
ASAL
SEKOLAH
Sekolah ini telah dibuka dengan rasmi pada 6 Hb. September 1954. Pada masa
itu sekolah ini dikenali dengan nama "Government English School, Kepala Batas".
Pada masa pembukaannya sekolah ini mempunyai 3 orang guru termasuk Guru Besar
iaitu En. Abdul Aziz bin Abdullah dan seorang pekerja(Jaga). Manakala bilangan
murid ialah seramai 81 orang. Pada 10.8.1958 nama sekolah ini telah ditukarkan
kepada "Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kepala Batas. Berikutan dengan
itu juga moto sekolah ini juga telah di tukar dari "Originality" kepada "Ilmu
Panduan Hidup". Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Ketua Menteri
Pulau Pinang ketika itu iaitu YAB Datuk Wong Paw Nee pada 17.11.1960. Pada
4.9.1972 sekolah ini sekali lagi telah ditukar nama kepada "Sekolah Rendah
Hashim Awang Kepala Batas" oleh Mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah, sempena
nama pengasas sekolah ini pada 10.7.1972. Seterusnya sekolah ini telah ditukar
kepada "Sekolah Kebangsaan Hashim Awang" pada tahun 1997.
PENGASAS
Sekolah ini ditubuhkan atas permohonan penduduk tempatan bahawa tidak ada
Sekolah Rendah Inggeris bagi kawasan Seberang Perai Utara. Sekolah Inggeris
yang berhampiran sekali ialah di Bukit Mertajam(14 batu) dan di Butterworth(9
batu). Syor-syor ini telah dibawa di dalam Mesyuarat Majlis Undangan Negeri
Pulau Pinang oleh Yang Berhormat En. Hashim Awang, Ahli majlis Mesyuarat Pulau
Pinang pada masa itu.
BANGUNAN
Sekolah ini telah dibina di atas tanah Lot. 517 dan 526 Mukim 6 Seberang Perai
Utara seluas 7 ekar. Bangunan asalnya ialah dewan 3 bilik telah bertambah
kepada beberapa buah blok bangunan yang mengandungi 24 buah bilik termasuk
bilik Pusat Sumber, Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Makmal Sains dan bilik
guru. Bangunan yang terbaru didirikan adalah sebuah blok 2 tingakat yang telah
diluluskan peruntukannya sebanyak RM 480,000.00 pada tahun 1986 oleh YAB Dato'
Seri Hj. Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi yang pada ketika itu menjadi Menteri
Pelajaran. Pada tahun 2001 sekolah ini telah ditambah dengan 2 blok bangunan
baru setinggi 4 tingkat setiap satu dengan kos dianggarkan lebih dari 3 juta
ringgit Malaysia. Disamping itu sekolah juga telah menerima sebuah bangunan
makmal komputer yang lengkap pada tahun yang sama.
PENTADBIRAN SEKOLAH
GURU BESAR
En. Abdul Aziz bin Abdullah telah mula memegang jawatan ini apabila sekolah
ini ditubuhkan iaitu pada 6.9.1954 dan telah tamat berkhidmat di sini pada
3.9.1957 kerana melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang dan kemudiannya
menjadi seorang peguam di Pantai Timur.
Senarai nama Guru-Guru Besar Sekolah ini :-
· 1954
- En. Abdul Aziz bin Abdullah
· 1957 - Tuan Hj. A.K. Merican
· 1969 - En. S. Theyaga Rajah
· 1970 - En. Khalid bin Abdullah
· 1981 - En. Abdul Rahim bin Mohd Haroun
· 1983 - En. Nuruddin bin Had
· 1987 - En. Abu Bakar bin Ibrahim
· 1991 - Tn. Hj. Rasdy bin Hj. Ismail
· 1997 - Tn. Hj. Ismail bin Hj. Osman
· 2002
- Pn. Husna bt. Khalid