Kembali ke menu kelab komputer
organisasi | aktiviti | pusat sumber | UPSR | PIBG | sekitar skha
warga sekolah | sejarah | pelan sekolah | Lagu | penghargaan |
menu utama
PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER    
     
Fasal 1 Nama, alamat berdaftar dan tempat mesyuarat.  
          1.1 Kelab ini dikenali dengan nama :-
  Kelab Komputer SK Hashim Awang atau singkatannya KKomSKHA
1.2 Alamat berdaftar kelab ini ialah :_
  Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, 13200 Kepala Batas.
1.3 Tempat mesyuarat kelab ini akan ditetapkan dari masa ke semasa.
     
Fasal 2 Penaung:-  
  Guru Besar SK Hashim Awang, Kepala Batas.  
     
Fasal 3 Penasihat :-  
  Guru Komputer atau sesiapa sja yang dilantik oleh pentadbiran.  
     
Fasal 4 Logo dan moto:-  
  Ditentukan oleh jawatankuasa ini  
     
Fasal 5 Objektif:-  
              5.1 Mengetahui pelbagai pengetahuan aplikasi komputer.
5.2 Mengukuhkan lagi kemahiran berkaitan dengan komputer yang sedia ada.
5.3 Mengamalkan semangat toleransi di kalangan pelajar dan guru.
5.4 Menjadi pengguna komputer yang berpengetahuan , berkebolehan danberpotensi.
5.5 Membentuk sahsiah diri yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ciri-ciri nilai murni.
5.6 Mengenal bahagia -bahagian dalaman dan luaran komputer secaralebih dekat.
5.7 Meningkatkan pengetauan komputer di kalangan ahli setrerusnya menyebarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain terhadap kepentingan dan penggunaan komputer.
     
Fasal 6 Keahlian:-  
      6.1 Ahli biasa - Terbuka kepada semua pelajar sekolah di tahap 2.
  Keutamaan adalah pada murid tahun 6.
   
Fasal 7 Permohonan menjadi ahli:-  
      7.1 Setiap pelajar di tahap 2 layak memohon untuk menjadi ahli.
7.2 Semua permohonan hendaklah dibuat dalam borang keahlian yangdisediakan oleh guru penasihat kelab.
7.3 Semua borang permohonan keahlian akan diproses oleh guru penasihat dan diluluskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
     
Fasal 8 Hak mutlak seorang ahli:-  
        8.1 Layak menghadiri dan bercakap di dalam semua mesyuarat kelab ini.
8.2 Layak mengambil bahagian dan mengundi dalam mesyuarat kelab.
8.3 Ahli biasa layak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kelab dan ianya dibuat mengikut proses yang demokratik.
8.4 Layak mendapat dan menggunakan semua kemudahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti kelab.
     
Fasal 9 Gugur menjadi ahli .  
          Seseorang ahli akan gugur keahliannya apabila berlaku salah satu dari perkara  di bawah ini :-
9.1 Memohon berhenti menjadi secara bertulis.
9.2 Digugurkan melalui keputusan guru penasihat atau penaung dan
9.3  pentadbiran kerana tindakan-tindakan yang menjatuhkan nama baik kelab
9.4  Gagal menjelaskan yuran keahlian dan bulanan.
     
Fasal 10 Derma kebajikan:-  
  10.1 Tertakluk kepada budi bicara pihak pentadbiran sekolah dan guru penasihat kelab.
     
Fasal 11 Punca pendapatan kelab  
          11.1 Derma kebajikan (tertakluk kepada pihak pentadbiran sekolah dan kelab
11.2 Derma ikhlas dari ahli-ahli.
11.3 Derma dari PIBG.
11.4 Derma perseorangan/pertubuhan/badan-badan dan institusi tertentu.
11.5 Yuran keahlian dan bulanan dari ahli kelab.
     
Fasal 12 Tugas jawatankuasa :-  
              12.1 Kelab ini akan diuruskan oleh seoarang atau lebih guru penasihat serta sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :-
            1. Seorang Pengerusi
2. Seorang Naib Pengerusi
3. Seorang Setiausaha
4. Seorang Pen. Setiausaha (sekiranya ada)
5. Seorang Bendahari
6. 4 orang ahli jawatankuasa biasa.
     
        12.2 Pengerusi:-
      12.2.1 Menjadi ketua yanag bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan kelab.
12.2.2 Memnggil dan mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa kelab.
12.2.3 Mengawasi disiplin ahli-ahli mematuhi peraturan kelab bersama jawtankuasa kelab
     
      12.3 Naib Pengerusi:-
    12.3.1 Membantu tugas Pengerusi
12.3.2 memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
     
          12.4 Setiausaha:-
        12.4.1 Menjalankan urusan kelab menurut perlembagaan kelab dan melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan (Sekiranya ada).
12.4.2 Menyimpan semua minit mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat Agung.
12.4.3 Menguruskan hal-hal surat-surat menyurat, menyimpan semua dokumen, buku dan lain-lain rekod kepunyaan kelab.
12.4.4 Menyediakan lapaoran untuk dibentangkan pada setiap kali mesyuarat.
     
      12.5 Penolong Setiausaha:-
    12.5.1 Membantu tugas Setiusaha.
12.5.2 memangku tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
     
  12.6 Bendahari:-
                    12.6.1 Menjaga segala urusan kewangan kelab
12.6.2 Memungut segala wang kelab dan mengeluarkan resit rasmi bagi penerimaan wang.
12.6.3 Membayar segala perbelanjaan dan menyediakan baucar bagi setiap pembayaran yang dibuat.
12.6.4 Menyimpan rekod yang kemaskini bagi setiap penerimaan dan pembayaran.
12.6.5 Membuat/menyediakan laporan/penyata kewangan tahunan kelab dan dibentangkan pada mesyuarat agung.
     
        12.7 Ahli Jawatankuasa:-
      12.7.1 Berhak mengambil bahagian yang aktif dan menentukan keputusan-keputusan jawatankuasa kelab.
12.7.2 Mengetahui bahagian dan biro yang diputuskan oleh mesyuarat agung.
12.7.3 Bersama-sama bertanggungjawab bagi memastikan kejayaan segala rancangan dan aktiviti kelab serta mengawal/menjaga didiplin ahli.
     
Fasal 13 Mesyuarat agung Tahunan  
    13.1 Mesyuarat agung Tahunan terdiri daripada ahli-ahli yang berdaftar dan mesyuarat ini diadakan setahun sekali.
13.2 Mesyuarat agung Tahunan boleh dijalankan dan dikira sah apabila dua pertiga (2/3) daripada jumlahahli yang bedaftar hadir.
     
Hosted by www.Geocities.ws

1