     kreatif dan inovatif

    Penyampaian Lencana dan Sijil pencapaian tahap tertinggi di sekolah rendah yang dikeluarkan     oleh Ibu Pejabat PPIM kepada ahlinya ini hendaklah dibuat pada hari-hari kebesaran sekolah,     seperti Hari Ibu Bapa, Hari Penyampaian Hadiah sekolah, Hari Puteri peringkat Daerah atau     Negeri.
    
                              Contoh Lencana                                  Contoh Sijil
     

page 1 of 3

Best viewed with IE 6.x at 800x600 pixel resolution with at least 16 bit colour depth
© Copyright Sek Keb Dua Kuala Kubu Bharu- All rights reserved
Hosted by www.Geocities.ws

1